Bila akhirnya aku... (Part 2)

Aku start kerja masa cuti sekolah dan beberapa hari dah nak buka sekolah dan semestinya berdendanglah lagu "Ayuh, kembali ke sekolah, ayuh!! Ke sekolah lagi, gedung era lagi" Ingat ke tak lagu ni? Ke aku salah ayat? heh. Abaikan.


Hari pertama dekat tempat kerja baru begitu mendebarkan.. Sebelum pergi kerja biasa lah perempuan akan berhias diri dulu. First day tuuuu....


Make up kena simple2. Jangan tebal2 sebab aku rimas benda ditempek banyak2 kat muka. Natural beauty tu penting. Mata yang lebam perlu di touch up rapi. Jadi cikgu kenalah jaga penampilan.


Lepas dah rasa diri tu cantik, aku terus bergegas ke tempat kerja dengan memandu kereta. Rasa excited dan takut tu ada. Aku bukannya ada pengalaman jadi cikgu ni. Cikgu2 lain dah la tinggi2, dari segi fizikal memang boleh buat budak2 takutlah. Maksud aku badan diorang ni besar bukan gemuk okeh. 


Berbanding dengan aku yang kecik molek dan hampir sama dengan saiz budak2 yang ada kat sini. Aku tak perlekehkan diri sendiri cuma nak korang bayangkan aku ni macam mana. Comel kan? muahaha.


Sepanjang bekerja sebelum buka sekolah ni, aku cuma kena belajar isi "Lesson plan", teknik mengajar dan aktiviti sebelum, semasa dan selepas kelas. Lesson plan yang paling leceh sebab kena sediakan 1 slot setiap subjek yang di ajar bagi setiap kelas.



Dua kelas for 6 years = 20 students/class equal to 40 students of 6 years
Dua kelas for 5 years = 20 students/class equal to 40 students of 5 years
Satu kelas for 4 years = 20 students


Aku kena mengajar subjek Bahasa Inggeris sebab gred Bahasa Inggeris aku dapat A dan cikgu2 lain suruh aku mengajar subjek ni. heh? Diorang tak nak. Okay...bukannya susah pun ajar untuk budak tadika. Bukannya guna ayat American English sampai aku sendiri pun tak faham. haha.


Oh berbalik kepada slot pengajaran a.k.a lesson plan tadi, bermaksud aku kena sediakan 5 slot/day. So dah jadi 25 slot untuk 5 hari bersekolah la kan? banyak giler...........!!! Mana sempat. Kena sediakan kerja sekolah, check buku setiap hari, ambil record bacaan Smart Reader setiap students. Aktiviti luar kelas lagi blablablabla...


Nak isi lesson plan bukan cincai2 je weh. Kena ikut cara2 yang betul lagi tepat. Kalau tak....lesson plan engkau kena campak je la dengan big boss.


Baru aku tahu betapa susahnya jadi cikgu tadika ni. Ingatkan senang tapi mencabar. Eh rasa best pulak buat kerja ni sebab aku akan belajar sesuatu yang baru dan boleh membuatkan aku rasa hebat seketika. heheheh.



To be continue....


6 comments:

  1. hai cikgu..lawanya cikgu..hehe..ade x budak2 ckp camtu?

    ReplyDelete
  2. @d_la : haha. ada. diorang cakap "teacher....teacher cantiklah. saya suka kat teacher sebab baju2 teacher lawa2"

    boleh pulak macam tu

    ReplyDelete
  3. aku tau, dulu aku rajen gie sekolah sebab ada cikgu lawa nama Norazah..

    hahahahha..
    Dasar jantan.. :))

    ReplyDelete
  4. @aujinz : ish2...gatey benor kamu.haha. tapi oklah tu sebab rajin ke sekolah. cikgu tu pembakar semangat

    ReplyDelete
  5. wahhh...comel je jdi cikgu tadika:)hehe


    ohhh..agak mencabar jugak ye:)hihi

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah