Easy Paint Tool Sai - pumpkin

Entri ni bukan la tutorial lengkap. Sekadar tunjuk proses yang sambil lalu je sebab tak sempat nak buat detail macam mana nak buat labu guna super mudah SAI ni.


Apa yang penting ialah imaginasi dan teknik. Bakat tu tolak tepi, sebab kalau ada keinginan, boleh je jadi. Kalau nak install Paint Tool Sai, boleh search di google lepas tu boleh la korang mencuba benda ni. Mudah gila sehh.




Tools yang aku gunakan cuma Pen, Air Brush dengan Blur je. Untuk warna oren seperti yang aku tunjuk tu, guna Pen ye.  Eh lupa, background tu korang pandai-pandai la nak buat macam mana sebab sekarang nak tunjuk proses labu je.







Lepas tu pilih je warna lebih gelap dekat circle (hue wheel) yang banyak jenis warna dan buat lah macam apa aku buat tu ye. Memang nampak huduh. Mula-mula je nampak macam tak menjadi. Sila sabar dan guna teknik betul.





Ada tiga warna yang kena guna untuk hasilkan efek menarik. Oren, oren gelap, oren yang lebih gelap seakan-akan hitam dan kuning.







Tadaaaa! Kalau nak jadi macam apa aku buat tu, korang kena ambil tool Blur dan blurkan lah warna tadi elok-elok. Macam tu je.




Siap! Cantik?
Sebelum ni pun aku ada lukis labu tapi guna MS Excel. Sila klik sini. Kalau nak lebih mudah, better guna MS excel kot sebab bagi aku benda ni senang dan efek warna pun cantik. Tapi mana-mana pun takpe la janji korang selesa dan mudah.

updated :baru buat tadi. cara yang sama.

Oh lupa, bandingkan labu guna SAI dan labu guna Excel ye. Jangan lupa klik dekat font warna merah tu. Selamat mencuba!

14 comments:

  1. memang cantik hasilnya.betul cakap dani.bakat tolak tepi dulu.yang penting ade keinginan pasti jadi kan..fiza download SAI.masih setia dgn PS ^_^

    ReplyDelete
  2. sy nampak seni dekat lukisan awk tuh ! kreatif betoii !

    ReplyDelete
  3. woah!!!...stail glaa!!!..haha..memang terbaek arr!!

    ReplyDelete
  4. waaa..canteknye.. very kreatif ye buat benda2 mcm ni.. very nice.. :)

    ReplyDelete
  5. @cik tikah : terima kasih. harus cuba

    ReplyDelete
  6. @merahitujambu : kena cuba. mesti lagi gempak

    ReplyDelete
  7. @azhafizah : nampaknya lebih selesa dengan ps

    ReplyDelete
  8. @supergirl : hehe. terima kasih !

    ReplyDelete
  9. @syarafi : cuba la cuba la...hehe

    ReplyDelete
  10. @wawa : terima kasih.hehe. nanti boleh buat

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah