Masalah si kidal




Entri kali ni aku nak cerita sikit fasal kidal. Manusia yang berada digolongan minoriti ni. Aku sendiri termasuk la dalam golongan istimewa tu. wahaha. Dulu masa sekolah aku bangga la jugak bila tergolong dalam golongan minoriti ni. Sebab unik. Majoriti guna tangan kanan. Dalam kelas aku sorang je kidal tapi lepas jadi student kain biru muda ni, ramai lak kidal nih (tapi tetap sikit)



Kidal..untuk pengetahuan umum, 85% penduduk kat dunia ni menggunakan tangan kanan. dan baki selebihnya tangan kiri. Wow! 15% je kidal!

Banyak la kesukaran bila kidal ni. Antara masalah kidal, apa-apa barang banyak untuk orang tangan kanan. Kira macam didominasi la. So yang kidal-kidal ni terpaksa gunakan barang-barang tu dengan sungguh laloq kekok.

Contohnya gunting. Memang jujur la cakap bila gunting je mesti tak elok dan tak sekemas mereka yang guna tangan kanan. tau sebab ape? Sebab mata pisau gunting tu terus terbalik bila nak guna then tak nampak la tempat nak potong (if ada line la). Korang semua cuba tengok gunting masing-masing for more detail yeah..

Masa kat sekolah and uni..time nak salin nota la buat aku bengang sangat. sebab mesti siku terkena kawan sebelah aku. Terpaksa la tukar tempat bagi tak berlaga tangan.




Lagi satu meja yang jenis lipat tu. kerusi kuliah. banyak kat tempat tusyen and ipt. Susah sangat nak menulis sampai terpaksa sengetkan badan ke kanan. gila seksa.

Banyak lagi alat-alat kat dunia ni yang membawa masalah kat orang kidal antaranya:
  • alat pembuka tin / botol
  • pembaris
  • pengupas kulit buah
  • pengasah pensil
  • tetikus (mouse)
  • pin tudung
Dulu pernah tedengar yang orang kidal ni umur pendek. ish3..ajal maut di tangan Tuhan. Bila-bila masa je nyawa kita ni Allah boleh amik. Samada itu fakta or tak aku tak amik peduli. wahaha.

Walaupun semua ni membuatkan aku jadi kekok, tapi aku bangga sebab berada dikalangan minoriti dan ada satu kedai ni khas untuk orang kidal. Bukan kat london je ada kedai-kedai peralatan orang kidal, Malaysia pun ada.

Left-Handed Convenience,No.6, First Floor, Jalan SS2/61,47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Hanya untuk yang kidal/left handed je boleh masuk! wahaha. kanan pun boleh la..tapi aku tak berkesempatan lagi untuk singgah kedai ni. Barang yang diimport dari Amerika Syarikat tu...
 


Fakta-fakta menarik si kidal:
  • Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya from right to left (macam tulisan jawi) sampaikan sapa-sapa yang nak baca kena gunakan cermin untuk tengok mesej tersembunyi tu 
  • Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan. (oo..kira aku ni bertambah unik la.wahaha) 
  • Orang kidal mampu membiasakan diri untuk gunakan peralatan orang tangan kanan walaupun kekok sedikit
  • Ibu bapa si kidal pun kidal juga 
  • Otak sebelah kanan (yang kidal) menguasai muzik, seni, kreativiti, emosi dan kebijaksanaan. Individu kidal dikatakan lebih bijak dari segi kreativiti dan seni.. er..setuju! wahaha. 

 p/s: kidal itu unik! proud to be a lefty!

41 comments:

  1. hoho,sy pown kidal gak..jd sy nie golongan yg sgt istimewa la,ye?pngalaman sy sbijik mcm awk..mmg seksa gler.!skrg pown kalo pg kuliah,kdg2 sy akn kosongkn kerusi lipat sblah kiri sy cz sy nk gunakan meja dye.slesa ckit.heee..tp sume fkta tu mmg btowl..i like it!bangga2..hohoho..=p

    ReplyDelete
  2. @~ZuRiSa~ haha.tau takpe..kita insan istimewa even banyak peralatan menyukarkan kita.

    sebab tu malas pakai pin tudung jenis berjuntai tu sebab akan terbalik

    ReplyDelete
  3. mmg orang kidal berseni...siyes...hehe
    p/s : aku pun kidal jugak...

    ReplyDelete
  4. nakal kidal gak..tp nkal x pndai lukis..nakal pndai pomen keta ja..keh2

    ReplyDelete
  5. kebanyakkan org kidal berwatakan menarik dan kreatif.. ade member kami dua2 tangan bole guna..hehe

    ReplyDelete
  6. huuu..taw xpe..sume kerongsang sy jnis bunga2 je..kalo yg berjuntai tu,mmber yg tkg pinkan..heee..same gak kalo pkai selendang lilit tu,msti tbalik n lain dr yg lain..hahaha..=p

    ReplyDelete
  7. kesian jugak le tengok insan2 yg kidei (kidal) ni.....masalah jugak bile nak gune banyak peralatan ye..... nasib baik burger takde jenih (jenis) untuk kidei ato yg kanan.....kalo tak jenuh le McD ....

    Liverpool FC

    ReplyDelete
  8. @dani: bagi la sampel tulisan tangan kat sini.. org kata org tangan kidal tulisan lawa...
    kuman "tak bahagia.." Entry

    ReplyDelete
  9. @iraixora so ko pun istimewa.bagus.ramai rupanya ahli kelab kidal ni ;p

    ReplyDelete
  10. @L@g3nd@ buD@k N@k@L haha. mungkin kelebihan encik nakal ni bukan ke arah seni tapi best la ada geng kidal.hehe

    ReplyDelete
  11. @LiFe KaMi waah! dua2? itu hebat!
    dani menulis,melukis,buat kerja guna tangan kiri.
    pegang and handle mouse je tangan kanan.tu pun mula2 kekok.last2 tangan kanan ni la yang berjaya hasilkan design kat lptop.hehe.bangga kejap ;p

    ReplyDelete
  12. @~ZuRiSa~ haaa..selendang! dulu masa pakai,kawan2 tengok macam pelik je.sebab selendang belah kanan yang dipendekkan.hehe

    ReplyDelete
  13. @Kuman Chaos nanti den letak gambr tulisan si kidal ni ye ;p

    ReplyDelete
  14. aku ada jugak member tgn kidal.. kesian oh kalau tgk dia nak menulis kat meja yg lipat sebelah kanan tu.. merungut dia.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. @Farah-Izzaty memang kesian sangat kat kitorang ni. seksa nak menulis. tapi gagahkan juga la..

    ReplyDelete
  16. unik ! baru tauu those fakta .
    sy x kidal but my yg sis n dad yerr .
    Adik sy la yg tlebih unik , dalam kidal kidal dia , dia reti gak tulis tangan kanan , cantik jerr , best uuu jd dy . *erk?

    ReplyDelete
  17. @Nabilahhuiyoo...!! thats freaking awesome!
    dua2 boleh guna. hebat.

    dalam keluarga dani,ayah and adik je kanan

    ReplyDelete
  18. When all else is lost the future still remains.


    --------------
    University of Cambridge

    ReplyDelete
  19. "I am speechless. This can be a exceptional blog page and quite partaking as well. Good function! That's not truly considerably arriving from an novice publisher like me, but it is all I could say right after diving into your posts. Wonderful grammar and vocabulary. In contrast to other blogs. You seriously know what you are talking about as well. So much that you just produced me need to learn extra. Your blog site has develop into a stepping stone for me, my fellow blogger. Thank you for that comprehensive quest. I genuinely enjoyed the 8 posts that We have examine so significantly.

    ReplyDelete
  20. @Anonymous thanks so much! i really appreciate it

    ReplyDelete
  21. waaaa..aku sentiasa kena benda nih..yg paling aku x leh trima la kan..g kelas ader kerusi meja leh nek atas tu kan..klo time kelas ader kerusi tu mmg aku x leh fokus langsung..sbb nak tulis susah..hhaa..aku terpaksa pinjam meja org sebelah..haha..igt nak request kt uitm la..haha

    ReplyDelete
  22. @misz_heed haha. tau takpa..kita ni yang seksa. lenguh habis pinggang, leher dan tangan.
    sepatutnya mana-mana IPTA/IPTS sediakan meja khas untuk orang kidal ni. baru la pelajaran akan lebih proaktif! heeheheh

    ReplyDelete
  23. @nurdani
    tau x per..hahaha..setuju bebenor la klo gtu..huuuu

    ReplyDelete
  24. @nurdani
    tau x per..hahaha..setuju bebenor la klo gtu..huuuu

    ReplyDelete
  25. saye kidaaaalll....biasanye org kidal nie kreatif... XD

    ReplyDelete
  26. hoyeah!!! i'm kidal.. but salah satu info tu salah ckt rsanya coz my parent both x kidal.. :D

    ReplyDelete
  27. @jiji yu : pehh! sama la kita.

    saiazuan : kebanyakkannya kidal. mungkin keluarga awak berada dalam peratus lain ber ibu bapa yang bukan kidal

    ReplyDelete
  28. baru nk post pasal ni

    http://eleventx.blogspot.com/2011/08/hari-aku-dan-mereka.html

    boleh kan? hehe

    ReplyDelete
  29. dani,ayah kitewwwwww kidal.hehehehe

    ReplyDelete
  30. org kate tgn kidal nie pndai la b'seni la . tpi nisa x kidal .hehe. sedare mare ramey jugak yg kidal . slmt ari kidal sedunia . ekeke

    ReplyDelete
  31. @nin : ayah je ke kidal? ada geng

    @nisa : hehe. kebanyakannya memang pandai seni. selamat2 :)

    ReplyDelete
  32. Err.. i like this entry damn much ! sebab , Lyssa pun KIDAL jugall .Yes ! Kita geng ^^

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah