Balik kampung

Beg, sweater, lappy antara benda wajib dibawa balik kampung
Tak lama lagi dah nak raya. Sesak le highway nanti. Beberapa hari sebelum raya, aku dengan family akan balik kampung menghala ke utara. Utagha noh. Cuti seminggu. Tu yang kena angkut barang, baju banyak-banyak. Ikutkan plan mak aku, katanya nak beraya sampai ke Pegheleh (Perlis). Ada orang Perlis kat sini? Saja tanya.



Memandangkan umur aku pun dah meningkat dewasa ni, makanya bapak aku suruh aku jadi pemandu ganti. Haih.. aku ni jarang sikit berjalan jauh macam ni. Haruslah pelekah (bantai) ayaq kopi atau Nescafe. Baru la mata terbeliak ha engkau.



Benda yang menakutkan masa raya nanti ialah anak-anak sedara. 







$$$$$. heh. 



Tapi takpe. Sorang dapat singgit. Ok la tu. :)



*tadi sempat hantar kad raya untuk dua blogger. Serius kelam kabut sikit sampai tak menyempat sangat. Lepas raya seminggu aku hantar la yang kad lebih-lebih tu. Alamat pun ada yang tak dapat nak bagi dekat beberapa blogger yang email aku baru-baru ni. Maaf eh. Tak sempat jugak. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa. Hehe.

31 comments:

  1. Selamat Hari Raya juga:)

    Jangan lupa emel butiran ya untuk hadiah GA saya ya:)

    ReplyDelete
  2. mata tu mengancam haha.
    kemain melaram padahal nk balik kg je pun. :D

    ReplyDelete
  3. eh anda lupa nak bagi alamat..boleh beri sebelum isnin tak dear??sy dh email ritu lagi kt email awok

    salam ramadhan

    ReplyDelete
  4. eh salam syawal..kalau salah komen atau terasa maaf ya

    ReplyDelete
  5. cik D, comelnye awk balik kg.. xD
    kemain penuh lagi tangan tu ye.

    *duit ghaye~ duit ghaye*

    ReplyDelete
  6. balik kampung oh oh oh hati girang. hehehe. selamat mudik, semoga selamat sampai tempat tujuan. :)

    ReplyDelete
  7. @keri ikhwan : melaram ke macam tu? biasa je

    ReplyDelete
  8. @merahitujambu : nanti saya bagi. hehe terima kasih.

    eh minta maaf jugak kalau ada terkasar apa-apa

    ReplyDelete
  9. @biskot : harus penuh sebab cuti seminggu. hehe

    duit raya? zzZZZ

    ReplyDelete
  10. @yus artz : tak semangat mana pun. tahun ni lain macam sikit. lagi suka Ramadan. :)

    ReplyDelete
  11. @ira : selamat menyambut hari raya :)

    ReplyDelete
  12. @rtp farra arisha : sedapnya nama. hehe. girang ohhhoihoi girang

    ReplyDelete
  13. nak jadi anak sedara dani! bole dapat duit raya ^^

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Dani! Lana pun ke utagha gak, jadi drebar gak. keh3.

    Tapi, ke peghok je le.heh3.

    Selamat memandu dani..tuk awak dan juga diri kite sndiri,hehehe. Semoga slmt smpai hendaknya kedestinasi dituju.. :) amin...

    ReplyDelete
  15. @syafiqakarim : haha pandai mengampu ni. nah lima posen

    ReplyDelete
  16. @tinta lana : la utagha tang mana cek?

    hati-hati jugak masa memandu musim raya ni.

    selamat menyambut hari raya Lana dan semua

    ReplyDelete
  17. nampak macam tiada raya jer tahun ni ....sayu2

    ReplyDelete
  18. Dani orang utara ke ? I tot you were Kelantanese. Hehe.

    ReplyDelete
  19. @fifie : guano buleh jadi kelantanese tu. hehe. saya orang pahang. mak pak je orang utagha. :D

    ReplyDelete
  20. awalnya balikk... dengki dengki cenggini.. kah kah kah

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah