Percutian bajet ke Pulau Redang

Malas nak cerita pasal dah lama tak blog sebab kesibukan melanda, blog pun entah ke mana. Orang pun dah tak sedar lagi kewujudan blog ni agaknya. hihi. Ni nak cerita pasal short vacation ke Pulau Redang. Urghh masih tak boleh nak move on lagi dari mood bercuti.


Tiket.

Plan ke Redang ni memang last minute punya keputusan. Sebenarnya dari tahun lepas lagi kawan-kawan ajak sebab masa tu tiket RM50 dua hala. Air Asia buat promo tapi aku tak nak pergi sebab takut nanti ada je kes tak jadi.

Lepas beberapa bulan berlalu, aku saja follow dua kawan aku ni pergi beli barang nak holiday. Tetibe pulak mood nak bercuti tu datang, and kebetulan Air Asia buat promo lagi  tapi tiket RM100 dua hala la. Em takpelah, book je cepat-cepat sebab dah lama sebenarnya nak Redang. Teruslah beli barang holiday sekali. kohkoh.


Masalah.

Beberapa minggu nak dekat bercuti, sorang kawan yang handle percutian ni whatsapp kat group whatsapp. Agent buat onar pulak. Tetibe cakap dua bilik (Redang Lagoon Chalet) takda sebab nama  ter-double dengan customer lain yang nama sama. Heyyy...kawan aku ni dah book dari bulan 4 lagi, ni dah bulan Ogos (masa tu la) baru nak cakap takda bilik???

Dah la tak cakap minta maaf, lepas tu selamba badak tempatkan kitorang dekat homestay ceruk tok kun yang jauh dari pantai.

Terpaksalah cari sendiri homestay lain dekat long beach tu jugak yang lebih mahal sebab memang dah takda kekosongan. Dari bajet pakej lengkap RM360 dah kena up RM4++, RM5++.

Kitorang pergi berempat. Aku, sepasang suami isteri and sorang lagi kawan perempuan masing-masing kawan dari sekolah. Kalau ambik dua bilik, memang over budget dah. Tapi takkanlah nak ambik 1 bilik (quadroom) semata-mata nak jimat kan? Dah la ada suami kawan. Tak sesuai. 

So usaha punya usaha, uih lama jugak la nak jumpa homestay. Lepas tu akhirnya dapat dorm dekat Redang Bay. Kos pakejnya RM408 lengkap 3 trip snorkeling, breakfast, lunch, tea time and lunch. Mula-mula tak syoq jugak la sebab dapat dorm. Takda privasi lagi-lagi untuk kawan yang dah kahwin tu. Haruslah berpisah sementara. huhu. Aku baru nak feeling bangun pagi mengeliat ke luar jendela sambil tengok laut pun...... poof! Hilang macam tu je.

Namun bila difikirkan balik, kitorang ni backpackers je, tak payah nak over sangat. Bukan duduk dalam bilik lama mana pun. Banyak buat sea activity, outdoor gitu la.

Makanya.....terpaksalah masing-masing tambah sedikit kos penginapan 3 hari 2 malam bersamaan RM408. Bersebelahan je dengan homestay yang kitorang nak tu. Ni semua kerja agent nama si Amer. Buat kerja tak semenggah.




bersambung....

5 comments:

  1. Adduhhh. ... mmg stress kalau ada masalah mcm ni... boleh kacau mood happy2 nak ber holiday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpa..memang seminggu dua tu stress sampai rasa nak cancel je .lulz

      Delete
  2. Hi.. Mmg boleh buat gadoo klo gitu jnjinye...spoil mood bercuti.....spoil 2 part dah tu RM bertmbah tempat lak x mcm yg kita nk kn...

    ReplyDelete
  3. Pics... mana pics? Heheh... hai dani long tyme no see~ :3

    ReplyDelete
  4. Gambo mane gambo.. dah lama tak gi Redang.. wkwkwkwkw... dah lama tak gi Pulau gak.. wuwuuwwu

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah