Cikgu Ayu OME


Aku memang suka tengok rancangan OME (Oh My English) ni. Banyak unsur kelakar dan paling penting aku boleh perbaiki Bahasa Inggeris. Itu tujuan utama. Bahasa Inggeris aku tak la meletops mana. Kadang-kadang grammar ke laut. 


Selain tengok OME ni, aku dengan dua kawan rapat sejak sekolah memang suka berborak Bahasa Inggeris. Salah ke apa tibai je la janji cuba bercakap dalam Bahasa Inggeris. Sambil gelak-gelak, sambil betulkan ayat. Takda isu malu sebab kitorang suka belajar sama-sama. Ada sesetengah orang akan gelakkan orang lain kalau orang tu tak pandai berbahasa Inggeris. Ini menyedihkan. hoh hoh.


Sekarang aku suka masuk OME Academy (digital learning) dekat sini. Macam masuk kelas.




Aku suka semua watak dalam tu terutamanya Cikgu Malik. kekeke. Sebenarnya aku suka tengok watak Azlin dan Cikgu Ayu. Azlin ni dia banyak nak tergelak bila ada scene kelakar. Comel pulak tu. Macam aku.


Korang suka watak mana?


Siapa nak kad raya?

Hai. Korang tahu tak hari ni hari apa? Ya! Hari ni hari Isnin. Hari lemau untuk sesetengah orang, macam aku. ngaaa..


Memandangkan dah nak dekat raya ni dan ramai akan pulang ke kampung/tempat beraya masing-masing, aku nak pos cepat-cepat kad raya kepada enam orang pembaca terpilih blog ni.


Sebelum ni aku cuma pos kepada bloggers dan top 10 commentators je kan? Alhamdulillah ada kad lebih (saja buat lebih hari ni) jadi nak berikan kepada pembaca.




Kad raya jenis timbul.


Ada yang berminat? Kalau boleh nak pos hari ni jugak atau paling lewat esok. Jadi, sesiapa yang nak kad raya, apa yang korang perlu buat cuma tinggalkan komen berserta reason kenapa nak kad raya ni. Enam komen terbaik akan dipilih.


Bagi yang terpilih (lepas aku moderate dan respon komen) diminta cepat-cepat baca balik bahagian komen untuk tahu siapa terpilih, kemudian email nama penuh, nama pena blog, url blog dan alamat dengan kadar segera selewat-lewatnya malam ni atau awal pagi esok ke ckecikcomeldani@yahoo.com.


Kalau yang terpilih tak buat seperti yang diminta selewat-lewatnya esok pagi, automatik akan diberikan kepada orang lain. Sebab nak pos paling lewat esok je. Lepas tu i nak beraya. hehe.


Sekian :)



UPDATE ( 1 Ogos 2013) : Enam orang pembaca sudah dipilih tapi lagi seorang pembaca belum berikan alamat. Terima kasih sudi komen. Kad raya akan sampai selepas cuti raya. Harap maaf dengan kelewatan. Nak buek acano..musim raya. Tapi yang pasti kad raya akan sampai.


Top 10


Benda ni aku letak sebab nak tengok siapa 10 yang paling banyak menyumbangkan komen dekat blog ni. Terima kasih diucapkan. Anda telah dipilih untuk menerima kad raya. Clap! Clap! Dah lama sebenarnya tak pasang benda alah ni.


Kepada yang lain, terima kasih juga sebab singgah dan komen. Tak bagi kad raya tak bermaksud tak hargai.
Ada kelapangan nanti, aku cuba la buat giveaway ke. Nak cari sponsor. Itupun kalau ada. ngaaaaa..


Baru-baru ni cuba pasang widget top commentators tapi tak keluar langsung dekat sidebar. Jenuh jugak google tutorial yang ada tapi tak berjaya sampailah aku nampak entri terbaru daripada blog AkuBahrain fasal perkongsian widget yang dia dapat daripada satu blog.


Kod html memang lebih panjang tapi apa yang best, ada gambar pengkomen. Sesiapa nak jugak widget macam ni, boleh ke blog AkuBahrain untuk maklumat lanjut.


How to draw a crazy scientist in Microsoft Office Excel

Hari ni hari ke 15 Ramadhan dan alhamdulillah berpeluang untuk kongsi cara melukis saintis gila menggunakan Microsoft Office Excel sahaja. Mudah je bahan-bahannya. 


Nak ajar basic je tapi harus diingatkan tutorial kali ni terselit cabaran sikit jadi kena bersabar macam saya yang dengan tabahnya print screen dan susun ayat seperti di bawah.


Sila buka Ms Excel anda. Kalau tak buka acane kan?


Muka dan kepala



Bentuk :
Insert - Shapes - Flowchart : Delay

Warna :
Klik pada bentuk yang dah insert tadi - drawing tools - shapes fill - more fill color - standard - pilih warna light orange.

untuk Shape Outline pastikan semua bentuk, anda pilih No Outline.




Kalau nak lebih cerah atau gelap, boleh adjust guna arrow dekat Custom seperti di atas.




Telinga


Insert - Shapes - Oval.

Untuk tambah lagi satu oval, tak payah insert lagi. Cuma perlu klik dekat oval tu, tekan CTRL+C (copy) dan CTRL+V (paste) sahaja.

Susun dekat bahagian muka macam gambar di atas. Warnakan sama macam warna muka.




 Rambut


Insert - Shapes - Cloud.

Sama macam buat telinga tu, copy paste je. Warnakan apa-apa warna yang disukai.

Send to back bentuk yang tertindih kat atas dengan cara klik pada rambut tu - right click - send to back.




 Cermin mata


Insert- Shapes - Rounded Rectangle untuk kaca mata dan bingkai tengah warna hitam tu.

Insert - Shapes - Line untuk garisan putih bercahaya kat kaca mata. Copy paste dan susun sahaja.





Misai


Insert - Shapes - Flowchart : Punched Tape



Ikut langkah seperti di atas.

Klik dekat bentuk tu - Drawing tools - Format - Convert to Freeform



Teruskan ikut langkah seperti yang ditunjukkan.

Klik dekat bentuk tu - Drawing tools - Format - Edit Points




Edit point ni untuk jadikan bentuk dia ala-ala misai memandangkan takda ready made shape untuk misai makanya kita buat sendiri. Boleh je guna Moon tapi macam tak best. Terpulang nak guna bentuk apa janji ada rupa misai.

Halakan cursor kat area bulatan merah tu dan tarik (drag) macam langkah kat bawah.



Ha jelas tak?



Adjust sikit saiz misai yang dah edit tadi lebih kurang macam kat atas. Copy paste bentuk misai - rotate - susun dan rapatkan. Harap jelas ya.




Mulut dan gigi


Simple je yang ni. Cuma perlukan bentuk Flowchart : Delay untuk mulut dan Rounded Rectangle untuk gigi. Pastikan gigi tu atas mulut.

Pastikan jugak misai atas gigi dan mulut. Caranya, klik pada misai - right click - bring to front.






Lab coat


Kolar baju kita gunakan bentuk Chevron. Black tie tu boleh juga guna bentuk yang sama. Rotate or flip the selected object.

Rotate ada kat bahagian  drawing tools.

Oh untuk dagu tu sila gunakan bentuk Moon.



Atas ni untuk baju guna bentuk Flowchart : Delay yang telah ditarik bentuknya sampai jadi macam tu.

Perasan tak leher takda kat gambar sebelum ni? Senang je, drag bentuk kepala (flowchart : delay) tu ke bawah. 

Tak pun, boleh je letak bentuk oval or rectangle, pilih warna kulit dan 'tampal'. Apa yang penting, send to back at the selected object ya. Mana-mana pun boleh.




Jari


Jari ni guna banyak bentuk oval yang kita kena drag sampai jadi bujur je. Jangan insert banyak kali sebab kita tak nak buang masa. Copy paste je ye. Kuku guna Oval. Resize bentuk bagi jadi kecil dan susun.


Klik dekat salah satu jari - klik CTRL (hold) - dan klik semua bentuk jari, kuku tanpa lepaskan CTRL tadi. Bila dah klik semua jari dan kuku tu, lepaskan CTRL - right click - group. 


Jadi boleh la gerakkan bentuk jari ke mana-mana sahaja. Senang nak copy paste untuk tangan sebelah lagi.





 Flat bottomed flask - kelalang berdasar rata


Bentuk :
Oval , Rounded Rectangle dan Chord (cecair dan bubbles).

Untuk bentuk Chord ni kena pandai-pandai adjust la. Try and error. Kalau nak guna bentuk lain atau lukis sendiri guna Curve pun boleh. Ikut kreativiti.


Warna :
Nak jadikan cecair dan bubbles tu transparent senang je. Macam ni,
Klik pada bentuk cecair dan bubbles tu - drawing tools - Shapes fill - pilih warna yang disukai - gradient - more gradient -adjust transparency.





Duration : 34 minutes.

Dah siap! 34 minit je. Kalau tolak-tolak masa kita ke tandas, mengelamun dan lain-lain kejadian lagi, kemungkinan 20 minit dah boleh siap. 


Senang je kalau minat, ada kesungguhan dan kesabaran. MS Excel pun boleh hasilkan lukisan macam ni sama macam guna software lain. Jadi apa lagi, cuba-cubalah sementara tunggu berbuka puasa ya.




100% lukis guna MS Excel. 
Font tulis sendiri guna Paint Tool Sai. 
jangan tanya download kek mano font tu lai yo. den dah kabo an?



Harap dapat membantu anda.


Korang tak perasan ke hidung takda? dah tertutup dengan misai. ngaaaaa

Kad raya tradisional


Seronoknya bila dapat kad raya ni daripada blogger terkenal, Eqbal Zack. Tahun lepas pun dapat kad daripada beliau jugak. Terima kasih sangat-sangat. Ceria hari hari ku. Hehe.


Teringat masa sekolah dulu, banyak dapat kad raya daripada kawan-kawan and sedara mara. Macam-macam design.


Paling suka kalau dapat yang ada lagu raya. Punya la jakun buka tutup kad. Lepas tu terus tak dengar langsung. Hambek. Tapi sekarang ramai yang bagi kad raya digital (e-card) takpun sms raya je. Ini semua buat encik posmen jarang singgah dekat rumah. Walaubagaimanapun, apa-apa cara nak hantar ucapan raya tak menjadi satu masalah pun. Terpulang kepada pemberi.


Tahun lepas dapat banyak jugak kad raya daripada bloggers tapi sayangnya aku sendiri tak sempat nak design kad dan balas balik. Nak beli yang ready made pun tak sempat. Tahun ni akhirnya berkesempatan jugak buat kad raya tradisional sendiri untuk bloggers. My first kad raya for this year. Tinggal nak pos je.


Tak lupa kepada pembaca terpilih, korang pun akan dapat. Ingatkan nak buat giveaway kad raya tapi takut tak sempat sebab boleh tahan sibuk buat kerja lain. Kena fokus apa patut dulu. Kalau sempat jumpa Ramadhan dan Syawal tahun depan, aku cuba buat seawal mungkin.


Tahun ni juga sebagai tanda penghargaan, aku akan bagi kad raya (limited) kepada pembaca terpilih yang selalu bagi komen dekat sini. Mereka-mereka ni akan diberitahu melalui email.


Ikut keselesaan

Ilustrasi Shea Rasol / Paint Tool Sai - artwork July 2013


Sekarang aku suka keluar pakai long/maxi skirt macam ilus kat atas lepas tu gabung dengan top yang jenis larger size, flat shoes and beg silang. Tudung samada bawal atau syria awning lembut. Nampak comel.


Antara blogger yang aku suka tengok cara pemakaiannya ialah Maria Elena, Fatin Liyana dan Dena Bahrin. Kalau artis pulak salah sorang macam Diana Amir.


Pernah ada kawan-kawan cakap tak sesuai pakai macam ni sebab badan aku kecik, nanti nampak lagi rendah, gemuk etc etc. Aku terima apa pendapat orang lain tapi bagi aku, you should wear whatever you like, buat kita rasa comfortable, not just what your friends like kan?


Diorang cuma bagi pandangan, kita pilih mana yang baik dan ikut keselesaan.


Melawan

Dulu aku ni banyak kerja jauh-jauh daripada rumah tapi tak lah jauh mana. Dalam Selangor jugak cumanya jarang-jarang dapat balik. Berdikari la konon.


Beberapa tahun lepas aku ada pergi satu company ni. Saja cuba interview. Sehari selepas interview, staf company tu kol suruh masuk kerja bila-bila masa. Disebabkan excited, aku masuk ofis keesokkannya. Tak sangka pulak aku boleh dapat position tu sebab masa interview memang ramai yang aku tengok muka bijak-bijak. Berkarisma. Ada gaya la orang cakap. 


Kalau nak banding dengan aku ni, aih jauh benor le. Datang pun sekadar nak cuba-cuba. Setiap kali nak pergi interview, aku selalu set kat kepala yang aku nak pergi interview ni sekadar nak mencuba. Dapat atau tak, tolak tepi yang penting aku redah je. 


Bila set macam ni, automatik aku jadi tak gelabah dan lebih rileks. Yeayyyy.


Hari pertama.

Aku datang pakai baju kurung, tudung syria, flat shoes bersama beg silang. Sempoi gayanya. Aku yang terpacak awal depan ofis macam terpinga-pinga sikit. Polik den, kek mano nak masuk ofis ni ha. Pintu ado tapi tak buleh bukak pun.


Torang-torang ado tulih 'sila tekan sini', Aku pun tekan loceng. Ting tong. Itulah bunyinya kot.


'Hai, nak cari siapa?'


"Hai. em.. saya staf baru. Katanya suruh masuk hari ni'


'Oh..ok ok masuk'


Buka je pintu tu, fuyooooo lawa gila. Siap ada snooker dengan kerusi Ogawa lagi kat ground floor. Admin/Account department dekat tingkat 1. Contract department pulak tingkat 2. Aku dalam Contract Department. Paling atas. Jenuh la nak ragaih (panjat) tangga hari-hari. Fail banyak kat tingkat 1.


Sementara tunggu bos sampai, aku duduk kat tempat menunggu. Aku tengok staf-staf sibuk dekat meja masing-masing. Ada yang baru sampai, ada yang breakfast. Semua tengok arah aku. Senyuman paling manis tapi tak menggoda aku hadiahkan. Ada yang balas senyuman dan ada jugak yang buat tak nampak. k fine.


'Staf baru ke', tanya si encik segak lagi bergaya yang tiba-tiba ada depan aku. Tekaan aku umur dia ni lewat 20an. Pehhh pepandai je.


'Ha'ah. baru start hari ni'


Dia cuma angguk dan berlalu pergi tanpa meninggalkan kata-kata semangat di hari pertama aku. waahhh gatal.


Aku tak suka kalau duduk tak buat apa-apa ni. Bukankah aku dah jadi sebahagian daripada company ni? Jadi, aku pun lepak dekat meja akak akak admin. Nak cari kawan kenalah ringan mulut. Sesetengah perempuan dengan perempuan ni susah sikit nak cepat mesra. Berbeza dengan lelaki. Cepat jadi kawan walaupun tak kenal.


'Bro, ada lighter?'



Lepas beberapa minit cubaan suai kenal, dapat jugak kawan baru. Teknik yang selalu aku guna ialah buat lawak. Itu je la modalnya. Sekurang-kurangnya diorang respon. Title 'loyar buruk' melekat dah kat dahi aku.


Encik bos dengan puan Q dah sampai. Diorang ni bukan suami isteri. Masing-masing dah ada keluarga. Tetiba aku harap takda la buat sesi suai kenal sebab benda ni paling aku tak gemor. Namun, kena jugak. huhu.


Baru hari pertama masuk kerja, bos dah ajak makan-makan dengan klien dekat restoran mewah. Aih tak menyempat. Gagah jugak la mengikut. Nasib baik puan Q ni mesra alam. Tak kerek.


Sampai je restoran, aku, encik bos, puan Q dengan tiga klien duduk kat meja bulat. Rasa kerdil gila duduk dengan orang-orang hebat ni. Kadang-kadang rasa macam maid pulak. Level keyakinan hampeh.


'Assistant you ke Q?, sorang klien berbadan tough one pack di perut bersuara.


'Ha'ah. I pilih dia  sebab dia melawan'




Seriously????





Ok sebenarnya masa interview tu bos ada tanya banyak soalan meremang bulu roma dan setiap kali soalan tu ditanya, aku cuma jawab macam otai sikit. Entah la. Masa tu aku tak formal langsung. Itu je.


Paling best, tak sangka pulak akan diterima bekerja sebab melawan. Bukan melawan yang biadap, tapi macam kita pertahan apa yang kita tahu dalam keadaan beradab sopan.


Pada masa tu lah kan, aku rasa macam hebat la pulak sebab berjaya kalahkan candidates lain yang jauh lebih layak untuk position tu hanya sebab melawan. Bak kata puan Q,



'Saya ni bukan tengok educational qualification sangat. Tak nafi la benda tu penting kan. Result bagus pun satu bonus tapi kalau EQ kurang, buat kerja tak ok, itu yang susah.'



Semua ni rezeki daripada Allah. Dengan izin-Nya dapat kerja tu. Inilah antara pengalaman paling tak dapat lupa walaupun aku dah tiga tahun macam tu la aku tinggalkan tempat tu atas sebab dapat kerja lebih dekat dengan rumah.


Pengurusan

Ingat lagi masa mula-mula buat bisnes lukis ni, aku ambik tempahan pun sekadar catit dekat kertas je. Lepas siap satu lukisan, aku just potong nama orang tu. Kadang-kadang tu lupa kertas kat mana. Hambekk.


Bab keluar masuk duit dalam akaun pun kelam kelibut sebab tak sistematik. Lupa macam-macam. Sampaikan tak boleh nak pastikan betul ke duit dah masuk and berapa yang dah masuk. Ha itu cerita dulu lah.


Sejak bisnes sampingan boleh tahan (boleh tahan la kan) maju dari hari ke hari, aku dah kena start ubah cara pengurusan masa dan pengurusan tempahan. List tempahan aku buat guna MS Excel dan buat formula biasa untuk pembayaran, total duit yang baru masuk dalam akaun, diskaun dan lain-lain.


Benda macam ni sangat penting sebab aku pun takda pembantu, jadi aku kenalah bantu diri sendiri. Secara tak langsung, aku jadi lebih terurus dan sistematik.


Running Man


Siapa layan Running Man, mesti kenal  laki kat atas ni kan? Aku nak kabor, walaupun tak ada sape yang berminat nak tahu bahawasanya, sebelum ni memang aku tak tahu menahu pasal variety show popular ni. Mungkin sebab aku jarang tengok tv dan jarang layan korea. 


Heh. Dulu suka la layan kalau melibatkan kpop ni. Macam Two Days One Night, korean drama and Kpop Music Bank. Sekarang tidak lagi. Namun begitu, lepas tengok Running Man ni, aih hati ni berminat pulak nak tengok lagi sebab aktivitinya best. 


Aku pilih untuk lukis karikatur yu sebab aku tengok dia kat rancangan apa entah before Running Man. Lupa tajuknya. Tapi dia jemput artis-artis. Ada soal jawab, kalau salah kena tembak dengan pistol air. Macam tu la.


Selain Running Man ni (tak fanatik pun harap maklum), aku suka tengok Caught On Camera. Siap set waktu bersiaran dalam henpon lagi. Huhu.


Eh malam ni dah start terawih. Moh le kita ke mesjid/surau. Selamat berterawih dan bersahur nanti. cau cinnnn cau...


Ramadhan


Dekat mana-mana sekarang ni dah mula jual kuih raya padahal puasa pun belum start lagi. Orang kata persediaan awal. Hohoh. Tahun ni keluarga tak beli kuih tunjuk dah, sebab nak buat kuih raya sendiri macam Cornflakes and len len. 


Lagipun memang tiap-tiap tahun kuih raya pelbagai rasa dan rupa ni tak jadi pilihan tekak sangat. Lagi suka kerepek je. Itu pasey le nak buat kuih raya sikit-sikit je.


Aku ni dah kenapa cite pasal kuih raya. Dasar gelojoh. heh.


Esok malam dah start solat terawih. Nak cuci mata tengok telekung sape paling banyak corak. kihkih. K tak lawak rupanya. Ui tak sabarnya nak sambut Ramadhan! Harap dapat menunaikan tanggungjawab lebih baik daripada sebelum ni.

Komen

Bak kata Aujinz,


"komen adalah makanan seorang blogger. Lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah-curah ke ladang gandum, lagi rajin dia apdet."






emmmm daaappp...


Sekarang aku tak guna dah pop up window untuk komen ni. Walaupun benda tu mudah dan cepat, tapi aku dah mula suka guna macam ni (embedded) punya. Boleh terus respon dekat pengkomen pengkomen sekalian.



Menjawab persoalan kenapa kepala mesti besar



Hehehehehehehe. Sejak aku lukis ilustrasi berkepala besar, ramai tanya soalan sama.


Kenapa eh kepala mesti besar?


Sebab aku suka tengok karikatur. Kepala besar, badan kecik, kaki lagi la kecik. Nampak comel dan style. Itu bagi pandangan aku la. Lagipun masa aku cuba cari identiti lukisan sendiri dengan harapan orang akan kenal lukisan tu siapa buat, jadi aku cuba eksperimen banyak kali sampailah dapat satu ilustrasi lelaki dan perempuan macam sekarang ni la. 


Disebabkan aku jenis sukakan kelainan, aku eksperimen lagi untuk hasilkan sesuatu yang lain daripada lain. Lain la harapnya.


Bila ramai bagi respon dan mula kenal lukisan tu, aku rasa bersyukur sangat sebab dengan izin-Nya, dapat jugak aku realisasikan impian aku iaitu identiti sendiri. Macam Cik Dil, Aujinz Si Lanun Ranggi, dan Tangan Punya Kerja, orang dah kenal lukisan diorang macam mana. 


Sama jugak macam pelukis-pelukis lain. Kalau nak list kat sini memang penuh la.


Jadi, kepala besar badan kecik ni adalah gaya mutu keunggulan aku. Tapi pernah jugak customer minta bahagian kepala nak nampak normal. Dengan penuh rasa tak kisahnya, aku resize kepala. Tak ada masalah pun untuk itu.


Cuma yang sedihnya, pernah jugak aku kena gelak kaw-kaw sebab lukis kepala besar ni. Ada jugak aku tetiba rasa kecewa, rendah diri dan tak bersemangat. Macam nak tutup blog pun ada. woh..ekstrem. Masa tu aku tertanya, perlu ke perlekeh apa orang lain buat sedangkan benda ni tak menjadi satu masalah negara pun? 


Tapi tak boleh nak layan sangat komen-komen macam tu sebab lain orang lain pendapat. Tak boleh la expect 100% orang akan suka gaya tu. Cumanya, cara komen tu biarlah tak merendah-rendahkan sampai memalukan orang lain. Kan ada adab menegur. Heheh. Kesimpulannya, hormati perbezaan.


Positifnya aku....macam tak percaya. Hehe. *tepuk bahu sendiri.


Sekian.

 

Kaki pun boleh




Snap gambar kaki je. style pe..heh heh.

Ahad lepas 30 Jun 2013 aku jalan-jalan dekat Putrajaya dengan kawan-kawan. Tengok festival bunga. Memandangkan keadaan padat dengan manusia, lepas tu panas kemain, kitorang ada kat situ sekejap je. Itupun lepas memuaskan diri dengan mensnap bunga-bungaan. Masing-masing dah mula capek, cara jalan pun dah macam zombie, kitorang pun beransur le balik.


Tak dapat nak snap bunga banyak-banyak. Manusia sungguh le ramai. Pening kepala. Mood karam. Korang pergi tak?



Nurdani dalam Citra Orang Muda Utusan Malaysia

29 June 2013 secara eksklusifnya (perghh) muka gua terpampang dalam akhbar Utusan sisipan Citra Orang Muda.

Beberapa minggu yang lepas sesi interview dan photoshoot dijalankan secara outdoor sekitar Shah Alam dan di interview oleh wartawan comel, Lailisuhana dan Farizwan (photographer).




 Tribal skirt dan Bow Tie Peach Top daripada Old Blossom Box, tudung bawal bersama brooch daripada Rina Salleh Clothing.


Aku bukanlah seorang yang pandai bergaya mahupun pandai menggayakan diri depan kamera, tapi untuk sesi photoshoot ni, ku redah jua dengan bantuan encik jurugambar. Makasih. Tanpa dia, tiang letrik la nampaknya. Ingat nak buat gaya model, tapi haruslah sedar diri. Eleh sebenarnya segan. Dekat rumah dah praktis macam-macam gaya kot. Muahaha!


Walaupun muka dah masuk paper dan korang boleh tatap muka aku tu (kau dah kenapa nak suruh orang tatap muka) aku tetap nak crop dalam blog. Tabiat gamaknya. Terima kasih encik jurugambar sebab gambar semua cantik-cantik.


 
Dan untuk pertama kalinya jugak, aku buat ilustrasi diri sendiri. Sebelum ni asyik buat orang lain punya je.





Aku suka tajuk ni. Hehe. Paling aku suka tang introduction.

Malam sebelum keluar kat paper ni memang gelabah sebab takut nak tengok muka sendiri. Lepas tu dekat instagram ramai jugak cakap aku macam Najwa Latif. Hahahahhaha.


Mungkin sebab pakai skirt ala-ala Najwa Latif kot. Badan aku tetiba nampak kembang semangkuk, hakikatnya kurus melentik. ngaa.... dasar tak terima hakikat.


Bila tunjuk paper dekat family, diorang tumpang gembira. Terus aku rasa macam nak bagi tandatangan kat perut. kohkoh (gelak style Aujinz). 


Walaupun ada story fasal aku di akhbar, tetap tak ada apa nak dibanggakan, cuma aku rasa macam apa yang aku buat selama dua tahun ni bagi satu impak tanjat dalam hidup aku. Tak sangka dan tak menjangka benda ni berlaku.


Masa ni lah nak buat ucapan ala-ala dapat award. Terima kasih kepada pembaca, pengikut tak kira la drop komen ke tidak, tetap nak ucapkan rasa terima kasih. Bak kata Aujinz si lanun ranggi, komen adalah makanan blogger. Macam tu jugak aku. Cuma blog aku ni biasa-biasa je, sekadar kongsi cerita dan lukisan.


Benda yang berlaku dalam hidup sepanjang dua tahun ni memang bermakna. Alhamdulillah. Kenangan 2013.


Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah