Bahaya pendam kemarahan

Orang yang panas baran kebiasaannya ditakuti. Muka golongan ni ada yang bengis dan ada yang tenang tapi kalau marah memang meletop habis. Sebenarnya sedar atau tidak, golongan yang pendiam sebenarnya lebih ditakuti kerana jarang-jarang ataupun sangatlah susah nak menunjukkan kemarahan. Sekali marah, boleh terkeluar biji mata.

Dari pandangan peribadi aku sendiri, golongan yang sukar menunjukkan marah ni disebabkan oleh mereka mementingkan ketenangan hidup. Malas nak gaduh-gaduh, bising tak tentu hala tanpa faedah dan mungkin juga sebab nak kekalkan wajah awet muda. hehe..suka-suka hati aku je.

Sikap aku macam golongan pendiam ni jugak lah. Tersangatlah malas nak bertikam lidah ataupun nak join pergaduhan. Aku lebih suka diam, senyum, geram sikit-sikit tapi masih boleh ketawa (pelik di situ) dan aku mengalah dalam beberapa hal. Kalau yang melampau aku akan marah la. Itu baru normal kan.

Tapi yang bahayanya ialah....PENDAM. Pendam kemarahan semata-mata tak nak pergaduhan berpanjangan dan lain-lain. Bila duduk sorang-sorang mulalah nak menjerit tak tentu hala, pukul itu ini, pecahkan barang dan seumpamanya. Itu lebih kurang macam melepaskan api kemarahan seorang diri. Makin lama pendam perasaan marah tu, boleh jadi gila tau. Sebab tekanan yang melampau akibat terlalu lama memendam rasa (rasa macam ayat jiwang pulak.heh) Pendam masalah merupakan perkara yang paling bahaya antaranya boleh jadi kes cederakan diri sendiri

Cara-cara menangani api kemarahan yang dipendamkan:

1.Minum susu
Apa yang aku dengar, kalau minum susu suam ni boleh mengurangkan stress dan merendahkan kadar hormon adrenalin dalam darah. So minumlah susu setiap hari sebelum dan selepas tidur.









2. Menjerit
Janganlh korang tiba-tiba jerit depan orang ramai. Kalau ada orang tengah syok makan karipap, boleh tercekit kuih tu. Cari tempat sesuai contoh pergi atas bukit (rajin-rajinkanlah diri ye) dan jeritlah sepuas hati macam dalam drama tu. InsyaAllah tenang. Tak pun dalam bilik ke. Pandai-pandailah cari pot baik eh.











3. Cari tempat meluahkan perasaan
Ibubapa atau kawan-kawan rapat boleh dijadikan tempat meluahkan rasa geram yang teramat tu. Sekurang-kurangnya beban dapat diringankan. Er...dinasihatkan jangan luahkan kat stranger yang baru dikenali di mana-mana laman sosial, chatting ke ape ke sebab peratus jatuh cinta dan terperangkap ni boleh berlaku. Cari orang yang terbaik untuk luah okeh.










4. Buat perkara yang korang suka
Senang je nak lupa masalah, korang boleh buat aktiviti kegemaran yang melekakan sampai lupa segala-galanya. Ops! Jangan sampai ibadah dan perkara wajib lain dilupakan pulak. Teknik ni untuk lupakan kemarahan je.










Last sekali............












5. Lempang je orang yang cari fasal tu
muahahaahahahahahahahahaha!!!. yang ni jangan buat ye. kang tak fasal-fasal dapat surat saman. Zaman sekarang pantang cuit sikit, nak buat temujanji dekat court. bukan courts mammoth okay. HEH.




p/s: marah itu kawan syaitonnirrajim........

2 comments:

  1. Sabda Rasulullah saw: 'Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah org yang dapat mengawal kemarahannya.'

    bykkn istigfar ketika hdk marah dan ambil wudhuk..:D

    ReplyDelete
  2. @nurr kasih : itu yang sebaiknya. padamkan api kemarahn dengan berwuduk

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah