Walimatulurus Aqma dan Ramlan


Pertama sekali, alhamdulillah sebab dengan izin Allah proses penyiapan lukisan ni dapat disiapkan ikut jadual. Hanya lukisan sahaja yang aku buat. Rekaan kad daripada orang lain. Kedua, terima kasih kepada Aqma dan pasangan sebab sudi tempah untuk kad perkahwinan mereka. Aku memang suka kad yang simple tapi style macam ni.


Aqma dan pasangan tempah awal so tak ada masalah kelewatan sangat. Kalau yang nak berkahwin tu, email saya tiga empat lima bulan lebih awal sebab senang nak arrange masa dan tengok samada dapat terima tempahan baru ataupun tidak. Bergantung kepada tempoh. 


Contohnya tempah bulan ni (februari), lepas tu pengedaran kad perkahwinan start awal bulan Julai, so aku boleh rujuk dekat rekod. Kalau ada kekosongan, boleh la aku ambil tempahan and vice versa. Dari situ anda akan diberitahu melalui email.



Ha yang ni pulak ialah lukisan yang dihadiahkan kepada Aqma dan pasangan sebagai tanda terima kasih sebab menempah dengan aku. Sebenarnya semua yang tempah pun akan dapat. Kalau ada yang masih belum dapat tu, minta maaf. Busy sangat sejak akhir-akhir ni. Kadang-kadang tak sempat nak pos.


Akhir sekali, tahniah kepada bakal pengantin baru ni! Semoga berbahagia ke akhir hayat. Amin.


Lepas ni turn aku pulak. ngehngeh. *menghela/gatai.


18 comments:

  1. Comel la..pandai dani ni..

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Pemilihan warna utk tulis tarikh2,nama n saiz/susunatur fonts pda kad tu, lawa dani pilih kalernya.

    ReplyDelete
  3. aaaaaaaaa nak jugak nak jugak *sambil hentak kaki. hahaha

    ReplyDelete
  4. sis, gi tak wedding mij nti? jom pergi :-)

    ReplyDelete
  5. kak daniii, kenapa semuaaa mesti comey comeyyyyy T____T
    meleleh lelehhhh air liur nadia tengokkk. :)

    ReplyDelete
  6. mcm2 design kad dh...rasa seronok dpt kad org yang kreatif.

    ReplyDelete
  7. @Tinta Lana hehe. baru update dekat entri. bukan saya buat tau lana. saya buat lukisan je.hehe

    ReplyDelete
  8. @Kay Lya kalau takda aral saya akan ke sana. nanti jumpa tegur la kita ya.haha

    ReplyDelete
  9. @merahitujambu macam kad kahwin kamu la. comel sangat even saya belum dapat lagi.hehe

    ReplyDelete
  10. cik Dani, nak kad kahwin "saudari Nurdani bersama pasangannya.." *sambil buat muka tak malu >_<* .. nti sy email2 ye. hee. :D

    ReplyDelete
  11. Eh..la ye ke. Dani buat ilustrasi saja? bukan dgn kad2 skali? lana ingtkn dani buat kad skali,hehehe.

    ReplyDelete
  12. nnti kawen pon nak jugak lah
    heheheh

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.