Berharap dapat berjumpa Ramadhan kali ini


Bulan puasa dah makin hampir. Pejam celik pejam tak celik-celik, dah nak dekat dengan bulan mulia, Ramadhan. Teringat masa kecik-kecik, aku adalah manusia yang paling lemau nak bangun awal pagi untuk bersahur. Digagahkan jugak badan ni bangun menuju meja makan. Walaupun mata tertutup rapat, aku telan jugak makanan atas meja. Nasib baik tak telan sudu garfu, tak pun pinggan.


Lepas habis makan, aku langgah (minum) air banyak-banyak lepas tu bergerak ke bilik air untuk gosok gigi. Tak selesa nak biarkan makanan tersimpan di celah gigi. Boleh batal kalau tertelan dengan sengaja. Setel membersihkan gigi, aku terus jalan macam zombie dan rebahkan diri dekat katil yang empuk.


Sambil tido, sambil layan radio yang masa tu Allahyarham Din Beramboi jadi DJ. Waktu pagi memang best ada santapan ekstra sebab boleh bergelak ketawa dengar arwah buat lawak. Masa tu mana ada handphone canggih manggih. Setakat ada walkman murah beli kat econsave, sumbat earphone and dengar dengan adik,kakak. Itu pun kena ikut turn sebab "telinga" earphone ada dua je kan. Dah menjadi kebiasan aku dengan adik beradik tiap-tiap pagi.


Lagu-lagu raya banyak bermain kat radio dan lagu paling berkesan di jiwa yang ada taman ni adalah lagu "Balik kampung" by Allahyarham Sudirman. Semangat mengira berapa hari lagi nak puasa tu berkobar-kobar. Tiap-tiap hari pangkah hari demi hari dekat kalendar.


Selesai je ibadah berpuasa, time pagi raya tu sangat la best. Excited lebih sebab nak tayang baju raya baru yang kononya lebih cantik daripada orang lain. muahaha. Kuih raya pulak aku baham je semua tapi sejak besar ni aku cuma suka makan kerepek dengan tart nenas kalau pergi beraya kat mana-mana pun. Almond London ke, Samprit ke memang dah tak lalu nak makan.


Zaman kecik lagi naif tu memang buat aku kaya sebentar. Dah habis menjelajah rumah-rumah mangsa sedara mara, masuk je dalam kereta aku dah start kira duit. Pergh....masa tu jumlah aku dapat ialah RM200 lebih. Kayo den kayo! Tapi...sejak usia makin meningkat ni pendapatan pun makin kurang dan sekarang jangan harap nak dapat macam dulu. Owh...sedih!


Ni yang nak jadi kecik balik ni! Owh yeah...saiz aku sama je macam budak-budak sekolah tapi kenapa orang tak bagi aku duit raya? Adakah muka aku nampak matang? Suara aku macam Ella the rockers? Or...diorang tak nampak aku? Banyak kemungkinan.............


2 comments:

  1. dulu dapat duet sekarang kena bagi duet.
    alangkah best nye raya kalau tak kira kecik besar sume dapat duet raya..hehehe

    ReplyDelete
  2. @cik_sna : setuju kata-kata itu. haha

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah