Lukis Boboiboy menggunakan Microsoft Office Excel

ini google image.
Kali ni aku akan berkongsi dengan anda satu teknik untuk lukis kartun popular di Malaysia, Boboiboy. Walaupun aku tidak gemar cerita kartun, tapi aku tahu, mesti ramai yang minat boboiboy ni, betul tak?



Teknik melukis Boboiboy ini hanya menggunakan Microsoft Office Excel. Sesuai kepada sesiapa yang teringin untuk melukis watak kegemaran menggunakan cara yang mudah dan cepat. Trust me.


banner sidebar saya.


Langkah pertama, sila google image Boboiboy, kemudian simpan di dekstop anda.


Langkah pertama :

'saya dah bersedia!', kata boboiboy kepada peminatnya
Kemudian masuk ke dalam MS Excel.


Buka MS Excel anda, klik di bahagian Insert - Pictureand choose the picture. Then, follow the step as shown to ensure the background image to be transparent.





2. Melakar/melukis

kena close up baru senang lukis
Klik Insert- shapes - curve.
Lakar betul-betul ikut bentuk yang ada pada gambar.

Untuk bahagian mata or round thing, tak perlu menggunakan Curve
Insert- shapes- Oval.


Setiap bentuk tu buat satu-satu, for example, siapkan bentuk muka dahulu (seperti gambar di atas), kemudian lukis untuk mata, telinga, baju, tangan dan seterusnya.


Pastikan shape fill tersebut ialah No Fill sebab senang untuk anda nampak dan lukis objek di bahagian lain.


Cara-caranya :
1. Klik pada bentuk yang anda sudah siap lukis tadi.
2. Drawing tools - shape fill (No Fill)




click for large view
It will be like this. Kemudian drag (tarik) gambar asal ke sebelah untuk bagi nampak lakaran kita buat tadi. Senang untuk kita warnakan satu persatu, refer to the original picture.




3. Mewarna
kurang sejam dah boleh siap
Untuk warnakan :
Drawing tools - shape fill (pilih warna)
Drawing tools - shape outline (set kepada No Outline)


Kalau anda inginkan line berwarna hitam, set shape outline dengan memilih warna hitam.

Zip pada baju :
Insert- Shapes - Freeform (ikut bentuk pada gambar asal) atau Rectangle.

*No need to draw the zip many times. Sekali pun dah cukup. Kemudian copy paste and reorganize. Selesai.


Walaupun Excel ini nampak mudah, tapi ada juga kesusahannya. Leceh bila shape bertindih lepas kita dah warna bentuk tadi. Mata yang patut nampak, tapi tak nampak. So we have to click at the eye shape or any object yang terhalang, lepas tu right click- bring to front. Kalau sebaliknya, just send to back.


Gambar paling kanan tu, google image. Saja nak bezakan hasil daripada excel with the original image




Mata bersinar


Caranya:
Insert-shapes- Oval.

Cuma kena ada tiga bentuk bulat.
a. Besar
b. Sederhana
c. Kecik

saiz boleh adjust ikut suka. drag.

Warna:
Klik pada bentuk a :
Drawing tools - Shape Fill (pilih coklat)
Drawing tools - Shape Outline (Black)

dan seterusnya langkah yang sama untuk bentuk b dan c, cuma tukar warna dan Shape Outline wajib No Outline.

Mata bersinar:
Klik dekat bentuk c :
Drawing tools - Shape Effects - Soft Edges - 10 point (digalakkan)

Bentuk tu nanti akan hilang so drag bentuk c jadi besar sikit sampai nampak bentuknya. (macam dalam gambar)

Bentuk a pulak, klik:
Drawing tools - Shape Fill - Gradient - From Centre


Siap.


Untuk bahagian mata, aku touch up guna SAI sebab hasilnya sangat terbaik. Hanya menggunakan tool iaitu 'Blur'. 'Blur' bahagian anak mata hitam, then guna brush (simple circle) warna putih untuk buat bersinar tu. Dan blurkan. Terus siap. :)




4. Touch up dan save lukisan

Ini hasil close up guna Excel. Warna dia biasa-biasa sahaja, betul tak? Disebabkan nampak macam tak 'timbul' lukisan tu, aku touch up sikit guna Paint Tool Sai. Jadilah macam dekat bawah ni.


Sebelum tu, kena group dulu semua bentuk dalam excel.

Caranya :
1. Klik salah satu bentuk
2. Klik CTRL+A (select all)
3. Right click
4. Group


Dapat? Kalau tak dapat, sila ulang balik steps di atas.


Lepas tu buka MS Paint anda. Klik pada lukisan tu, kemudian tekan CTRL+C dan CTRL+V dalam Paint. Save as PNG sebab lukisan anda takkan nampak pecah-pecah.



lukisan yang saya buat dah siap

Nampak perbezaan kan? Letak sikit bayang-bayang bagi dia nampak seperti 3D.







lukis dengan gigih bukan kelam kabut
Although the results are not as good as the original image, tapi kita boleh hasilkan watak kegemaran guna Excel yang super mudah dan pantas. Sesuai untuk yang baru nak berjinak-jinak dalam lukisan digital macam ni.



Kalau tak cuba, kita takkan tahu dan kalau malas, takkan jadi. Banyak lagi watak-watak kartun yang kita boleh cuba buat guna Excel. Guna teknik yang sama.


Penting!
Teknik ni boleh dikatakan teknik menekap. Memang tekap pun. Sesuai untuk mereka yang ingin belajar melukis dan tahu teknik betul so lepas tu boleh lukis sendiri tanpa tekap. Tapi, mesti akan ada orang yang akan guna ke arah yang tak betul. Contoh terbaik, copycat karya orang lain. Jadi, jangan menekap lukisan orang lain lepas tu mengaku itu rekaan kita ya. Anda boleh dikenakan tindakan sebab bab copyright ni jangan main-main. Pesanan khidmat ringkas dan tegas daripada saya untuk anda. Selamat berpuasa :)



Selamat mencuba :)

57 comments:

  1. wahhhh..hebattttt..
    untunglah jd org terer komp..huhu

    http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/kegilaan-suka-beli-benda-cute-baby.html

    ReplyDelete
  2. baru nak cakap ni macam style tekap..seb baek ngaku..hehehe

    best3..leh blajar guna excel plak lepas ni..photoshop pon lebih kurang jugak kalau nak lukis doodle..cuma teknik tekap tu nieza selalu fail..hahaha

    ReplyDelete
  3. wahh.. cool gilaa~ br haz taw boleh buat gne excel. haha

    ReplyDelete
  4. ohsemmmm.. sesangat... ^_^ info paling last tu paling best.. jaga2 copy meow...meow..

    ReplyDelete
  5. geramnya tengok. pandai betul you kan :)

    ReplyDelete
  6. daniiii jom pergi blog kita,ada entry khas untuk dani~

    ReplyDelete
  7. aku try lukis guna excel.. memang epic fail... koh koh koh..

    ReplyDelete
  8. Wowwwww. Nanti dah ada mouse boleh la try buat hello kitty design. Kita minat Hello Kitty. haha. Dani amek komputer design eh?

    ReplyDelete
  9. Nice lah.. nnt BE nak cuba.. (^_^)

    ReplyDelete
  10. kagum gilela pakai excel melukis..!!! hebat! terbaikkkk! ^^

    ReplyDelete
  11. well..orang yang pandai lukis guna excel dengan guna mouse je memang aku kagum betull..serisu susah

    ReplyDelete
  12. Waaaaaa. Ni yg teringin nok melukis ni! Kehkeh. Ah lawonye gambor dp blog!

    ReplyDelete
  13. Rajinnya Dani buat tutorial.. Bila2free bolehlah cuba.. Mana tahu ada bakat terpendam.. :)

    ReplyDelete
  14. @qaseharaihan : tak hebat pun. benda ni boleh dibuat sesiapa je. cuba tau.hehe

    ReplyDelete
  15. @nieyxzha : haha. kena la mengaku

    ReplyDelete
  16. @haz : jadi kena cuba ya di rumah. hehe

    ReplyDelete
  17. @cci : kalau tak diingatkan nanti, mesti ada yang gatal tangan nak copycat. tapi..ada sesetengah yang telinga kuali, dan butakan mata.

    ReplyDelete
  18. @rara nasiha : geram kat saya ke? meh peluk. eh2

    ReplyDelete
  19. @elyna mirsada : nanti kongsikan ye

    ReplyDelete
  20. @ascil punye lah : dah terjah. terima kasih!

    ReplyDelete
  21. @aujinz : yeke? betoi ka ni? try lagi try lagi

    ReplyDelete
  22. @fifie : saya bukan bidang IT tapi memang minat benda-benda ni :)

    ReplyDelete
  23. @cik tikah : orait! bagus-bagus

    ReplyDelete
  24. @bright eye : kongsikan ye. hehe

    ReplyDelete
  25. @lee kun : you pun boleh buat. trust me. mudah :)

    ReplyDelete
  26. @nazha anua : mouse memudahkan kerja. aku dah tak pandai lukis guna tangan macam hang. kekok pulak

    ReplyDelete
  27. @ezan idma : buat sekarang ye. ini arahan.

    eh puji DP blog kita. hahahah. terima kasih

    ReplyDelete
  28. @nur nba : kan?kan? kena cuba. kot2 nanti boleh buat bisnes ke. hehe

    ReplyDelete
  29. aku mana reti guna excel2 nih. :P
    aku pernah buat kelas tutorial lukis guna excel ni 2-3 kali time ngajar kelas IT. ohsem giler tengok budak2 ni excited mencuba. yg tak excited pn ada jugak, hampeh .haha

    ReplyDelete
  30. @keri ikhwan : yang eksaited tu aku suka tengok. lagi bersemangat nak mengajar. hehe. apa respon diorang? senang eh? hehe

    ReplyDelete
  31. kebanyakan nmpak cam susah la mula2 tu. tp lg menjadi la klu nk dibanding bila diorang lukis pakai paint.
    last2 semua dok terlopong tengok aku wat demonstrasi melukis scara live. bru diorng nk try buat kelas dh tamat. sambung mnggu depan :D

    ReplyDelete
  32. woot!hebatnyee!!!nak try jugak :D

    ReplyDelete
  33. @keri ikhwan : seronok kalau dapat tengok keterujaan murid2 ko tu :D


    @kiru magu : cuba tau cuba tau :D

    ReplyDelete
  34. saya pun ada lukis boboiboy, tapi pakai power point
    http://flatusgun.blogspot.com/2011/11/manga-boiboiboy-kelahiran-makhluk-nafsu.html

    ReplyDelete
  35. Kak dani , boleh share link MS PAINT tak ? nak download .. thanx !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ms paint memang dah ada kat laptop/pc. ke nak Paint Tool Sai?

      Delete
  36. pergh terbaik la...tak pernah pula tau bole buat macam ni kat excel...

    ReplyDelete
  37. baru tahu guna excel pun bole melukis..

    ReplyDelete
  38. Hebat, anak saya pun dah boleh buat.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah