Lampu hijau lampu merah

Nekad untuk tetap meneruskan part time job sebagai part time job dan sampai satu masa aku akan berhenti buat semua ni atas sebab tertentu yang dah lama dok pikir dan nilaikan. Baik untuk diri aku. 


Alhamdulillah Allah bagi pinjam kebolehan ni untuk beberapa ketika dan boleh digunakan untuk menggembirakan orang lain selain dapat income bulanan yang tak berapa nak tetap tapi dapat jugak merasa nikmatnya. Allah izinkan aku buat semua ni dan prinsip yang selalu aku pegang aku dapat istiqamah. Itu dah cukup menggembirakan.


Sepanjang setahun ni banyak benda dah aku dapat. Paling tak sangka penerimaan dan offer datang yang mana aku sendiri tak expect pun. Mula-mula rasa tak bersedia, macam dalam mimpi tapi lama kelamaan boleh la terima sikit-sikit.


Mungkin sampai masa nanti bila aku dah stop dengan blog. instagram dan email, bermakna aku dah tak teruskan melukis gambar orang lain. Koleksi yang ada akan aku buat sebagai portfolio untuk kenang-kenangan.


Itu pasti. :)


ada hint untuk anda : Sabtu ini. Kedai. Bungkus nasi lemak.


Online shop - 4dq Cottage



Client : Norliza Zahid
Business : 4dq Cottage (online shop - stickers, flags, cake toppers and many more!)
Website : 4dq Cottage

Illustrator : nurdaniub.blogspot.com



Jualan bookmark dan button badge



Hari ni bermula jualan bookmark dan button badge di butik Rina Salleh Clothing dekat Seksyen 7, Shah Alam. Boleh la dapatkan disana ya. Setiap satu berharga RM3. :)


Goodbye panda eyes

masalah lingkaran gelap bawah mata dan kedutan


Nak buat review fasal produk muka ni memang rasanya tak layak kot. hahah. Tapi aku cuma nak review produk ni sebab nampak keberkesanannya. Sebelum ni ramai tegur muka macam panda sebab bawah mata gelap gelita, kulit muka kusam dan nampak menyedihkan macam kena tumbuk. ngaaaaaa...


Tambahan pulak dulu aku suka pakai eyeliner. Teknik melukis eyeliner pun masuk kategori violent sebab tu jadi kedut. Kalau nak tahu teknik betul bila pakai eyeliner, sila search di youtube.


Beberapa tahun lepas pulak, aku study tak kena gaya, akhirnya penat lelah tu boleh nampak kat bawah mata. Heh. Sampai ke alam pekerjaan aku tak jaga waktu. Lewat pagi asyik melukis je. Ramai staf tegur muka nampak letih, macam tak cukup tidur blablabla. Itu semua membuatkan aku jadi rimas. Hoh hoh. 


Dah macam-macam aku usahakan. Tidur awal, tempek timun, tomato, cold teabags, beli produk itu ini. Entah kenapa masih sama je. Sampailah satu hari tu masa tengah cari scrub dekat Watson, ada promoter wanita dalam lingkungan akhir 30an ni cadangkan aku satu produk yang dia sendiri pakai since remaja lagi. Memang kulit dia lawa. Paling penting, without make up.



Akak tu perkenalkan ini..



Youth Code Rejuvenating Eye Essence.


Beli yang 15ml je sebab nak try dulu macam mana hasilnya nanti. Alhamdulillah dengan izin Allah lepas aku pakai benda ni (on a clean face) in one drop per use for both eyes (guna ring finger) bawah mata makin ok.


Botol ni nampak je kecik tapi boleh tahan dalam 3 bulan tapi ikut kuantiti yang digunakan.  Aku pakai ni pun dah nak masuk bulan kedua. Sekarang tinggal lebih kurang 7ml. Dia absorbs very quickly into the skin.


Makin lama gelap dan kedutan dekat area mata berkurang dalam masa 4 minggu. Hanya mengurangkan, bukan hilang terus. Boleh dapatkan dekat Guardian, SASA, Watson dan mana-mana tempat yang ada jual benda ni dengan harga RM34.90. kot.


Teaser for Raya 2013


Dah nak dekat puasa nanti mesti ramai mula beli kain untuk raya kan. Sekarang pun dah ramai beli kain pasang. Macam-macam jenis baju ada. Peplum, mini dress, kebaya, fishtail etc etc. Kain pulak macam-macam jenis dah sekarang. Ombre tak ombre. 


Macam ilustrasi atas ni, memang aku suka. Nampak comel dan bergaya. Ini tempahan daripada Liyana Zainal untuk teaser raya tahun ni. Banyak lagi design yang ada so korang boleh terus ke link dibawah yang telah disediakan. Boleh tempah cepat-cepat. Aku pun dah rembat sepasang sebab cantik sangat terutama mini dress



Client : Liyana Zainal (Malaysian)
Type : Online shop (custome tailoring)
website : Liyana Zainal
instagram : @itsnanalahboutique 
facebook : Its Nana Lah

Illustrator : nurdaniub.blogspot.com / @dani8dania (instagram)






Tempah awal-awal senang.

Lencos & Aderecos

O Muslimah Fashion blog voltado para as mulheres que cultivam o amor-proprio eque gostam de estar lindas e charmosas mesmo no dia-a-dia. 


Ha faham? Kalau tak faham, meh nak terjemahkan.


Fesyen muslimah adalah sebuah blog yang menjurus ke arah wanita yang memupuk diri dan kasih sayang serta suka untuk menjadi cantik dan menawan setiap hari. 


Sebenarnya ayat tu daripada blog description Lencos & Anderecos. Aku minta bantuan google translate je pun. ahaqhaq. Pemilik blog ni namanya Andreza Hana daripada Portugal merupakan salah seorang customer yang sudi mendapatkan ilustrasi sendiri secara eksklusif daripada aku yang lukis pun suam-suam kuku kaki ni. Lukisan tak dijual di mana-mana. Hanya untuk pembeli.


Bila dah masuk customer luar negara, tak fasal-fasal aku dah sign up akaun Paypal. Senang jugak rupanya transfer duit guna benda alah ni ke serata dunia dan tak fasal-fasal aku tahu la serba sedikit ilmu fasal pertukaran matawang asing.



Ikutkan gambar asal handbag, cincin dengan gelang mutiara tu tak ada dan aku cadangkan buat tambahan sebab bagi nampak lebih okay. Dah la aku tak pandai bab fesyen, boleh pulak pergi cadangkan dekat someone yang memang bergaya. Hahaha. 


Nasib baik setuju dan diterima dengan baik. Lukisan ni untuk diletakkan dekat headernya macam kat bawah ni.




Comel kan? Terima kasih kepada Andreza Hana kerana menempah dan suka dengan hasilnya. Bukan senang nak buat orang suka dengan apa kita hasilkan.


Illustration by me : nurdaniub.blogspot.com


Orked

 dress Orked by Nurul Wonder Wardrobe / Shea Rasol - fashion blogger / artwork2013


''I have no special talents. I am only passionately curious.''
-Albert Einstein, Theoritical Physicist



gifts and hobbies

Hari ni malas nak keluar mana-mana memandangkan esok dah mula pilihanraya, so faham-faham la apa orang ramai akan buat semalam dan hari ni. Ya, balik kampung untuk mengundi. Nasib baiklah tempat aku mengundi ni dekat je.


aku suka gila lantai kayu macam ni. Floor Depot. so, motif?

Sebenarnya aku dah pasang angan-angan untuk hasilkan 'produk gifts and hobbies' sendiri macam notebook, creative stationery, sticker, button badge, creative bookmark, what else? Hm macam-macam lagi la yang ada semua lukisan-lukisan tak semenggah aku. Asyik melukis je tapi tak buat sesuatu daripada lukisan tu pun rasa tak macam berapa nak mencabar jugak.


Sebelum ni just buat bookmark biasa yang aku jual dekat Butik Rina Salleh. Alhamdulillah habis. Baru dua kali jualan sebab tak sempat nak buat banyak-banyak. Buat sikit-sikit je sebab apa yang aku jual tu macam limited edition la. ceh...


Kali ni aku buat sticker dan button badge pulak tapi nanti-nanti lah aku tunjukkan gambar dan aku akan jual dekat area Shah Alam. Buat masa ni tak dapat nak buat secara pos dan untuk makluman, aku tak buat COD (cash on delivery).



kedai 'gifts & hobbies' yang aku tak ingat langsung nama kedai ni.. tapi dekat Setia City Mall, sepanjang Lg 19 - L2-11.

Harap-harap lepas ni dapatlah buat semua benda-benda kreatif tu. Nak cari supplier barang dan kena banyak keluar ke artshop la nampaknya. Nak capai cita-cita, kena ada usaha.


Segmen Apa Ada Dalam Handbag Anda

Tanpa fikir dua tiga kali, aku terus join segmen daripada Faten Osman (Tangan Punya Kerja). Jadi, marilah kita terus ke isi-isi dalam handbag aku yang dinamakan, bag dalam bag ada bag lagi.



Bag yang selalu aku bawa, sling bag sebab nampak sempoi. Bag nampak kecik, tapi cuba tengok apa isinya. Buka bag kejap.





Ha inilah benda-benda mesti bawa. gigih lukih. Kalau tertinggal dekat rumah, sanggup patah balik, tahu?


1. Make up bag
Beg kecik tu tempat sumbat barang-barang make up (nombor 5,6 dan 7 je pun). Bab make up ni, memang aku tak tenyeh apa-apa foundation, eyeshadow, blusher dan eyeliner.

Lepas setel tenyeh skin care + UV protector dekat muka, terus tempek bedak sikit-sikit je. Hasilnya memang best. Ini pakar kecantikan cakap sebab katanya kalau pakai foundation, muka aku akan lebih pucat.


*make up bag tu hadiah daripada Merahitujambu sebab aku menang contest doodle glider


2. Diari + pen
Ini untuk aku salin info-info penting je. Tak ada personal things pun. Kisah-kisah cinta monyet ke ungka ke, memang tak ada. Tak minat nak tulis macam tu. Pernah la aku tulis diari masa sekolah dulu. Boleh dikatakan a good way untuk getting out our feelings kan. Sekarang simpan dalam otak je.


3. Beg telekung
Susah kalau singgah beberapa surau yang ada telekung bertahi lalat dan berbau. Nak solat pun tak selesa. Bawa sendiri lagi bagus.


4. Brooch dan pengepit rambut
In case kalau pin tudung sedia ada tercabut ataupun rosak, so boleh la guna brooch lain. Macam back up la. Pengepit rambut tu pulak kalau rambut tertanggal ke. Eh. Rambut terpele'ot dalam tudung ke, so boleh la berlari ke washroom dan betulkan.


5. Losyen
Kulit aku ni kering. Sebab tu penting gila ini losyen ma.. lagi satu, harum.


6. Bedak muka Silky girl
Tempek je sikit-sikit, sampai ke sudah kulit muka cantik sekata. Tapi lepas solat, touch up balik la untuk bagi muka tak berminyak.


7. Lipbalm Maybelline 
Penyakit jilat bibir ni tak boleh dibendung seandainya berterusan sampai ke besor. Makanya, Lipbalm baby lips ni jadi pilihan sebab terlalu berkesan. Bibir dah tak merekah lagi. *promote.


8. Earphone
Masa memandu, kena pakai earphone. Walaupun mengikut kajian pemanduan akan terganggu,tak banyak tak sikit tapi aku tak pernah pun ada masalah bila pakai earphone dan menjawab panggilan masa memandu. Fokus tu paling utama. Jawab/buat panggilan telefon pun kalau perlu sahaja.


9. Handphone
Tak ada benda ni, memang boleh hidup, cuma susah la kalau jadi apa-apa ye dak.


10. USB car mobile charger
Belum sempat lagi untuk beli power bank makanya gunalah charger pemberian tunang aku ni. Kot kot bateri kong, you'll know how important it is to have this ma... boleh la cas balik. 

*prepaid finish? ha kalau nak keluar rumah, memang pastikan kredit sentiasa ada.



11. Wet tissue

12. Purse


Kadang-kadang kalau malas sangat, aku bawa purse, lipbalm, handphone dengan charger je. Tu kalau dah malas sangatlah. Terima kasih kedua-dua pelukis komik hebat, Faten Osman yang anjurkan segmen ni dan Aujinz iaitu pencetus idea tentang beg tangan wanita. Hangpa dua lah aku ada idea nak update entri baru. Heheh.

Utusan raja sehari jurutera dan bakal doktor

Tahukah kamu benda apakah yang paling best lepas setel lukis kartun perkahwinan customer? Ya betul! Kad jemputan kahwin. ahaqhaq.


Kali ni dapat jemputan daripada customer yang ditempah oleh Nurul Akmal Adnan, seorang pelajar tahun akhir medical school. Bakal doktor ni rupanya satu batch dengan Fatin Liyana sekarang di HUKM. Wo wo...nampaknya ada harapan untuk aku jumpa blogger selebriti nanti.


Bakal suaminya pulak, Muhammad Azreen Mustafa kerja sebagai engineer di KLCC. Masing-masing sebaya, muda belia lagi. Tahniah tahniah.






One word, creative. Dari segi font, susunan, rekaan kad kahwin dan setem tu.


   

Harus bulatkan bahagian 'Datin'.




Comel kan comel kan? Minta tolong angguk laju-laju.


Tahniah kepada pasangan Akmal dan Azreen yang akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Terima kasih sebab tempah dan jemput untuk hari paling indah anda berdua. :)




Ilustrasi pengantin - nurdaniub.blogspot.com / email : ckecikcomeldani@yahoo.com

 Rekaan kad kahwin - Sinar Kreatif Design
 
Interior mat real lawn (grass) & flower pot stand - DAISO Japan, Setia City Mall
Beatles - Living Cabin Sdn Bhd, Setia City Mall