Fuh...mengelap peluh di dahi, leher dan ketiak sambil mengucapkan alhamdulillah sebab Allah izinkan aku untuk siapkan blog kembar ini. Rasa bersalah tak terhingga sebab terpaksa membuatkan kedua-dua kembar cun ini untuk tunggu design siap. Wuwu.. Tak dapat nak fokus pada design 100% sebab aku ada kerja lain. Tang malam je kerah keringat mencari idea.
Owner blog dah siap buat pembayaran dan aku cukup bersyukur sebab mereka ni memahami, cukup sabar dan support aku untuk siapkan. Terima kasih sangat. Owh yeah, design aku tak la sehebat designer lain. Aku buat mana mampu, ikut idea yang datang. Harga murah je ni..total RM25 je. Kalau yang dah tahap pro tu faham-faham la harganya kan. Bersesuaian dengan hasilnya.
Blog yang aku dipertanggujawabkan untuk design ni ialah sebuah blog bisnes. Pemilik blog ialah kembar yang mana mereka ni minta aku lukis doodle wajah mereka, design template dan logo. Business card aku tak buat so tak dapat la nak masuk dalam harga sekali.
Ini adalah doodles, header dan footer yang dihasilkan. Bagi aku simple tapi ada gaya butik la kan? hew hew.
Warna purple dan shocking pink jadi pilihan sebab ini adalah pilihan mereka. So ikut kehendak pelanggan la kan. Memang aku cukup suka gabungan warna ni untuk tahun ni. Tahun depan aku suka warna lain. Heheh.
Doodles kat bawah ni sebenarnya dah diubah sebab mula-mula aku tunjuk kat owner blog dan mereka cakap nak perubahan sikit la. So ini yang aku dah buat....alhamdulillah mereka puas hati. Ikut wajah sebenar owner blog yang kembar ni.
Sebenarnya aku tengah tunggu keputusan owner blog sebab nak buat penambahan untuk jadi lebih best la. Tinggal untuk logo dan beberapa widget lain yang nak di buat. Sebelum 22hb Disember sampai la 27 Disember ni aku kena buat kerja luar, makanya kena la siapkan dengan cepat. Heheh.
Ini pulak banner yang aku buat. Well..memang tak gempak macam designer lain tapi aku buat mana mampu. Hee :D ...terima kasih sangat sebab sudi baca sampai habis dan komen (ada ke?ada ke?muahaha)
p/s : syukur alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk meneruskan kehidupan dengan anggota badan yang sempurna.
alhamdulillah dah settle satu kerja..kerja yang lain pula menanti dengan mood baru pulak..good job dani!
ReplyDelete@fiza : begitulah nampaknya.lega dah siap.sekarang nak fokus benda lain pulak
ReplyDeletesalam..dear cmne nk tmph wat mke over tuk blog i..interested!!
ReplyDelete@hafizah : dah tak ambil tempahan edit blog. :)
ReplyDeleteakulah orng yg baca smpai habis pastu komen tuu.. haha
ReplyDeleteanimation tu pakai photoshop ke?
(pesal idea ko ni bnyak giler? jeles btul la)
depa jual swim' suit tak??
ReplyDelete