Berhemahlah kamu ketika di jalanraya

Di bawah ni aku sediakan sikap pemandu yang tak patut masa atas jalanraya sebab boleh buat ramai pemandu lain naik hangin. Masalah ni bukan untuk hentam or kutuk pemandu ke apa,cuma perlu dijadikan renungan demi keselesaan semua.

Antaranya ialah:


1. Memandu sambil bercakap di telefon
Ini tak bagus ye sebab insiden boleh berlaku sebab pemandu kurang fokus dalam pemanduan. Urgent sekalipun tak boleh la angkat. Bila memandu ni fokus kena lebih sebab kadang-kadang kereta belakang or depan mahupun di tepi mencilok sesuka hati so peratus waspada tu perlu tinggi. Cekap macam mana pun memandu, keselamatan tetap diutamakan. Guna earphone? yeah..benda ni nampak macam memudahkan tapi masih membahayakan. Kalau bergaduh or salah faham ke bila berborak tu, mesti akan buat pemandu naik hangin kan? Rasa macam nak tekan minyak lebih laju sebab geram. Tak pun kalau ada kereta lain cilok suka-suka hati, pemandu tadi mesti lagi marah kan? kan? nak memandu kena hati tenang. COOL...





2. Perlahan di laluan memotong
Bawak macam siput,baik duduk kat lane tengah or kiri. Laluan memotong bukan digunakan untuk bersiar-siar dengan kelajuan 30km/j or less than that. Kereta belakang bagi lampu tinggi, siap rapat-rapatkan kereta lagi itupun tak faham-faham. Orang dah bagi signal tu sila-silalah ke tepi. Bila sampai had laju 110km/j boleh pulak dia bawak 40km/j? Aku nak cepat pergi kerja la genius!!!




3. Tak bagi signal
Bertuah kita disediakan signal depan belakang kiri dan kanan tapi apa pasal ko tak guna itu benda ha??? Susah ke nak bagi signal. Tolak sikit je..kalau yang tak auto signal memang leceh tapi tetap kena bagi signal bagi memudahkan pemandu lain untuk lebih berhati-hati. Satu hari tu aku memandu ke subang. Ada kereta ni bawak kereta boleh tahan laju. Aku kat belakang dia,tiba-tiba dekat simpang dia terus masuk! Hampir nak terlanggar. Memang nak je langgar kereta dia tapi aku sayang kereta aku and tak nak menyesakkan lalu lintas.




4. Motor tidak berada di laluan yang sepatutnya
Bukan ke dah disediakan laluan khas untuk para penunggang motorsikal, tapi kenapo la eykau suko botoi menyelit kat kereta-kereta yang ado ha...den tak paham botoi. (maaf ye,loghat nogori tak berapa nak menjadi). Penunggang-penunggang tu nak tunjuk hebat merempit dan nak tunjuk kehebatan motor ke? Tak takut ke motor tersangkut kat kereta dan seterusnya terseret dan kebabo!!! ish...kan dah bertambah statistik kemalangan motorsikal di jalanraya. Nyawa....sayanglah nyawa tu. Aku yang bawak kereta ni pun gelabah bila tengok motor nak menyelit-nyelit. Punyalah baik bagi ruang kau memotong. Nasib baik aku tak langgor. What the..........




5.Maki hamun
Ok..yang ni untuk aku.hahahahaha.
Janganlah kita memaki hamun pemandu mahupun penunggang lain disebabkan marah diorang buat kesilapan semasa di jalanraya. Kita memang tak salah tapi kita dah kira berdosa sebab mengeluarkan kata-kata tak elok kepada orang lain. Sabar itukan separuh daripada iman. So hon pon pon je la kat mereka-mereka yang "mengamalkan" peraturan jalanraya tu. Op..I'm not being sarcastic!






p/s : batuk lagi? bak kata Ustaz Sharhan kalau batuk berpanjangan, itu tanda-tanda santau.


No comments:

Post a Comment

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah