Assalamualaikum dan hi. Hari ni nak kongsi cara lukis burger menggunakan Microsoft Office Excel. Sila buka MS Excel anda dan bersama-sama saya membuat burger. Jom masuk dapur.
Cara buat burger.
Macam yang korang lihat gambar di atas ni, semuanya menggunakan ready made shapes so tak perlu susah susah nak draw untuk dapatkan bentuk-bentuk tersebut ya. Jadi sekarang soalannya ialah, apakah nama-nama bentuk yang perlu anda gunakan? dan dimanakah bentuk-bentuk itu boleh didapati? di speedmart? mymydin? naaah.... simply klik di bahagian insert kat atas sekali ya. Sederet dengan home tu.
Roti.
Insert - Flowchart Delay
Bentuk ini untuk roti bahagian atas.
Insert - Rounded Rectangle untuk roti bahagian bawah.
Insert - Rounded Rectangle untuk roti bahagian bawah.
Insert - Oval
untuk bentuk bijan. Sila buat satu bijan kemudian copy paste je. (ctrl+c (copy) dan ctrl+v) (paste).
Daging burger.
Den prefer daging lembu daripada ayam. Tak tau kenapa. hoh hoh.
Insert - Oval.
Insert - Moon ( untuk efek sahaja)
- selepas draw moon, klik drawing tools bahagian atas - shape effects - gradient - more gradients - transparency (letak peratus yang korang nak)
Tomato.
Den kurang gemor tomato. Kalau beli burger, memang tomato pass kat adik. muehehe.
Insert - Oval (untuk bentuk tomato, dan biji)
Sayur.
Insert - Cloud.
Sila susun menjadi sayur-sayur yang banyak.
Botol Sos.
Insert - Rectangle
Insert - Trapezoid
Insert - Isosceles Triangle
Sos dan mayonis.
Insert - Block Arc
Warna.
Klik pada salah satu bentuk - drawing tools - shape fills - pilih warna. Kemudian klik shape outline - no fill ( sebab tak nak ada line pada bentuk)
Repeat untuk setiap bentuk mengikut warna yang korang mahukan.
Susun seperti dalam gambar. Mudah tak? Ke macam mana? Try and error. Lama- lama jadi biasa. Haaa gitu. Selamat menjamu selera. Nak buat bigmac pun boleh. Jangan risau...tiada kalori. hoh hoh. Assalamualaikum.
practise make prefect..kena rajin buat latihan baru menjadi kan cikgu Dani :)
ReplyDeletecantiknya :)
ReplyDeletekreatif betul bermain dgn shape
Kenapa bila tengok macam mudah je tapi bila nak buat macam alahai susah giler hahaahaha
ReplyDeletedone..lama x jengah blog dani..alahii miss u blog..ehh
ReplyDeleteSalam. Sis, TQ bagi tutor mcm mana nak lukis burger..
ReplyDeleteLepas ni boleh x buat tutor macam mana nak lukis muka perempuan pakai tudung yg ada lekuk-lekuk macam heading blog ni,. Cantikk sgt.. Nak try lukis sendiri x reti.. hehe
Kak nanie lama x komen sini. Nanti nak try la lukis burger sediri ye.
ReplyDeleteLukis buger special taruk cheese leh tak ?hehe
ReplyDeletekreatifnya, tak pandai nak buat but i will try next
ReplyDeletejom support our segmen : misi kembara si citam
Wahhh.. dengan excell pun boleh melukis.. hebat2
ReplyDelete