Akhir tahun macam ni masa zaman sekolah memang best sebab dah habis exam dan tak perlu lagi study hard. Boleh bawak chess, dam ular, Jutaria ke sekolah. Masa tu jugak lah masing-masing isi buku biodata siap kaler kaler lagi. Paling best tang cita-cita lah. Mesti nak jadi doktor, polis, pelukis, cikgu, jururawat.
Dalam best tu terselit jugak tak best-nya.
Masa pulangkan buku pinjaman. Kena bawa semua buku ke sekolah. Ikat guna tali rapia ketat-ketat siap buat riben lagi. Beg sekolah berat kemain. Tangan pun penuh pegang buku. Gagah bawak buku. Bila dah pulangkan buku pinjaman, datang pulak buku pinjaman baru untuk tahun depan.
Apa yang tak best-nya bila dapat buku yang dah koyak atau kena gigit dengan anai-anai. Pasal tu la paling syoq kalau jadi orang pertama yang ambik buku kat lantai, bawah papan hitam, tepi meja guru tu. Dapat serba baru.
Baru tak baru, tak penting sebenarnya. Ilmu tu janji kita dapat.
pernah kena denda sebab buku teks yg dipinjam hilang ketika mahu dipulangkan.
ReplyDeleteha ah pernah jugak. memang kelam kabut
Deletepaling tak boleh lupa, kenangan cubaan melarikan diri dari misi apabila tibanya hari kena cucuk... pastu kena tangkap, dan dicucuk juga, adoiiilah lawak betoi bila dikenang semula hahaha....
ReplyDeletekunci diri dalam tandas. agak2 doktor, nurse dah balik baru keluar. tapi...tak pernah berjaya. hahah. kena marah dengan nurse ada la
DeleteOrang paling pertama kena ambil buku text kadang2 jd tak best jugak sebab diorg susun buku2 yg dh buruk kat atas dulu..hehehe
ReplyDeletetapi boleh pilih kan? sebab kat sekolah saya, sape paling awal, dia akan pilih yang elok2
Deletebetul tu..buku baru atau tak yang penting ilmunya..tp selalu jgk dpt buku dah barai..haha
ReplyDeletehahaha. tapi lepas balut elok2, jadi ok sikit
Deletekenangan di alam persekolahan adalah kenangan yang paling best dalam hidup. salam perkenalan dari MET
ReplyDeletebetul tu. rindu sangat kan. salam perkenalan juga :)
Deletebetul! janji ilmu dapat....ilmu tu boleh guna masa hidup mahupun untuk orang yang dah tiada :)
ReplyDeleteya betul2. ilmu sangat penting
DeleteSalam.
ReplyDeleteWoww, terimbas2 kenangan dulu,hahaha
Aah,balik rumah, kalau dpt buku yg tak brapa elok tu, abah pun mengomel juga,hehe
Part paling best, bila tgk abah balut buku2 teks tu suma..yg mana terkelepet cover, abah betul2kan ikut kreativiti dia. Sampai lawa balik buku teks. hehe.
Biodata tu, kalau dpt letak gambar, dgn pen warna warni, lagi megah je rasa, da cntik sgtla biodata kita,hahaha
hahaha megah sangat sebab paling kreatif la masa tu
Deleteahhhh... terimbau kenangan lama... kakakkaka... betul betul betul. Buruk ke baru tak penting, yang penting ilmu dia.. hue hue hue
ReplyDeleteha tu la. hehehe
Deleteteringat zaman muda mudi dulu. Time amek buku teks dan time tu yang aku paling benci bila dapat buku test kreativiti terlebey (buku test diconteng) yang pelik tgk nama tuan punya milik dulu pom pompuan.
ReplyDeletehahaha. tension jugak tu weh. terpaksa rujuk buku kawan
Deletesalam perkenalan.. masuk bloglist ya.. cerita2 zaman sekolah ni mmg indah kalau diimbau-imbau semula...
ReplyDeletekan kan? banyak benda tak best dulu tapi bila ingat balik, jadi kelakar
Deletemanusia memang suka yang baru dan cantik je.
ReplyDeleteapatah lagi budak-budak..
tak dinafikan
Deletenama dil start huruf A..so slalu pilih dlu..
ReplyDeletetapi selalunya, buku yg awal2, buku yg dah xde rupa dah..
oh macam tu pulak ya. dulu kitorang siap pilih2 lagi. mana yang last tu selalunya dapat yang tak elok
Deletesangat kenangan.hujung tahun selalu buat bising je dalam kelas sebab cikgu jarang masuk kelas dah kan..macam macam permainan main.seronok!
ReplyDeletehahahah. ha ah. dah macam pasar
DeleteAm walaupun daj 6 tahun lebih tinggalkan zaman sekolah tapi tiap kali cuti dan ada kesempatan mesti pergi lawat cikgu-cigku lama dekat sekolah. Interesting dulu kenal diorang, dan takut pada diorang sebagai tenaga pengajar tapi sekarang boleh kenal diorang lebih dari tu. Dah macam kawan
ReplyDeleteBila cikgu Norizah cerita pasal selalu kene sound dengan guru besar kenapa pelajar harapan tak perform dalam markah English, cikgu Adnan merungut penat sebab balik rumah kena key-in markah pelajar sekarang ni, cikgu Vasantha cakap yang pelajar sekarang ni kene marah macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan - memang sedarla betapa banyak pengorbanan diorang dan tak senang kerja ni.
Dulu time lepas final exam kerja lepak dekat library je la, bbual kosong dengan membe.
bagusnya masih jumpa guru2 sampai sekarang. memang tu yang patut kita buat kan? sebab tanda ingat dan hargai jasa diorang. antara sebab kita berjaya selain doa dari ibubapa dan usaha, guru tempat kita dapat ilmu tu.
DeleteSalam nurdani..
ReplyDeleteHari terakhir di sekolah wajibi bawa kamera. Dulu2 belum zaman handphine mcm skrg. Thun 1997 last spm.. Semua bercamwhore di setiap sudut sekolah.. Depan tandas..dalam taman sekolah..tepi kolam ikan sekolah..dalam kelas... Cuma satu tempat tak berani nak bercamwhore..depan bilik guru... Guru2 dlu garang tak bagi can tgk anak muridnya menngedik ambil gambar buat lambang peace.. Sekian komen dari saya. Ahaks!
hahahah betul2. saya SPM masa 2005. zaman tu masing2 bawak kamera je sebab handphone nokia 3310 kira paling hebat la masa tu. hahaha. macam2 kenangan
Delete