"Anak saya nombor dua tu belajar kat universiti di Kanada. Seronok katanya kat sana. Anak awak belajar mana?"
"Si Milah belajar kat UM."
"Anak yang bongsu tu dekat UiTM je........"
"Dia belajar kat kolej je......"
Perbualan di atas adalah kejadian sebenar.
Kenapa suka benor cakap "je........." di akhir kata-kata itu? Heh.Tempat belajar tu tak layak ke untuk dibanggakan? Bagi aku semua IPT sama je. Ada yang SPM dapat 8A tapi masa UPU dia tak dapat masuk mana-mana uni. Akhirnya rezeki dia di intake kedua UiTM. Ada jugak yang result bagus, memang layak dapat IPTA tapi tak ada rezeki. Dia sambung belajar di kolej.
Dua hamba Allah yang pandai ni akhirnya jadi budak dean list. Benda paling penting ialah kesungguhan belajar sampai berjaya, dan bukan berada dekat uni terbaik tapi apa pun tak ada. Masing-masing ada rezeki yang dah ditetapkan Allah. Jangan la beza-bezakan seseorang hanya kerana tempat belajar.
Memang la mereka yang dapat tempat di uni terbaik tu bertuah sebab memang terbukti diorang ni bijak. Tapi itu tak bermaksud mereka yang belajar di kolej or whateva tempat selain uni terbaik tu tak terbaik. Macam aku cakap tadi,rezeki.
Ada yang meletakkan sesebuah tempat belajar di tempat terbawah sekali. Sampaikan mereka yang belajar kat situ di pandang sebelah mata. Pelajar-pelajar yang dipandang rendah tu lah banyak yang berjaya dapatkan segulung diploma,ijazah dan seterusnya dapat kerja yang bagus-bagus.
So, bagi pendapat peribadi aku, mana-mana kita belajar sama sahaja.. Jangan dibeza-bezakan sebab kita punya matlamat yang sama iaitu "from someone to be somebody".
Belajarlah di mana pun janji ada pengiktirafan. Kejayaan semuanya atas diri kita. Biar orang pandang rendah, tapi jangan cuba pandang rendah pada diri sendiri. Heh. Ini semua pandangan peribadi. Memang semua orang tak punya pendapat yang sama, tapi renung-renungkanlah. Wasalam.
sokong ! kadang kadang belajar kat u pun tak semestinya jadi orang . belajar kat kolej tak semestinya jadi setan . hihi ;) sorry . emo gak pasal nie .
ReplyDelete@cik baju kurung : haha.suka ayat itu.tempat belajar bukan pengukur kejayaaan seseorang. tak suka pandang rendah ni.semua sama ja.ada peluang belajar,so hargai dan bersyukur
ReplyDeleteaiseh! ramai jer manusia suka banding2 tmpt belajaw nie..kadang2 sakit telinga gak..ada ramai je yg belajar oversea sane nun...tuptup..balik msia xde kerja gak..heee
ReplyDeleteyeahh,suke2..mmg tmpat blaja bkan jd ukuran..n 1 lagi.RESULT EXAM,bkanla jd ukuran.ade yg 4 flat dlm exam,tp ilmu ttg hdup ape pown xde.n ad gak yg stakat spm,tp pndai msak,kmas umh,rajin keje..hurmm,x paham ngn skap sesetengah mnusia nie yg suke mmbanding2kn.(emo cket)ngee..
ReplyDelete@laskar pelangi : betul. belajar dalam negeri pun bagus apa. tak kisah lah mana-mana,janji sambung belajar kalau dapat peluang belajar.
ReplyDelete@anis : result pun sama. Kalau kerja nanti, majikan tak tengok berapa cgpa. dia lebih tengok kepada atittude. soalan2 masa temuduga pun lebih ke arah EQ. bukan IQ (berdasarkan pengalaman)
ReplyDeleteuntuk yang ada SPM, tak perlu rasa rendah diri. dengan SPM pun boleh berjaya. sikit pun tak pandang rendah kalau berkelulusan spm,pmr ke apa ke.janji usaha untuk berjaya
setuju.selalu sgt kutuk UiTM tuh . sedih.sob sob T.T
ReplyDeleteAaaaa, sokong sume. Sokong entri. Sokong jugak komen2 kat atas ni. Sokong. =D
ReplyDeleteaku dah bank in kan okeh..ehehe
ReplyDelete@fyzalovato : wajib bangga bila bergelar student UiTM di hatiku.hehe.
ReplyDelete@mrs.farhan : terima kasih kerana menyokong. majulah pemikiran untuk keamanan.hehe
ReplyDelete@jiji yu : ini lari topik. haha. okeh2 terima kasih
ReplyDeletesokong juga..:)..
ReplyDeletememang la kejelesan tu xdapat dibendung...hahaha..tapi mcm ayah saya ckp..tempat xpnting..yg penting ilmu tu sampai dan berkat..:)
@cik bulan : betul tu. keberkatan tu yang penting
ReplyDeleteerrmm.. pernah jumpa orang yang merendahkan orang lain hanya kerana orang itu bukan belajar di Universiti yang gah..
ReplyDelete@aujinz : harus dibuang sikap macam tu.tempat belajar bukan pengukur kebijaksanaan dan kejayaan seseorang
ReplyDeletemungkin dah biase gune perkataan JE jadi susah nak buang..macam wanie, susah nak buang perkataan KOT..:)
ReplyDelete@wanie : "je.." yang dah biasa tak pe.tapi jangan yang maksudnya macam merendahkan diri
ReplyDeletebelajar kat mana2 pon sama je..asalkan jadi org yg berguna ye tak?
ReplyDelete@asnizaziz : itu betul! hehe
ReplyDelete