Saya inginkan perubahan

Dulu rajin betul aku bersukan. Lagi-lagi futsal. Siap ada team sendiri lagi. Paling membawa kepada takbur dan riak bila team aku asyik menang. Kadang-kadang tension jugak sebab selalu menang ni. Tapi nak buat macam mana. kakaka.


Tapi sekarang aku dah tak bersukan. Mungkin sibuk itu ini sampai aku malas nak luang sikit masa dengan aktiviti berbentuk kesukanan. Peluh pun dah lama tak merembes.

sport shoessssszzzzzhhh
Sampaikan kasut sukan yang banyak berjasa ni pun aku buat simpanan je dalam almari. Lipas pun dah buat kediaman bertelur yang baru. Ish. Aku kena ubah. Sibuk macam mana pun, kena jugak bersukan. Ubah ubah ubah!


Itu fasal la aku ubah header dengan template baru. kakaka. Macam la korang tak tahu aku punya pendahuluan tak pernah lulus. Nak kaitkan gambar dengan isi pun ke laut. Itu fasal la merepek meraban tak kena dengan isi. Apa yang penting, 'ubah' tu berkait rapat jugak kan? Eheh.





Bab header ni, aku dah lama nak tukar tapi takda idea. Ikutkan hati aku nak tukar macam blog Innanie (Coklateyes) yang awesome tu. Jeles tahu? Lepas tengok blog Innanie, aku banding dengan blog sendiri. Pilu. Jadi, aku nekad nak tukar jugak tapi tetap kekalkan elemen putih bersih plus suci dan simple dan yang penting, bahagian text ni lebar. Kalau nak ubah macam blog Innanie tu, susah pulak. Kreatif sangat.


Aku tak pandai nak edit. Nak tempah tapi nanti-nanti la dulu. Ni pun guna Simple Template je sebab senang dan kemas. Dah setahun dua tak sentuh coding, sumpah tak ingat.


Sebelum ni ada masalah dengan coding, itu fasal la tak dapat nak edit template. Nasib baik dengan pertolongan Ain Bulat menyetelkan masalah ni, telah pun selesai. Peluk Ain Bulat kemas kemas.


19 comments:

  1. sama la kita pakai simple tmplate gak malan nak main2 coding.. tu napa doodle tu batok ehh

    ReplyDelete
  2. comel je yg baru ni.. azam baru tu . pasni kene lah kukis byk2 gmbar org exercise nak bg motivasi diri.. B-)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Memang ketara unsur2 riak pda perenggan pertama,hahaha

    Hurmm, salah satu sebab suka pi blog dani, kemas & simple. Wlaupun kengkadang pendahuluan cam takda kaitan dgn pa nk disampaikn, eh. hehehe



    ReplyDelete
  4. Cantik header..dani kalau nak ubah template baru fiza rasa kene switch ke template asal dulu..then baru ubah..blog nanie mesti sweet habes la..jeles betul! btw,kasut sukan fiza pun dah lame tak digunakan..jom dani kita ubah :)

    ReplyDelete
  5. tahniah kerana ada keinginan utk berubah dan telah berusaha ke arah perubahan.
    yang penting, ubah!

    ReplyDelete
  6. suka header camtu and blog kemas camni... ^^

    ReplyDelete
  7. pernah tengok blog matluthfi90 ?? ok skrg bandingkan blog dani dgn blog dia. itu baru padan. sama suci. hehehe. (blog dia lagilah ada semut kecik~ je, rajin tandanya kot hahaha) blog cik dani pula ada karya yang besar. aha~. nampak tak nampak tak... jadi semoga berjaya dlm perubahan ^e^b.

    * pensekodeng tegar ni XD *

    ReplyDelete
  8. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕ : haha. doodle rajin selsema

    ReplyDelete
  9. @Tinta Lana : hahaha. pendahuluan ke laut. mohon bantu saya

    ReplyDelete
  10. @Azhafizah Md Nor : oh..itu macam ka.thank you fiza

    ReplyDelete
  11. @the malay male : mesti berubah :D

    ReplyDelete
  12. @Nieyxzha Hassan : terima kasih! :D

    ReplyDelete
  13. @BiskOt : dah..sepadan kan?hahahaha

    ReplyDelete
  14. @merahitujambu : simple je :D

    ReplyDelete
  15. xpernah maen futsal. saya kaki bangku. hehehehe..

    tapi saya suke berbaasikal ke badminton ke bola baling ke.. tapi dah bebebeberapa tahun tak buat.

    ayook.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.