Jom conteng!


CARA-CARA PENYERTAAN????
anda boleh dapatkan syarat penuh penyertaan dengan hanya klik di gambar ini.

________________________________________________________________________________________________


Aku Ingat Lagi: Hukuman Paling Menakutkan Waktu Sekolah Rendah Dahulu.

Tahun 1997 : Masa tu aku darjah tiga. Kelas kedua terbaik dari beberapa kelas. (nak jugak tunjuk diri ni bijak). Dalam kelas memang aku pendiam. perghh....bagaikan ada emas dalam mulut. Sebab tak tahu nak cakap apa da....sekarang je banyak cakap. ekekek.



Ada sorang cikgu lelaki ni mengajar subjek kegemaran aku, Bahasa Inggeris. Badannya tegap, besar, tinggi. Murah senyuman? haram......

 

Kitorang dalam kelas memang takut kalau turn dia mengajar. Masing-masing jadi macam mulut kena salotape, peluh memercik macam bawak bata 10 batu, hati dup dap dup dap laju macam baru lepas lari 500 meter.

Serius...kerja sekolah beliau memang kena siapkan.

Keesokannya...

Pergh. macam mana aku boleh lupa siapkan kerja beliau nih. Memang cari fasal....memang cari fasal.................Macam yang dah beliau janjikan semalam, sape-sape yang tak siap kena hukum. Macam nak terkencing dibuatnya! Maaaaak...........nak balik.....!!!

Cikgu singa ni ambil beberapa batang pen dan pensel, beliau letak kat tengah-tengah setiap jari dan beliau.......................

kepit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Terangkat badan tau tak!!! Gila sakit....berbekas kesemua jari aku. Tuhan je tau betapa seksanya. Student lain pun kena benda yang sama. Mungkin aksi terangkat badan tu buat cikgu rasa puas kot. erk.....

Lepas je daripada kes tu, kitorang gelar beliau cikgu kepit.

pppppffffttt..............

_________________________________________________________________________




Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?


1. banyak lukisan yang comel-comel 
2. blog yang colouful
3. pemilik blog yang sangat kreatif dengan menghasilkan macam-macam cerita melalui conteng-conteng hot beliau menggunakan kertas sticky notes/post it/memo




Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
1. kat header tu...macam terlalu terang pun ada. warna macam pudar.
itu je rasanya..sebab yang lain dah cukup ok kot

Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan? (Contoh: Mug, T-shirt, Kad Ucapan).

1. bag

2. key chain conteng-conteng

3. payung conteng-conteng (best gila bawak g mana-mana)

4 comments:

  1. ha'ah, creatif la awk ni..
    hope berjaya!!

    ReplyDelete
  2. @leyzajamil : haha. terima kasih...harap-harap berjaya

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah