Classroom make over

Dah lama aku tinggalkan kerjaya sebagai guru tadika ni tapi impian nak deko kelas tu tetap ada. Banyak benda nak kena ubah untuk jadikan kelas aku ceria, terutamanya cat lah.


Warna pudar.



Dah tak jadi cikgu pun tetap berangan-angan nak make over kelas. huhu. Kongsi dalam blog pun jadilah.


Seronok kalau hias-hias ni and kalau buat, I cannot stop until the job is done. Apa yang aku sempat hias kelas masa tu pun tak banyak. Sekadar lukis mural, sediakan ruang membaca dan ubah kedudukan meja anak-anak murid seminggu sekali. Tu pun masih tak cukup ceria di mata aku.





INFO : 
1. I'm not an expert at interior design.
2. Don't ask me if I'm an Interior Designer..

because I'm not. kelulusan dalam bidang ni pun den takdo. :)


tapi aku mungkin dalam kategori sebagai Interior Decorator. 
Lanjut mengenai perbezaan Interior Designer dan Interior Decorator boleh lihat di sini




Ini keadaan kelas aku sebelum make over (tidak mengikut skala sebenar) menggunakan software Sketch Up Pro. Projek make over ni sekadar suka-suka je ye.



Before. View 1.

Floor lamp tu sekadar hiasan nak bagi ada efek cahaya dalam kelas. Lampu sebenar ialah lampu kalimantang je. teheeee...


Almari kat hujung dinding tu untuk letak buku anak-anak murid, file kedatangan pelajar, Al Quran, Iqra, buku cerita dan rekod tertentu. Lepas habis mengajar aku akan suruh anak-anak murid susun balik buku-buku ke dalam almari.


Allah.....memang berterabur buku. Dah la aku ni ada OCD (obsessive compulsive disorder) tapi aku akan kemas elok-elok lepas habis mengajar. Biasalah budak kan? Nak kena didik elok-elok. Aku ada sediakan label kat almari ikut jenis buku so diorang kena susun ikut label tu. Bagi aku benda ni agak sistematik la.


Label-label tu semua bertahan berapa minggu je, lepas tu lunyai. Kena laminate, baru tahan lama.



View 2.

Pintu tu nampak je cantik tapi realitinya pintu biasa yang dah pudar warnanya.


Pokok kat dinding tu pulak ialah lukisan mural aku. Tak la cantik dan kemas macam dalam gambar tu. Just untuk gambaran je.



View 3.



Sebenarnya ada lukisan mural Disney House yang aku lukis tapi tak dapat nak tunjukkan dalam gambar. Lukisan tu tujuannya untuk menceriakan kelas.




Memilih warna cat yang betul adalah sangat penting lagi-lagi untuk kelas tadika macam ni. Jadi mengikut idea dan citarasa tak pakar macam aku ni, aku memilih warna pastel hijau labu air dan kuning air. Rasa tenang dan ceria.


Perabot pulak aku cat warna-warna terang untuk kontrakan dengan warna dinding. Asalnya aku nak buat kerusi dengan meja tu dalam dua tiga warna, tapi tak sempat nak 'cat' dalam software ni.


Dan dibawah ni pulak selepas make over.


1. Toy storage.
Ini untuk simpan barang mainan dan alat bantuan mengajar bukan elektronik, elektronik dan lain-lain. Kadang-kadang masa mengajar kita akan selitkan aktiviti jadi ada beberapa jenis mainan macam blok, lego dan lain-lain digunakan.

Masa aku kerja cikgu ni, alat-alat tulis semua simpan kat kelas.



My favourite view.


2. Sudut bacaan.
Ruang kosong ni aku tambah low cabinet untuk dijadikan tempat buku-buku dan juga diletakkan cushion untuk anak-anak murid duduk.

Perabot yang aku buat ni takda dalam Google Warehouse sebab design sendiri. Macam mana nak reka perabot sendiri? Cer google. Aku sendiri pun belajar melalui tutorial di google.

Lepas siap reka, right click - Make Component - Rename. Siap dan bolehlah rotate, adjust kedudukan perabot anda.




3. Almari coklat lama tu aku alih berdekatan tingkap dan pintu kemudian dicat warna oren terang untuk nampak baru dan ceria. Rajin gila mengecat. kikiki.


4. Sebelum ni takda langsir. 
Langkah berjimat :
1. DIY
2. Guna langsir sedia ada, basuh bersih-bersih kat dobi, alter apa patut.

Karpet kartun ditambah untuk menceriakan bilik. Sekarang kan tengah menggila dengan karpet licin berkartun-kartun Upin Ipin tu. Macam-macam kartun. Murah pun murah.



Make over:
1.Warna perabot.
2. Warna pintu.
3. Cat dinding.
4. Rombak susun atur perabot.


Tambahan :
1. Low cabinet.
2. Toy Storage.
3. Langsir.
4. Karpet.



Sebelum selepas.




Rasa puas hati kalau dapat realisasikan untuk anak-anak murid aku. Wuuuuu... Aku sanggup keluarkan duit sikit demi sikit janji dapat penuhi impian ni. Er...ini impian 2012 rasanya. mihmihmih.

Impian tinggal impian tapi boleh la laksanakan bila dah kahwin ada anak-anak nanti. ihikz.


Ada potensi menang kelas paling ceria berturut-turut tak?






P/S : buat make over sekadar suka-suka. 
mungkin tak betul susunannya, 
mungkin juga tak kena gayanya :)



36 comments:

  1. Replies
    1. masuk kelas sekarang, cikgu nak bagi present ;P

      Delete
  2. Smart lah. Saya suka sketch ini. Macam real.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Render baru nampak macam real sikit kan. tq :D

      Delete
  3. ya Allah cantik sangaaaaat! :)
    kak dani so creativeee.

    love your new header :DD

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... tu header rekaan Azhafizah.com. tak sempat nak buat entri fasal ni sebab tunggu siap sepenuhnya

      Delete
  4. Nice! Sgt different dan nampak sgt ceria dah :)) I work in kindy too, now, and I like it simple like ours now. Plain white, hanya dihiasi benda berpatutan like timetables, subjects corner and arts.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) ..idea suka2 walaupun tak la betul mana. hehe.
      oh hi Teacher Vee! Less is more kan? yang penting fungsi dan keceriaan kelas

      Delete
  5. Lagi kemas dan sedap mata memandang. Tersusun rapi. Wahh dapat bayangkan akak dani kawin mesti 100% akak design sendiri. Kawaii, comel, cantik, gorgouse. Pehhhh pewittttttttttttt :D Tak sabar nak tengok ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...memang nak hias sendiri bilik anak-anak ni. baru rasa puas hati kan

      Delete
  6. I like the idea of placing the blue cushion! weee~ X3

    ReplyDelete
  7. best gak ek maen software nih. teringat dlu aku pernah design rumah guna autocad. bajet cam arkitek masa tuh. hahaha...

    ReplyDelete
  8. Wah ! Cantiknyaa Kelas . Meja & kerusi tersusun dengan rapi ^^

    http://belogcapnutella.blogspot.com/2014/01/beza-abc-dulu-dan-sekarang.html

    ReplyDelete
  9. Akak dulu amek course apa? T-T gifted ni gifted punya talent. So nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu QS tapi sangat2 minat dalam interior designer dan architecture tapi tak dapat peluang tu...huhu

      Delete
  10. sungguh kreatif laa awak ni...kagum!!

    ReplyDelete
  11. ehh.. aku nak jadi anak murid hang jugaklah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nanti datang daftar ya. pakai smart2, bawak ayong sekali

      Delete
    2. err , bawak ayong? haha
      bukan ayong memang nak datang ke?
      sepatutnya "bawak adik Ah skali"
      ke aku yg salah?

      Delete
    3. ok nanti datang daftar ya. pakai smart2, bawak dik Ah sekali.

      pfft....silap. hahaha

      Delete
  12. selepas make over lagi ceria classroom tu dani..hebat²

    ReplyDelete
  13. lama x menghadap sketchup..rumah sy yg baru tu pon x siapkan sketchup..sampai la dh duduk..xsiap2..punyalah rajinkan..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti siapkan lepas tu share kat blog tau. teringin nak tengok hasil MIJ

      Delete
  14. kalau mcm ni lah kelas nye shida pn nk blja balik lah ^_^

    ReplyDelete
  15. Aku rasa guru/murid yg baik mesti ada sedikit OCD (obsessive compulsive disorder). baru rajin kemas kelas.
    mohon dermakan sedikit DNA utk disuntik ke dalam badan mereka yg malas susun /kemas kelas.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.