Goodbye panda eyes

masalah lingkaran gelap bawah mata dan kedutan


Nak buat review fasal produk muka ni memang rasanya tak layak kot. hahah. Tapi aku cuma nak review produk ni sebab nampak keberkesanannya. Sebelum ni ramai tegur muka macam panda sebab bawah mata gelap gelita, kulit muka kusam dan nampak menyedihkan macam kena tumbuk. ngaaaaaa...


Tambahan pulak dulu aku suka pakai eyeliner. Teknik melukis eyeliner pun masuk kategori violent sebab tu jadi kedut. Kalau nak tahu teknik betul bila pakai eyeliner, sila search di youtube.


Beberapa tahun lepas pulak, aku study tak kena gaya, akhirnya penat lelah tu boleh nampak kat bawah mata. Heh. Sampai ke alam pekerjaan aku tak jaga waktu. Lewat pagi asyik melukis je. Ramai staf tegur muka nampak letih, macam tak cukup tidur blablabla. Itu semua membuatkan aku jadi rimas. Hoh hoh. 


Dah macam-macam aku usahakan. Tidur awal, tempek timun, tomato, cold teabags, beli produk itu ini. Entah kenapa masih sama je. Sampailah satu hari tu masa tengah cari scrub dekat Watson, ada promoter wanita dalam lingkungan akhir 30an ni cadangkan aku satu produk yang dia sendiri pakai since remaja lagi. Memang kulit dia lawa. Paling penting, without make up.



Akak tu perkenalkan ini..



Youth Code Rejuvenating Eye Essence.


Beli yang 15ml je sebab nak try dulu macam mana hasilnya nanti. Alhamdulillah dengan izin Allah lepas aku pakai benda ni (on a clean face) in one drop per use for both eyes (guna ring finger) bawah mata makin ok.


Botol ni nampak je kecik tapi boleh tahan dalam 3 bulan tapi ikut kuantiti yang digunakan.  Aku pakai ni pun dah nak masuk bulan kedua. Sekarang tinggal lebih kurang 7ml. Dia absorbs very quickly into the skin.


Makin lama gelap dan kedutan dekat area mata berkurang dalam masa 4 minggu. Hanya mengurangkan, bukan hilang terus. Boleh dapatkan dekat Guardian, SASA, Watson dan mana-mana tempat yang ada jual benda ni dengan harga RM34.90. kot.


18 comments:

  1. wah nice sharing sis...kak lea kena cpt dptkan sblm hubby confuse bangun je pagi..sebelah dia panda ke orang hahaha...taklah teruk dark circle cuma sllu skrg ni tido lewat ^^

    ReplyDelete
  2. Serious nampak berkesan.. Anis pun mengalami masalah yang sama.. Nak try jugak la, thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. ohhh saya pun ada masalah panda eyes ni.

    ReplyDelete
  4. dil punya eyebag pelik semacam..ada sbelah jer..ada produk yg sesuai x, tuk dil??hee

    ReplyDelete
  5. berapa lama pakai yang jadi macam tu tu?

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Maybe lana bleh cuba jugak kot pasni.. Sebab kita pun hdapi mslh serupa,huhu. Dah pernh cuba petua2, pastu pkai eye-patch, latest ni, guna krim mata satu jenama ni..tpi takda effect..huhu

    camne nak effect, tidur pun tak tentu hala waktunye, ngadap laptop pun satu hal,hi3

    ReplyDelete
  7. kena pakai niiiii....sbb panda sy teruk sgt.. =_=...sampai mak mertua igt sy tido lambat..

    ReplyDelete
  8. mata kita jadi panda bila memalam tido lambat,nyesalll kadang tu tido lambat,haha

    ReplyDelete
  9. kita yg kaki tidur ni pun berpanda eyes, tak sampai hati lak nak salahkan spek mata. hehehe. kerana mata kulitku binasa. aiyaa.

    ReplyDelete
  10. ooo nampak dah kurang.nak try jugakla. thanks ya. :)

    ReplyDelete
  11. @aleasara : tidur lewat salah satu penyebab. macam saya ni, susah nak tidur awal.hehe

    ReplyDelete
  12. @cik dil : sebelah je? ini kes unik.hehe

    ReplyDelete
  13. ok nanti nak try kalau mengalami masalah ini..thank you dani

    ReplyDelete
  14. ermmm..

    rasa nak beli jugak la

    sy pun bermasalah dgn pada eye ni
    sakit mata tgk muka sendiri..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.