Granaz, kisah teladan

Granaz ni ialah sebuah cerita yang ada nilai-nilai kasih dan sayang dan kekeluargaan sesuai untuk dijadikan teladan. Cerita menarik macam ni ditayangkan setiap ahad, pukul 9 malam di TV Al-Hijrah. Tapi cerita granaz ni dah habis ahad ahad lepas. Setiap ahad memang ada cerita lain-lain. Lagu tema rancangan ni sangat sedap. Kalau terdengar je, mesti lari duduk depan tv. heh heh.


Jujur cakap, cerita Granaz ni terbaik sebab ada mesej dan boleh dijadikan contoh berbanding sesetengah cerita yang mengarut dengan kisah cinta manusia semata-mata, gangster, hantu dan lain-lain.

karikatur / watak Milad Salehi dalam filem granaz 2009 / #dani8dania / paint tool sai / karya 2013.

Milad Salehi seorang budak sekolah rendah yang baik, berkaca mata, beradab dan menghormati orang tua. *Cermin mata dia tu comel. Hehe. Walaupun dia selalu kena marah dengan mak dan ayahnya, dia tak pernah melawan ataupun memberontak. Dia cuma akan diam, tunduk dan ikut arahan mak ayahnya.



Ada satu hari tu dia on the way ke sekolah, ada sebuah bas ni berhenti depan Milad. Pemandu bas minta tolong Milad bantu seorang makcik datang dari kampung tapi dah tersesat jalan dan tengah mencari anak lelakinya


Milad ni takut lewat ke sekolah. Tak pasal-pasal nanti kena marah dengan mak ayahnya kalau terlambat, jadi dia bagitahu dekat pemandu bas yang dia tak boleh tolong. Tapi disebabkan dah takda siapa dapat tolong, Milad decides to help her get to her son's house. 


Timbul masalah komunikasi. Milad tak faham apa yang makcik tu cakap sebab she is only able to speak her local languange.


Lepas je Milad usaha tolong makcik tu, ha masa ni aku ke toilet, memang tertinggal babak seterusnya. Mak aku cakap makcik tu hadiahkan dia gula-gula sebab tolong cari jalan. Milad terus ke sekolah tapi ditahan cikgu sebab lambat. *Ok masa ni aku dah keluar toilet. Walaupun berusaha jelaskan apa yang berlaku, tapi cikgu tu tak nak langsung dengar. Aku ni pantang jugak kalau orang tak nak dengar penjelasan dulu.


Ayahnya seorang wireman (kalau tak silap) datang sekolah dan terus marah dekat Milad tanpa tanya elok-elok apa yang berlaku. Milad cuma tunduk dalam ketakutan sambil menangis. Nasib baik cikgu-cikgu lelaki Milad datang mententeramkan ayah Milad yang tengah panas tu. Masalah ayah Milad ni ialah, susah nak dengar penjelasan dan tak pernah cuba tanya apa masalah Milad dekat sekolah.


Dalam kelas,cikgu suruh semua murid buat karangan. Dalam karangan tu lah, Milad jelaskan kenapa dia terlambat ke sekolah tadi. Cikgu kepada Milad baca dengan teliti karangannya, rupa-rupanya makcik yang Milad tolong tadi ialah mak kepada cikgu kelasnya tu. Barulah cikgunya faham dan rasa bersalah.


Dalam kelas, sambil cikgu bercakap pasal pengorbanan, dia letak dua biji gula-gula sama macam apa yang makcik (mak kepada cikgu) tu bagi pada Milad. Terkejut Milad bila tengok gula-gula tu ada atas mejanya. Diorang saling berpandangan dan senyum.


Milad Salehi ni comel, tahu?



Kalau nak feel lebih sedih, sebak tu semua kena la tengok sendiri cerita ni. Sangat best.


 

13 comments:

  1. tak ley jadi ni,nak tgkkkkkkkkk :D

    ReplyDelete
  2. tengok karikatur ni, macam Ehsan upin ipin pun ada.. :D

    ReplyDelete
  3. @BiskOt eh yeke?hahaha tak perasan pulak saya

    ReplyDelete
  4. Fiza ni sangat jarang tengok TV.kena ade mood nak tengok TV baru tengok.masa rehat selalunya memang untuk rehat dan abiskan kerja.=__=.so tak tahu pasal cerita ni.ape pun illustrator dani superb as always (:

    ReplyDelete
  5. setiap ahad? 9 malam? means malam esok la kan?

    tapi kan dani, citer ni bersambung2 ke camne? sebab kat dalam entry ni macam dah sampai ending jer..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum dani :)

    Part yg kat sini: Dalam kelas,cikgu suruh semua murid buat karangan. Dalam karangan tu lah, Milad jelaskan kenapa dia terlambat ke sekolah tadi. Cikgu kepada Milad baca dengan teliti karangannya, rupa-rupanya makcik yang Milad tolong tadi ialah mak kepada cikgu kelasnya tu. Barulah cikgunya faham dan rasa bersalah.

    Selalu kan bila cerita2 pengajaran, mesti ad babak macamni. Ia macam, kena sebijik kat muka kita balik. Kita marah2, bengang dgn org yg kita sangkakan bersalah, rupa2nya disebaliknya, org tu lngsg tak bersalah. Dlm hari2 hidup pn, salu gak jadi camtu,huhu

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.