Cantiknya kalau pakai macam ni

 Manusia yang dikarikaturkan tu ialah wajah aku sama macam kat header. Harap maklum. hee..
Pantun adalah daripada Keri Ikhwan ..terima kasih :)

Sebenarnya ada sesuatu nak dikongsikan yang bukan la berniat nak tunjuk baik ke apa. Dulu masa aku kecik memang aku suka pakaian macam lelaki. Semuanya longgar and tebal. Rasa macam takkan diganggu oleh mana-mana lelaki. Muahaha. Pernah la beli jeans londeh yang dulu budak hip hop suka pakai tu.


Masa tu rasa sungguh stylo la kalau keluar dengan kawan-kawan. Tak dinafikan memang ramai kot tengok aku. Aah...dulik la semua tu janji aku selesa.


Bila masuk alam remaja, secara tiba-tiba rasa gedik nak bergaya. Bila tengok kawan-kawan perempuan pakai pakaian yang nampak cantik and style, masa tu memang dah mula terpengaruh untuk bergaya-gaya ni. Aku jenis kalau shopping ni memang takkan berbelanja sampai ratus-ratus. Tak sanggup nyah...


Setakat perabih dalam RM70 ok la. Itupun boleh dapat satu dua baju je. Terpaksa lah. Beli beransur-ansur. Macam kedekut je bunyi tapi duit yang ada tu aku tak suka boros kat pakaian je. Boleh guna untuk makan and buku kottt. So jimatlah ketika berbelanja. Ehek.


Lepas dah rasa macam puasnya dapat bergaya....tiba-tiba masuk sem akhir, aku dapat seorang roomate yang fashionista and sorang lagi fesyen Islamik. Kat situ aku macam diuji...nak follow yang tu ke yang ni? Ok, aku tak cakap yang fashionista tu cara pakaian tak elok. 


Dia ok, bertudung and tutup aurat and sama la cara pemakaian kitorang cuma dia lebih bergaya. Lagi sorang tu bagi aku perfect betul la pakaiannya. Berjubah, tudung labuh, tak jarang so bila aku tengok dia memang rasa dia sangat cantik. Sangat-sangat cantik. Dia selalu nasihat aku dalam berpakaian. If nampak tudung aku macam singkat, dia tegur suruh labuhkan sikit. Cara dia tegur sangat baik.


Dari situ hati aku macam tergerak nak berjubah and tudung yang lebih sempurna, means bawah paras dada dan tak jarang. Korang tengok gambar kat atas tu, ha macam tu la aku nak pakai sekarang ni. Alhamdulillah aku rasa semakin cantik bila berpakaian macam tu.


Memang aku teringin nak jadi fashionista, tapi bagi aku dengan imej yang macam aku tonjolkan kat kartun aku tu, aku rasa bertambah 10 kali ganda cantik. Tengok Neelofa berimej seksi, tapi bila dia bertudung and berjubah perghhh.....bertambah-tambah cantik gila plus plus plus. Eh2.


Tak kisahlah nak pakai macam mana pun. Nak bergaya tak salah sebab aku tengok wanita yang bergaya ni sangat cantik bila menggayakan baju cuma cara berpakaian kena betul. Tonjolkan lagi kecantikan korang dengan "menutup" lagi kecantikkan korang. Er...faham tak apa aku taip tu? Huhu.


Aku tak kata aku rasa alim ke terlebih alim or whateva la kan. Kita ni masing-masing ada silap dan dosa. Sama-sama la ke arah kebaikan.. :)

23 comments:

  1. cantik dengan erti kata sebenar :)
    bila ikut syariat.
    namanya cantik luar. cantik juga dalam.

    :)

    insyaAllah. moga Allah redha ye :)

    ReplyDelete
  2. Yang penting tutup dan balut. Ada orang tutup tapi tak terbalut (pakaian ketat). :)

    ReplyDelete
  3. eh2... haha sama-sama ^_^
    betul2... bila seorang perempuan menutup kecantikan lahiriahhya drpd pndangan yg tidak halal, insya Allah "KECANTIKAN" yg sebenarnya akan lebih terserlah...
    bukan hnya sedap dipandang mata, tapi menyejukkan hati.

    *apesal klau dani lukis watak dia mesti seakan2 berdiri kt atas pentas. perasan tak? haha ... (berangan letuw)

    ReplyDelete
  4. ayu kan kalo dpt pakai camtu... ^_^ tingin jugakkk ..^_^

    ReplyDelete
  5. apa yang telah dibincangkan..saya tersenyum.^__^

    ReplyDelete
  6. betul tu.
    Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. jadi, nak jadi cantik, biarlah ikut syariat Allah.

    ReplyDelete
  7. tak pe..janji sopan...dan menjaga aurat..

    ReplyDelete
  8. sokong cik Dani yg come lote + > ayu dgn imej itu!!

    amik contoh Noor Kumalasari:
    jaman dolu2 kemain cekci, tapi bila Allah bagi hidayah terus beliau tutup habis & menten vogue!

    ReplyDelete
  9. cantikk...smoga diberkati slalu yea dani!

    ReplyDelete
  10. @cik nurussalwan : yeah..kecantikkan yang sebenar :)

    ReplyDelete
  11. @encik troll : kalau tak silap balut tu ketat

    ReplyDelete
  12. @keri : betul tu ustaz.hee.

    aku memang suka berdiri atas pentas.wakakak

    ReplyDelete
  13. @cci : sangat ayu.ada drama KALA TERBIT CINTA di tv alhijrah, pelakon wanita pakai jubah and shawl labuh serius cantik gila

    ReplyDelete
  14. @azhafizah : saya tersenyum juga :)

    ReplyDelete
  15. @nia ridzwan : cantikkan diri dengan cara yang baik

    ReplyDelete
  16. @nasha : itu yang penting.tak kisah la pakai apa pun janji sempurna auratnya

    ReplyDelete
  17. @blog tips kurus : noor kumalasari, wanita yang memang ramai orang tak suka dulu,sekarang dah menjadi seorang yang adorable. manusia tak selamanya jahil. pakaian beliau pun memang ohsem sekarang ni

    ReplyDelete
  18. @chiah : sama2! semoga kita terus istiqamah

    ReplyDelete
  19. sangat setuju.. mama lynn jugak sentiasa berusaha ke arah tu.

    ReplyDelete
  20. @mama lynn : alhamdulillah..janji sempurna

    ReplyDelete
  21. rasanye lebih cantik berpakaian mcm tu .. ;))

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah