Tutorial lukis burger

Assalamualaikum dan hi. Hari ni nak kongsi cara lukis burger menggunakan Microsoft Office Excel. Sila buka MS Excel anda dan bersama-sama saya membuat burger. Jom masuk dapur.


Cara buat burger.


Macam yang korang lihat gambar di atas ni, semuanya menggunakan ready made shapes so tak perlu susah susah nak draw untuk dapatkan bentuk-bentuk tersebut ya. Jadi sekarang soalannya ialah, apakah nama-nama bentuk yang perlu anda gunakan? dan dimanakah bentuk-bentuk itu boleh didapati? di speedmart? mymydin? naaah.... simply klik di bahagian insert kat atas sekali ya. Sederet dengan home tu.



Roti.

Insert - Flowchart Delay 
Bentuk ini untuk roti bahagian atas.
Insert - Rounded Rectangle untuk roti bahagian bawah.

Insert - Oval 
untuk bentuk bijan. Sila buat satu bijan kemudian copy paste je. (ctrl+c (copy) dan ctrl+v) (paste).



Daging burger
Den prefer daging lembu daripada ayam. Tak tau kenapa. hoh hoh.

Insert - Oval.
Insert - Moon ( untuk efek sahaja)
            - selepas draw moon, klik drawing tools bahagian atas - shape effects - gradient - more                         gradients - transparency (letak peratus yang korang nak)


Tomato.
Den kurang gemor tomato. Kalau beli burger, memang tomato pass kat adik. muehehe.

Insert - Oval (untuk bentuk tomato, dan biji)


Sayur.
Insert - Cloud.
Sila susun menjadi sayur-sayur yang banyak.


Botol Sos.
Insert - Rectangle
Insert - Trapezoid
Insert - Isosceles Triangle


Sos dan mayonis.
Insert - Block Arc



Warna.

Klik pada salah satu bentuk - drawing tools - shape fills - pilih warna. Kemudian klik shape outline - no fill ( sebab tak nak ada line pada bentuk)


Repeat untuk setiap bentuk mengikut warna yang korang mahukan.


Susun seperti dalam gambar. Mudah tak? Ke macam mana? Try and error. Lama- lama jadi biasa. Haaa gitu. Selamat menjamu selera. Nak buat bigmac pun boleh. Jangan risau...tiada kalori. hoh hoh. Assalamualaikum.



9 comments:

  1. practise make prefect..kena rajin buat latihan baru menjadi kan cikgu Dani :)

    ReplyDelete
  2. cantiknya :)
    kreatif betul bermain dgn shape

    ReplyDelete
  3. Kenapa bila tengok macam mudah je tapi bila nak buat macam alahai susah giler hahaahaha

    ReplyDelete
  4. done..lama x jengah blog dani..alahii miss u blog..ehh

    ReplyDelete
  5. Salam. Sis, TQ bagi tutor mcm mana nak lukis burger..

    Lepas ni boleh x buat tutor macam mana nak lukis muka perempuan pakai tudung yg ada lekuk-lekuk macam heading blog ni,. Cantikk sgt.. Nak try lukis sendiri x reti.. hehe

    ReplyDelete
  6. Kak nanie lama x komen sini. Nanti nak try la lukis burger sediri ye.

    ReplyDelete
  7. Lukis buger special taruk cheese leh tak ?hehe

    ReplyDelete
  8. kreatifnya, tak pandai nak buat but i will try next
    jom support our segmen : misi kembara si citam

    ReplyDelete
  9. Wahhh.. dengan excell pun boleh melukis.. hebat2

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.