Kenangan akhir tahun masa sekolah

Akhir tahun macam ni masa zaman sekolah memang best sebab dah habis exam dan tak perlu lagi study hard. Boleh bawak chess, dam ular, Jutaria ke sekolah. Masa tu jugak lah masing-masing isi buku biodata siap kaler kaler lagi. Paling best tang cita-cita lah. Mesti nak jadi doktor, polis, pelukis, cikgu, jururawat.


Dalam best tu terselit jugak tak best-nya.


Masa pulangkan buku pinjaman. Kena bawa semua buku ke sekolah. Ikat guna tali rapia ketat-ketat siap buat riben lagi. Beg sekolah berat kemain. Tangan pun penuh pegang buku. Gagah bawak buku. Bila dah pulangkan buku pinjaman, datang pulak buku pinjaman baru untuk tahun depan. 


Apa yang tak best-nya bila dapat buku yang dah koyak atau kena gigit dengan anai-anai. Pasal tu la paling syoq kalau jadi orang pertama yang ambik buku kat lantai, bawah papan hitam, tepi meja guru tu. Dapat serba baru.


Baru tak baru, tak penting sebenarnya. Ilmu tu janji kita dapat.



30 comments:

  1. pernah kena denda sebab buku teks yg dipinjam hilang ketika mahu dipulangkan.

    ReplyDelete
  2. paling tak boleh lupa, kenangan cubaan melarikan diri dari misi apabila tibanya hari kena cucuk... pastu kena tangkap, dan dicucuk juga, adoiiilah lawak betoi bila dikenang semula hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kunci diri dalam tandas. agak2 doktor, nurse dah balik baru keluar. tapi...tak pernah berjaya. hahah. kena marah dengan nurse ada la

      Delete
  3. Orang paling pertama kena ambil buku text kadang2 jd tak best jugak sebab diorg susun buku2 yg dh buruk kat atas dulu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi boleh pilih kan? sebab kat sekolah saya, sape paling awal, dia akan pilih yang elok2

      Delete
  4. betul tu..buku baru atau tak yang penting ilmunya..tp selalu jgk dpt buku dah barai..haha

    ReplyDelete
  5. kenangan di alam persekolahan adalah kenangan yang paling best dalam hidup. salam perkenalan dari MET

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. rindu sangat kan. salam perkenalan juga :)

      Delete
  6. betul! janji ilmu dapat....ilmu tu boleh guna masa hidup mahupun untuk orang yang dah tiada :)

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Woww, terimbas2 kenangan dulu,hahaha

    Aah,balik rumah, kalau dpt buku yg tak brapa elok tu, abah pun mengomel juga,hehe

    Part paling best, bila tgk abah balut buku2 teks tu suma..yg mana terkelepet cover, abah betul2kan ikut kreativiti dia. Sampai lawa balik buku teks. hehe.

    Biodata tu, kalau dpt letak gambar, dgn pen warna warni, lagi megah je rasa, da cntik sgtla biodata kita,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha megah sangat sebab paling kreatif la masa tu

      Delete
  8. ahhhh... terimbau kenangan lama... kakakkaka... betul betul betul. Buruk ke baru tak penting, yang penting ilmu dia.. hue hue hue

    ReplyDelete
  9. teringat zaman muda mudi dulu. Time amek buku teks dan time tu yang aku paling benci bila dapat buku test kreativiti terlebey (buku test diconteng) yang pelik tgk nama tuan punya milik dulu pom pompuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tension jugak tu weh. terpaksa rujuk buku kawan

      Delete
  10. salam perkenalan.. masuk bloglist ya.. cerita2 zaman sekolah ni mmg indah kalau diimbau-imbau semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan? banyak benda tak best dulu tapi bila ingat balik, jadi kelakar

      Delete
  11. manusia memang suka yang baru dan cantik je.
    apatah lagi budak-budak..

    ReplyDelete
  12. nama dil start huruf A..so slalu pilih dlu..
    tapi selalunya, buku yg awal2, buku yg dah xde rupa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh macam tu pulak ya. dulu kitorang siap pilih2 lagi. mana yang last tu selalunya dapat yang tak elok

      Delete
  13. sangat kenangan.hujung tahun selalu buat bising je dalam kelas sebab cikgu jarang masuk kelas dah kan..macam macam permainan main.seronok!

    ReplyDelete
  14. Am walaupun daj 6 tahun lebih tinggalkan zaman sekolah tapi tiap kali cuti dan ada kesempatan mesti pergi lawat cikgu-cigku lama dekat sekolah. Interesting dulu kenal diorang, dan takut pada diorang sebagai tenaga pengajar tapi sekarang boleh kenal diorang lebih dari tu. Dah macam kawan

    Bila cikgu Norizah cerita pasal selalu kene sound dengan guru besar kenapa pelajar harapan tak perform dalam markah English, cikgu Adnan merungut penat sebab balik rumah kena key-in markah pelajar sekarang ni, cikgu Vasantha cakap yang pelajar sekarang ni kene marah macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan - memang sedarla betapa banyak pengorbanan diorang dan tak senang kerja ni.

    Dulu time lepas final exam kerja lepak dekat library je la, bbual kosong dengan membe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya masih jumpa guru2 sampai sekarang. memang tu yang patut kita buat kan? sebab tanda ingat dan hargai jasa diorang. antara sebab kita berjaya selain doa dari ibubapa dan usaha, guru tempat kita dapat ilmu tu.

      Delete
  15. Salam nurdani..
    Hari terakhir di sekolah wajibi bawa kamera. Dulu2 belum zaman handphine mcm skrg. Thun 1997 last spm.. Semua bercamwhore di setiap sudut sekolah.. Depan tandas..dalam taman sekolah..tepi kolam ikan sekolah..dalam kelas... Cuma satu tempat tak berani nak bercamwhore..depan bilik guru... Guru2 dlu garang tak bagi can tgk anak muridnya menngedik ambil gambar buat lambang peace.. Sekian komen dari saya. Ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah betul2. saya SPM masa 2005. zaman tu masing2 bawak kamera je sebab handphone nokia 3310 kira paling hebat la masa tu. hahaha. macam2 kenangan

      Delete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah