Segmen Apa Ada Dalam Handbag Anda

Tanpa fikir dua tiga kali, aku terus join segmen daripada Faten Osman (Tangan Punya Kerja). Jadi, marilah kita terus ke isi-isi dalam handbag aku yang dinamakan, bag dalam bag ada bag lagi.



Bag yang selalu aku bawa, sling bag sebab nampak sempoi. Bag nampak kecik, tapi cuba tengok apa isinya. Buka bag kejap.





Ha inilah benda-benda mesti bawa. gigih lukih. Kalau tertinggal dekat rumah, sanggup patah balik, tahu?


1. Make up bag
Beg kecik tu tempat sumbat barang-barang make up (nombor 5,6 dan 7 je pun). Bab make up ni, memang aku tak tenyeh apa-apa foundation, eyeshadow, blusher dan eyeliner.

Lepas setel tenyeh skin care + UV protector dekat muka, terus tempek bedak sikit-sikit je. Hasilnya memang best. Ini pakar kecantikan cakap sebab katanya kalau pakai foundation, muka aku akan lebih pucat.


*make up bag tu hadiah daripada Merahitujambu sebab aku menang contest doodle glider


2. Diari + pen
Ini untuk aku salin info-info penting je. Tak ada personal things pun. Kisah-kisah cinta monyet ke ungka ke, memang tak ada. Tak minat nak tulis macam tu. Pernah la aku tulis diari masa sekolah dulu. Boleh dikatakan a good way untuk getting out our feelings kan. Sekarang simpan dalam otak je.


3. Beg telekung
Susah kalau singgah beberapa surau yang ada telekung bertahi lalat dan berbau. Nak solat pun tak selesa. Bawa sendiri lagi bagus.


4. Brooch dan pengepit rambut
In case kalau pin tudung sedia ada tercabut ataupun rosak, so boleh la guna brooch lain. Macam back up la. Pengepit rambut tu pulak kalau rambut tertanggal ke. Eh. Rambut terpele'ot dalam tudung ke, so boleh la berlari ke washroom dan betulkan.


5. Losyen
Kulit aku ni kering. Sebab tu penting gila ini losyen ma.. lagi satu, harum.


6. Bedak muka Silky girl
Tempek je sikit-sikit, sampai ke sudah kulit muka cantik sekata. Tapi lepas solat, touch up balik la untuk bagi muka tak berminyak.


7. Lipbalm Maybelline 
Penyakit jilat bibir ni tak boleh dibendung seandainya berterusan sampai ke besor. Makanya, Lipbalm baby lips ni jadi pilihan sebab terlalu berkesan. Bibir dah tak merekah lagi. *promote.


8. Earphone
Masa memandu, kena pakai earphone. Walaupun mengikut kajian pemanduan akan terganggu,tak banyak tak sikit tapi aku tak pernah pun ada masalah bila pakai earphone dan menjawab panggilan masa memandu. Fokus tu paling utama. Jawab/buat panggilan telefon pun kalau perlu sahaja.


9. Handphone
Tak ada benda ni, memang boleh hidup, cuma susah la kalau jadi apa-apa ye dak.


10. USB car mobile charger
Belum sempat lagi untuk beli power bank makanya gunalah charger pemberian tunang aku ni. Kot kot bateri kong, you'll know how important it is to have this ma... boleh la cas balik. 

*prepaid finish? ha kalau nak keluar rumah, memang pastikan kredit sentiasa ada.



11. Wet tissue

12. Purse


Kadang-kadang kalau malas sangat, aku bawa purse, lipbalm, handphone dengan charger je. Tu kalau dah malas sangatlah. Terima kasih kedua-dua pelukis komik hebat, Faten Osman yang anjurkan segmen ni dan Aujinz iaitu pencetus idea tentang beg tangan wanita. Hangpa dua lah aku ada idea nak update entri baru. Heheh.

40 comments:

  1. style gila drawing :D
    *tepuk2 tangan

    ReplyDelete
  2. nice mcm real..akan ku join ini..lama dh x melukis.. -_-

    ReplyDelete
  3. sama mcm dil..cuma kena add on lg, tupperware air, mentos, gam gajah(in case lau kasut terkopek ke..hhahaha)

    ReplyDelete
  4. patutlah handbag bini saya berat semacam..... mcm2 adaaaaa ;-)

    ReplyDelete
  5. Minyak wangi wajib ada,hehe.

    Lana suka bawak duit syiling bnyk, sebab kalau jenjalan, prefer guna public trnsport.

    Pastu bwk tuala kecik,buat lap muka,hih3

    ReplyDelete
  6. aduh2 ingatkan real la tadi. rupanya illustrasi.. XD

    ni kira sikit juga la ni kan..

    ReplyDelete
  7. wah cantik artwork suka..suka...

    kdg2 hubby bising makin besar bag makin byk pulak disumbat he3...kalau x bw mcm sllu rs mcm ada yg tak kena je ngee..

    good luck sis... ^^

    ReplyDelete
  8. skrg penuh ngan brg anak2 je.. nak alamat email ke.. dyshasahhir@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. fuyooo.. real lukisan tu..
    kalaulah aku tau dlm beg perempuan ada charger, takdela aku susah2 nk ambik charger jauh2..

    ReplyDelete
  10. cantiknya artwork..isi beg lbh krg sama aje :)

    ReplyDelete
  11. cantik drawing !
    kiteww dari segmen yang same, sajer jalan2 kat sini..
    handphone kitew samelah..hihihii

    ReplyDelete
  12. @faten osman : haha. style lagi lukisan faten

    ReplyDelete
  13. @merahitujambu : cepat2 join

    ReplyDelete
  14. @cikdil : wah banyaknya. saya pun selalu bawak mentos tapi malas nak lukis.ahaha

    ReplyDelete
  15. @themalaymale : handbag wanita macam astro la nampaknya :D

    ReplyDelete
  16. @tintalana : bagusnya menggunakan perkhidmatan awam. saya pun dah lama tak naik ktm ke KL. rindu pulak rasanya

    ReplyDelete
  17. @biskot : kalau balik kampung, ha lagi la penuh.haha

    ReplyDelete
  18. @aleasara : tu la kan. lagipun benda tu semua penting untuk kita jugak

    ReplyDelete
  19. @dyshashahir : ok terima kasih. hehehehehe

    ReplyDelete
  20. @diana azis : kira benda wajib la ni kan.hehe

    ReplyDelete
  21. @izzah azizah : terima kasih singgah. dah singgah blog izzah tadi :D

    ReplyDelete
  22. ala comeynyer graphic tu .

    ReplyDelete
  23. yeahhhhh,itulah pompuan...tapi kalau onie,semakin beg besar semakin banyaklah isinya,hik ^_^

    ReplyDelete
  24. waaaa. beg ape akak bawak ni kak? hehe

    ReplyDelete
  25. huhu comelnya lukisan...tgk je rs nk join...hee:D

    ReplyDelete
  26. Aku suka gambar isi bag tu. Nampak minimalist gila.

    ReplyDelete
  27. beg teman lak berat ada batu.. heheheh

    ReplyDelete
  28. beg sy wajib ade 3 brg nih : purse, phone, spec.. tu jerr

    btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa@blogspot.com

    ReplyDelete
  29. macam macam ada dalam beg sorang perempuan kan..lagi besar beg lagi besar potensi nak masukkan barang banyak2..hee.cantik lukisan!

    ReplyDelete
  30. suka bau enchanter.. hmm nk tau apa ada dlm tas tgn lelaki? eh ada ke tas tgn? hahahaha.. ops..

    ReplyDelete
  31. weee.... best2. hehe.. tapi betul seringan-ringan bag saya tak pernah terlalu ringan.. semua benda rasa penting. hehe..

    ReplyDelete
  32. wah, the amount of detail in your work is so high! Gila detail lukisan, awesome!

    ReplyDelete
  33. wahhh lawanya awk lukis..tertarik kat charger tue..sgt detail.. :)

    ReplyDelete
  34. wah sempat lukis ni. Lukisan pula tu comel belaka, hehe. good job dear =D

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.