Pentingnya "back up" data

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang! Wu....boleh tahan lama jugak aku tak post entri di blog kesayangan aku ni. Ni semua gara-gara lappy rosak hari tu. Merana jari jemari aku nak menaip. Kejadian ngeri ni berlaku seminggu yang lepas.

Gua memang bengang bukan kepalang lah sebab tengah masyuk duit tiba-tiba rosak plak. Terus kena hold dulu proses edit blog dan lain-lain. Kalau tengah bengang memang terkeluar kata ganti nama "gua". Hehe.

Lappy aku koma terus. Aku bukan pandai sangat bab komputer ni so panggil doktor pakar komputer untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Rupa-rupanya hard disk hancus. Heheh.


"Ada back up data tak?"


"Er...tak"


"Memang tak dapat nak buat apa la sebab tak boleh nak selamatkan lagi data tu. Kalau nak dapat balik semua data, memang mahal"


Aku cuma gigit jari sambil hantuk kepala dekat dinding dua tiga kali. Gggrrr..........cuainya aku. Kenapa la aku tak back up awal-awal. Dah la semua design, watermark dan segala bala benda penting ada dalam lappy tu. Jenuh la nak kena design balik. Kerja-kerja excel pun hilang dibawa ombak setinggi pokok kelapa. Oh...sadis.

Rasa macam nak jerit tapi tak ada guna dah. Kesilapan atas tangan aku sendiri. Sekarang baru nak cari pendrive. Muahaha. Jadi, kepada korang semua yang tengah membaca entri sadis ni, silalah back up data anda supaya tak berlaku kejadian hilang data selama-lamanya.



Ucaplah Alhamdulillah...syukur kita kepada Allah.. (2x)

7 comments:

  1. @jiji : dah ada tapi adik aku bawa g sarawak. tunggu gaji baru beli.hee

    ReplyDelete
  2. ini yg selalu sy takutkan..huhuhu...

    ReplyDelete
  3. @arul : sama2 :)

    @tengku puteri : jadi back up lah secepat mungkin. jangan jadi macam saya.huwaaaaaaaaaaaaaa :(

    ReplyDelete
  4. ye sebab laptop ni pandai datang penyakit secara tiba2.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah