Makanan tambahan


Dua benda yang jadi rutin aku di awal pagi ialah satu sachet Collagen daripada RD Beauty jenis oat dan Vitamin C yang macam panadol. Vitamin C ni sedap. Rasa dia macam air Tropicana Twister sikit-sikit. Aku beli dekat klinik berdekatan atas nasihat doktor sesuai untuk orang dewasa. Aku ni boleh tahan rajin selsema. Tension kalau hari-hari pergi kerja asyik bersin, meleleh air hingus kan.


Masa sekolah dulu tiap-tiap pagi makan sebiji vitamin C. Lepas tu makan sesudu besar Scotts Emulsion perisa oren. Dari awal kena jaga pemakanan and kesihatan. Sambil makan, sambil niat. Jangan harapkan ubat semata-mata untuk sihat sebab semua tu dengan izin Allah. Kita berusaha.



'Dengan produk ni la saya sihat. terima kasih produk ABC'. testimoni A.


'Alhamdulillah dengan izin Allah, saya makan ubat daripada produk ABC ni badan saya makin sihat'. testimoni B.



Contohi testimoni B.

21 comments:

  1. Saya pun ada amik vitamin c. tapi amik yang watson punya since sekarang ada sale 50% for every RM20 purchase of any other items. Tapi sama la, effervescent gak macam vitamin C lam gambo tu.. HUhu

    ReplyDelete
  2. ptt laa awak cantik je..kulit gebu je.. hehehe

    ReplyDelete
  3. percaya pada ubat tetapi lupa yg memberi kesihatan dan kesembuhan adalah Allah,banyak testimoni obat2an mcmtu.. percaya pada product..

    ReplyDelete
  4. Biiznillah, insyaallah, bertambah-tambah sihat cik ahkak kita sorang ni nanti. :D

    ReplyDelete
  5. sangat mementingkan kesihatan,, bagus

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni ramai makan macam-macam jenis ubat. Tak tau nak percaya mana satu. Sudahnya ambik langkah tak makan apa-apa pun.

    ReplyDelete
  7. aku pun ambik jugak makanan tambahan ni..

    cekedis, gula2 kopiko, kek apollo, dan 100plus.

    ReplyDelete
  8. @merahitujambu hahaha pandai2 je. tak lah tira. kulit kategori ok-ok je. kalau boleh nak macam kulit dato ct

    ReplyDelete
  9. @azstory311 betul2. ada antara owner produk yang cakap tak membelakangkan Allah ialah produk Pamoga. ada yang lain2 tu terlalu yakin produk tu berkesan tapi membelakangkan Allah

    ReplyDelete
  10. slalu mkn vit c..mesti gebu gebas kulit..

    ReplyDelete
  11. dato ct tu gebu habis kan??sy kulit gerutu2..memang xleh nk baiki dh.. -_-

    ReplyDelete
  12. Terus teringat vitmn EPO yg ada ni..beli je tau, makan taktau,hahaha

    Bab disiplin makan vitamin ni, lana geram ngan diri sndiri,huhu

    ReplyDelete
  13. Vitamin C memang penting untuk kita kan.sekarang ni dah macam macam Vit ada.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.