Sebab utama aku menyarungkan cardigan labuh berwarna hitam dan kadang-kadang berwarna kelabu terang adalah kerana untuk cover lengan yang terdedah pasai aku pakai tshirt lengan pendek.
Malas nak salin baju, so aku sarungkan je cardigan yang dah tersedia dekat almari or penjuru katil untuk memudahkan aktiviti setel lebih cepat. Bila balik, terus buka cardigan dan terus terbang ke katil dengan jayanya.
Pernah jugak keluar berpakaian macam dalam gambar tu then ditegur seseorang dengan soalan yang sama. Bila jawab je macam tu, terus terdiam si polan.
Bukan lah nak tunjuk diri aku ni sungguh baik ke apa wo.... Cuma aku rasa tak kisahlah pakai macam mana pun, asalkan tutup aurat tu dengan sempurna. Bukannya sarung baju sejuk ala-ala nak ke luar negara tu kan? Cardigan je.
Lagipun cardigan labuh ni trend wanita sekarang rasanya lah. Uupps sori if salah. Bab fesyen aku kurang mengetahui. Keh keh.
Panas ke apa ke, bantai je sebab panas kat dunia ni tak la sepanas di akhirat nanti.
Aku selesa begini dan ku pinta kawan-kawanku yang disayangi, jangan kutuk rakan anda sekiranya tidak bersetuju dengan pemakaian sebegitu rupa di kala panas terik ini. Biar panas di dunia, jangan panas di akhirat.
p/s : Bagi yang suka berpakaian seksi ke apa ke, doa mereka ni jadi lebih baik. Jangan dikutuk, jangan dicerca sebab manusia boleh berubah. Tegurlah dengan berhemah. Kalau aku ada buat salah pun, mohon tegur cara elok.
uit... cer pakai seksi camtu kat tengah gurun Sahara tu... tengok tahan ke tidak haha
ReplyDeletepernah kene tegur?eh..org yg menegur tu tak fikirkah?sape die untuk judge pemakaian org..sejuk mata memandang bila tertutup macam dani pakai tu kan.^^
ReplyDeleteheheeee setuju! gilalah lawaaa lukisan. seriusly guna excel je? hebat hebat ^^
ReplyDelete@keri : entoh le. koh koh. eh tergelak stlye aujinz lak.haha
ReplyDelete@azhafizah : kadang2 panas jugak telinga sbab dikutuk
ReplyDelete@nialidia : terima kasih. ha'ah guna excel. hehe
ReplyDeletehuhu...betul2 :)
ReplyDelete@ct luna : hehehe :D
ReplyDeletenice carton dgn dialog tu.
ReplyDeleteteringat pulak masa amik voucher kat U. ada seorang budak ni, free hair, dia merungut, "hot..hot..." sambil tengok kitorang yang bertudung ni. kitorang diam je la..
ReplyDelete