Kisah roti


Aku memang suka makan roti. Kecik-kecik dulu mak hulur je roti, mesti aku buang bahagian tepi dulu sebab tak sedap kot. Suka makan yang putih tu je. Mak mesti marah kalau buang tepi roti tu. Nak buat macam mana, tak sesuai dengan tekak kot. Eheh.


Tapi sekarang ni aku baham je semua. Tak buang dah. Kalau ada anak-anak sedara yang buat perangai tak semenggah macam masa aku kecik dulu, ha yang diorang buang tepi tepi roti tu aku ambik. Potong dadu lepas tu masuk dalam cucur tepung atau cekodok. Takda la bazir kan? *tepuk untuk diri sendiri.


  

Selain makan kosong macam tu je, paling feveret calit jem terutamanya coklat. Memang tebal la sekali sapu. Mak marah gila sebab tamak. Hehe. Jem kegemaran aku daripada Lady's Choice. Rajin jugak lah membeli. Sekarang suka pulak letak Nutella. Dalam ofis sedap betul menyapu coklat atas roti, ngap.


Banyak sebenarnya kelebihan makan roti ni. Banyak khasiat. Ada karbohidrat, protein, kalsium. Aku ni pantang nampak makanan beroti terutama ada sosej dengan cheese. Hehehe. Tapi setiap kali makan ada had la. Tengah diet secara sihat ni. :)

15 comments:

  1. hahahaha akk pun sama,tp sampai skrg akk n ank2 mmg x reti mkn kulit tepi tu hah.husbd mmg bsg mbazir katanya.wah good idea campak skli dlm bancuhan cucur ye ^^

    # akk suka roti keping muar mari...mmg dh siap buang kulit tepi tu,n makan pulak dgn kaya made from muar erghhh x pdg kiri kanan dah..

    ReplyDelete
  2. roti dulu bahagian tepi memang keras tapi sekarang dah ada roti gardenia, semua bahagian lembut dan takde rasa hangus...huhu

    ReplyDelete
  3. bila baca ni, baru teringat.
    haah laa.. time kecik dulu x mkn tpi roti.

    ReplyDelete
  4. roti boleh jadik pengganti nasi. kadar karbohidrat dye lebih kurang.

    hda pon tgh diet nih.
    hewhew >.<

    ReplyDelete
  5. Suka jugak makan camtu..sedap! Lagi best letak tebal2 kan..hehehe..skang giler makan roti or biskut dengan peanut buter coklat! Heaven ^-~♥

    ReplyDelete
  6. sy kecik2 dulu suka mkn yg kulit roti paling atas & paling bawah tu. sb dia nipis dan tak berdebu.. XD (dulu taktahu mendelah kulit roti tu,haha) tp skrg kerja macam ni, roti sgt berharga. jimat masa 1, ringkas pun 1 hal. nak mkn sorok2 pun buleh :D

    ReplyDelete
  7. dlu aqis pn cmni kak. roti saja 24jam. paling best, maggi kari, kering2kn pastu sumbat dlm roti gardineer. pastu2, mamee monster hancur2kan, sumbt dalam roti, lipat, MAKANNNN!

    ReplyDelete
  8. gila roti jugak! klw dlm seminggu tu x mkn roti, dah start la menggelupur mcm hape. hahahaa ;D
    sosej dan cheese tu pn same gila. aaaahhhh! mmg gila kan mknn. muahahahaa..

    ReplyDelete
  9. kerak roti tu boleh buat roti telur, kacaukan sekali telur then goreng dlm fry pan.. nk sedap bubuh la daun bawang ke, bawang merah ke..hehehe

    resepi senirik..^__^

    ReplyDelete
  10. sy tgok keadaan kalau rasa xde makanan nak mkn memang roti di cari.. -_..kalau x nak nasi

    ReplyDelete
  11. roti inti sardin cap ayam brand paling sedap makan time sangkut dlm jem time drive balik kg tiap kali raya

    ReplyDelete
  12. hehe.same la..dlu masa kecik, suka buang bahagian tepi roti

    ReplyDelete
  13. nutellla terbaik..kalau buln puasa ank buah sruh sapukan...berkali2 telan air liur.haha

    ReplyDelete
  14. bab roti ni fiza xmemilih..makan je tepi2 tu.hehe..letak chocolate banyak2 memang habit kot..suka mkn choc..nutella memang the best! tapi mmg kene limit la kan..xleh mkn choc banyak n jgn lebih carb sangat. :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.