Situasi
Sam, Tony, Tobby dan Mark tinggal di dalam sebuah rumah. Pada suatu pagi, Sam dan Tony keluar daripada rumah tersebut untuk pergi bersiar-siar. Pada petangnya, Sam dan Tony kembali ke rumah tersebut dan mendapati Mark telah mati di atas lantai. Tiada kesan luka pada Mark. Terdapat air dan gelas di atas lantai tersebut.
Soalannya, mengapa Sam dan Tony tidak menelefon polis setelah mendapati Mark mati? Jelaskan jawapan anda.
Jawapan : Sam dan Tony tidak menelefon polis setelah mendapati Mark mati kerana masa Mark minum air, tiba-tiba dia tersedak tahap gajah. Tobby datang bagaikan superman dan terus menepuk-nepuk belakang badan Mark dengan penuh excited.
Akibat tepukan excited Tobby tersebut, Mark terasa kesakitan yang melampau di badannya dan berusaha untuk menghentikan perbuatan terkutuk Tobby. Mark teringin untuk melempang Tobby tapi apakan daya, Mark dah tersedak tahap kritikal dan tak mampu mengeluarkan suara seterusnya dia jatuh dan gelas yang dipegang pun terjatuh la juga.
Dalam keadaan penuh panik itu, Tobby terus memeriksa nadi Mark dan didapati Mark telah mati. Tobby terus menggigit jari lantas menelefon Sam dan Tony dengan jari yang berdarah akibat aktiviti menggigit jari tadi.
Cara untuk join segmen ni mudah je..
1. Buat satu entri bertajuk SEGMEN ONCEITALK : Think out of the box. Seeloknya, copy situasi di atas tu.
2. Copy dan paste header blog onceitalk.com ke dalam entri yang anda hasilkan.
3. Link entri anda ke entri tersebut.
4. Panjang jawapan terpulang kepada anda semua.
5. Tinggalkan link entri anda diruangan komen entri tersebut. Peringatan: Segmen ni akan tamat pada jam 12 tengah malam ni!
hihi..terima kasih kerana sudi join segmen ni..
ReplyDeletenantikan entri susulan saya berkaitan segmen ni nanti ok..
@zalin onceitalk : okeh. menurut arahan
ReplyDelete