Hah...ni kira first time tajuk lebih suku kata.
Orait! Tahun ni memang seronok sangat sebab dua ilustrasi yang aku buat untuk cover novel akan berada di pasaran kedai buku seluruh Malaysia. Itupun dua tiga minggu selepas Pesta Buku berlangsung di PWTC pada 24 April 2014 sehingga 4 Mei 2014 ni. hehe.
Dua novel yang aku maksudkan tu ialah Aku Mahu Jadi Hijabistar dan Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib. Aku cuma lukis ilustrasi pada kedua-dua novel je. Background yang sangat cantik tu, graphic designer yang buat. Awesome. *tunjuk ibu jari ala-ala cendol Borhan.
Ada tengok Aku Mahu Superbibik kat tv? Ha itu la penulis yang sama untuk novel-novel di Blink Book ni iaitu Ain Maisarah. Penulis novel remaja nombor satu Malaysia.
Berkenaan cover novel dongeng Puteri Gunung Tendang dan 7 Hantaran Ajaib tu, ramai orang di facebook cakap ilustrasi tu macam Elsa Frozen. Ya, memang. Lukisan tu ialah tiruvasi yang bermaksud tiru dan inovasi untuk watak Elsa ni. Memang tujuannya macam tu macam yang dah dijelaskan pengurus, Tuan Amal kepada aku.
Itu sebab le dalam novel-novel Blink Book ni banyak wataknya ada nama Senah White yang asalnya ialah Snow White. Pink Riding Hood, Ranpuzellah dan lain-lain. Dalam erti kata lain, ia sebuah parodi. Ada faham anak-anak sekalian? Good... hehe.
gambar dari Ain Maisarah Novelis.
Penulis Blink yang terbaru iaitu Hazira Hanapi bakal menerbitkan novel sulungnya iaitu novel Aku Mahu Jadi Hijabistar (Hijab dan Star Tidak Mungkin Bersatu) ni. Penulis yang sangat cantik dan comel. Tak sabar nak tunggu sesuatu daripada beliau. Korang yang macam gaya nak tahu tu, nantikannya di PWTC ya. hehe.
Fyi, novel ni ada disertakan sekali bookmark jadi cepat-cepatlah ke kedai Blink Book nanti. Senang je kalau nak cari sebab ada dekat ruang legar PWTC. Kedainya bertemakan Hero Blink Blink berwarna ungu dari pagi hingga 9 malam.

SINOPSIS
AKU MAHU JADI HIJABISTAR.
Farah dan Ina dipaksa bertudung oleh Amir iaitu abang Ina. Segalanya kerana rahsia gelap yang tercipta, rentetan kemahuan mahu popular. Akur bertudung, namun rasa keterpaksaan itu amat mencengkam! Tudung dirasakan panas membahang. Tudung dijangka menyekat pergerakan!
Tanpa disangka juga, mereka dilantik sebagai Ikon Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah. Mereka juga diminta menulis pengalaman penghijrahan di kolum Portal Sri Bangsar. Sama macam konsep blogger hijabster.
Oh, siapa sangka.. Impian mahu popular masih boleh direalisasikan! Laju tawaran diterima dan impian diubahsuai. Kini mereka merangka TO-DO-LIST IN ORDER TO BE A HIJABISTAR!
Setiap catatan, perlu ditunjukkan gaya tudung paling moden. Ekspresi muka dalam gambar.... mesti secomel Kak Ton. Paling penting, mereka mahu jadi ikon fesyen!
Seketika mereka alpa... berhijab sepatutnya kerana Tuhan, bukan sebab diri jadi tumpuan. Terlupa juga, harga populariti itu amat mahal... hingga dinilai pada setiap sisi dan keadaan!
Kini dua remaja itu dilanda gosip buruk terhebat dalam sejarah dan diuji ketika berhijab! Mampukah Farah dan Ina membersihkan nama? Mampukah mencapai taraf hijabistar yang didamba? Ikuti segalanya dalam ~ Aku Mahu Jadi Hijabistar!

sumber : Ain Maisarah Novelis.
Korang boleh tengok secara detail di facebook Ain Maisarah sebab kat situ semua ada. Novel-novel, sinopsis, kedudukan kedai Blink, jadual penulis di Pesta Buku dan banyak lagi.
Terima kasih sudi meluangkan masa untuk baca entri ni :p
Dani yg cover novel ala2 elsa tu cantik sgt..such a talented girl
ReplyDeletehuaaa congratsssss. suke nyeee tengok art dani. semua cute2 hhe
ReplyDeletecantikkk gilozzz coverrr Dani oiii...ohsemm!
ReplyDeletebesttt nye kalo dpt g KLIBF..huhu
tpi "mem beso" tmpt keje kite x kasik pegi sana kalo xde rekrut dari staff akademik..
padahal dpt je sponser sume FREE dari supplier..benda FREE pon deme tolak..hawauu jek :(
bangga kejap untuk awak dear
ReplyDeleteCongrats Congrats Congrats Nurdani! Proud of youlah..semoga karya terus berkembang maju ye.. cerita novel tu macam menarik je.. Memang seronoklah membaca dengan cover page yang comel cantik tu.
ReplyDeleteowh lah...ye ke he3.kak lea dok vote cover utk novel yg puteri gunung tendang tu kat fb ain maisarah,laju2 vote sampai x tau sis dani rupanya yg create wah best2
ReplyDeleteowh lah...ye ke he3.kak lea dok vote cover utk novel yg puteri gunung tendang tu kat fb ain maisarah,laju2 vote sampai x tau sis dani rupanya yg create wah best2
ReplyDelete