Ubah warna kegemaran dalam berpakaian untuk lari daripada kebiasaan

Panjang tajuk cek....Ok, sesiapa pun mesti ada warna kegemaran kan? Sampai tahap obses gila babeng pun ada. Kalau minat biru, semuanya mesti nak biru. Dari pakaian sampai la ke perhiasan bilik, kereta, motor. Senang cakap, semua la eh. 

Aku? Dulu aku suka sangat warna hitam. Dalam almari pakaian penuh baju, seluar and tudung warna hitam. Warna tu bagi aku sesuatu yang misteri tapi elegan bersesuaian dengan perwatakan aku yang sangat misteri ni. Heh. Orang kata bila pakai pakaian warna hitam ni badan kita akan nampak lebih kurus. Tapi aku memang dah terlalu kurus.



Pakaian aku sempoi, ringkas tapi boleh buat fashion show lagi. Gambar ni masa aku buat pertunjukan pakaian serba hitam di California. meluat aku menaipnya. California pun aku tak tahu celah mana.  


Kawan rapat aku ada nasihat suruh pakai warna yang terang. At least aku akan nampak lebih berlainan dan mungkin lebih cantik. Yela tu. Jadi, aku yang buta fesyen ni pun mencubalah nasihat beliau...





Jadilah macam ni,

 

Bila dah tukar warna, aku pergi la kedai dengan imej baru. Ada mamat sorang tu (kawan sekolah aku dulu) tegur. Dia ingatkan aku makcik yang nak beli sayur untuk dimasak kepada cucu2 tersayang. *senyum kambing kejap. Tergamak dia cakap aku macam tu. Luluh hati aku.

Dia gurau je. Katanya la, warna yang aku pakai tu macam warna orang tua2 pakai je. Semuanya warna lusuh, pudar dan tak berseri. Budak-budak muda kenalah pakai warna terang2 sikit sesuai dengan usia. Heh. Aku mana reti nak padankan pakaian ni.

Dengan bantuan daripada majalah2 yang kongsi tips suai padan, aku belajar warna yang sesuai untuk jadikan personaliti kita tidak terlalu kusam.









Dan jadilah macam ni! Tak la gempak sangat perubahan kan. Tapi sekarang ni dalam almari aku dah banyak pakaian berwarna warni tapi tak terang sangat. Masih mengekalkan warna yang sedikit gelap sebab aku tak suka warna terang benderang.

Ubah je macam ni, terus ramai yang menjerit-jerit tarik rambut, minta autograph, ajak kahwin, buat fan page blablabla.

Tukar warna pakaian yang dah selalu sangat kita pakai. Tak salah cuba warna lain, sekurang-kurangnya kita takkan nampak begitu bosan. Bila buat pembaharuan, orang lain pun akan nampak kita cantik yang berganda-ganda, lain daripada yang lain walaupun cuma tukar warna pakaian.



p/s : obses sesuatu warna tu terpulang, tapi apa kata cuba warna lain. mesti nampak lebih anggun. eh macam style majalah remaja plak. kuikui.

24 comments:

  1. hahaha.sy dulu pun sama jugak dani.penuh baju warna hitam.semua benda nak hitam.kahkahkah.

    sekarang dah berjinak pakai warna purple dengan pink.kahkahkah

    ReplyDelete
  2. ceh... background nak gempak jer... haha...
    Berfesyen tak salah cuma jangan keterlaluan...
    jangan semata2 nak menarik perhatian orng laen, kita snggup cuba apa saja...
    Pakailah apepon asal menutup aurat (bkan balut aurat je) ...
    Dengan fesyen, kita mencari redha-Nya, smbil mengutip pahala...

    ReplyDelete
  3. perubahan yang awesome. kih2. comel ja. teruskan imej muslimah ;)

    ReplyDelete
  4. hehehe.. cian dani kena paggil mak cik.. sya pn slalu gak kena... sentap je rasa.. tp rsa er warna itam paling selamat untk dipakai.. xkira la apa2 majlis pun.. tp sekali-sekala kena ubah untk kepuasan diri sndiri gak.. smpai kdg2 2 kita xperasan baju yg selalu kta bli 2 adalah warna yg sama.. heheh.. pnjg pulak komen sya ne...

    ReplyDelete
  5. akak pon.... dulu kemaruk kaler hitam.... sume nak hitam.... nasib baik la xpakai lipstick x kaler hitam... hehehe... skrg ni dah jadi cikgi kena la pakai baju kaler2 agar ceria setiap hari... (^^)V

    ReplyDelete
  6. @kumbang jingga : terima kasih. macam pro ye? alhamdulillah.hehe

    ReplyDelete
  7. @nin : lorh..tak tahu pulak nin dulu pakaian hitam je....sekarang banyak pink purple je

    ReplyDelete
  8. @keri : kali ni aku bersetuju dengan ko. *first time.

    berfesyen biaq kena gaya noh..

    ReplyDelete
  9. @nia : hehe. imej muslimah itu penting.hehe

    ReplyDelete
  10. @dysha : hitam is the best colour kan? sesuai je mana2 tapi macam dysha cakap la, kena ubah jugak kadang2

    ReplyDelete
  11. @zar_ita : haha.kalau lipstik hitam,emo la kak.ganas2

    ReplyDelete
  12. stuju ngn keri..tapi pic last nmpak lgi ayu..cantik sgt..:)

    ReplyDelete
  13. ye ke frst time? Haha...
    hitam itu cool... seswai dgn sume jntina, tempat, dan masa...
    bukan anti-fesyen tp, kenapa nak susahkan diri mengejar arus fesyen semasa smpai ramai yg hilang identiti sbg seorang muslimah dn mnjdi mangsa kerakusan fesyen.
    kita tertipu dgn definisi fesyen/trend terkini... sbb kita slalu mnjdikn artis sbg penanda aras kemodenan berfesyen. ramai jg yg menjd mngsa fesyen 'Busana Muslimah' yg bukn Muslimah...
    pnjg lak... bleh wat entry dh ni.. :)
    (kdng2 perubahn gaya itu perlu, spy kta tak statik)

    ReplyDelete
  14. @ekin : itu saya la tu.haha. ok gurau.

    ReplyDelete
  15. @keri : *terpesona.

    busana muslimah tu tak ada langsung ciri2 muslimah. entah hape2. fesyen show muslimah tu ada yang tak betul.dedah dada, ketat dan lain2

    ReplyDelete
  16. owh nak mencelah juga ni hehehe.rasa macam baru tgk fashion showlah....cantikkkkk sgt lukisan tu!

    owh dulu kite ada kawan yg berbadan besar,asyik pakai hitammmmmmmmmmm aje beberapa thn.sampai atok tak bag kawan sbb namapk macam tak betul je ngeee ^*

    itu dulu,sekarang perghhhh mantap!dah pandai bergaya dgn pelbagai warna,dan dia ni mmg pandai mix & watch.mmg terasa aura dia lain macam hehehe.ye warna blh mengubah mood seseorg dan warna juga mencerminkan identiti.

    ReplyDelete
  17. pakai apa pon cantik jika kena dgn gayanya...

    ReplyDelete
  18. rsenye kalau tgk dekat mjlah dara ok jugak kott. sebab dekat situ ade bnyk tips..

    ReplyDelete
  19. *Ubah je macam ni, terus ramai yang menjerit-jerit tarik rambut, minta autograph, ajak kahwin, buat fan page blablabla.*

    boleh tahan. hahaha.

    ReplyDelete
  20. cantiknya... suka yg pink tu ;)

    ReplyDelete
  21. berfesyen x salah jnji kt jaga aurat kan.. hehe bru bertatih mjadi muslimah yg baik... moga kt smua pun begitu

    ReplyDelete
  22. fiza pun suke hitam sebab nampak kurus..lalalala..tapi stkt ni berwarne warni dalam almari tu..takde sume pink je..ape2 pun berfesyen biar kene gaya dan tempat.Yang penting selesa..dani pakai ape pun cantik je!

    ReplyDelete
  23. wahhh...comelnye nurdani lukis:)hehe

    sempat lagi mamat tuh bagi tips ye..hihikkk

    nanti yath nak tempah doodle bley x nurdani?hehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah