Netbook kecik comel ni kepunyaan aku. Comel macam tuannya. Tak mampu nak beli Apple, jadi kenalah ikut kemampuan. Sebelum ni aku guna laptop Acer sejak 2007 sampailah 2011. Lepas tu terus rosak sampai tak boleh apa dah.
Memandangkan aku perlukan laptop untuk buat kerja melukis, ayah aku belikan netbook HP Mini untuk aku usahakan aktiviti lukis-lukis. Terima kasih ayah! *aku tahu bapak aku takkan baca blog ni. Erm..sebelum ni em..memang aku agak ganas dengan laptop. Pantang je laptop hang, memang makan penumbuk la kat bahagian keyboard. ngee..
Sebab tu asyik rosak. Ada kawan aku bagitahu, laptop/netbook or apa-apa benda sekalipun, kena belai. Aku tak suka manjakan sangat laptop ni. Kena ajar sikit baru dia tahu langit tinggi rendah.
Tapi semua tu tak berhasil. Habis rosak motherboard.
Sejak tu ayah aku bagi amaran, kalau rosak lagi lepas ni, takda dah netbook ke laptop ke. Jadi, penjagaan netbook yang baru aku dapat tahun lepas ni aku jaga elok-elok bagaikan menatang minyak yang penuh. Buka netbook pun slowmo je. Hari-hari vacuum, lap, simpan dalam beg dengan rapi. Kalau ada masa lapang, aku bawak jalan-jalan, pergi spa urut-urut sikit.
Sebenarnya, barang yang kita dapat tu kena jaga elok-elok. Allah pinjamkan kepada kita, dan satu hari nanti Allah akan ambil balik.
p/s : seronok melukis, mewarna guna paint tool sai. mudah!
hamboih..siap kasi penumbuk..memang ganas..huhu..
ReplyDeletehaha.. gi belajar gune phothoshop..best2
ReplyDeletesemua bende kene dibelai..macam ade perasaan pulak kan.Memang kene belai selalulah jawabnya..^_^
ReplyDeletelukisan dani cantik!
mudah kan pakai sai?
ReplyDeleteApa pun, acer memang cepat rusak..
HUhuhuhu..
acer ary ni tunggu masa je ni..
Hahaha!
itu sebab saya beli destop puas hati.lagi pon sy ni jenis x berjalan sgt..jadi memang melukis di rumah ibu selalu tgok apa sy lukis dn dia tukang komen..XD..sb destop tu berada di ruang tamu
ReplyDeletenak tekan keyboard buat slow motion amik 5 saat setiap huruf...baru tak rosak hehehe
ReplyDeleteapa belai?
ReplyDeleteSaya punya laptop sikit punya lemah lembut jaga..
dah empat kali kena bawak gie klinik..
kah kah kah... takde maknenya.. sampai masa, dia rosak juga...
(tengah tunggu laptop direpair.. dah dua minggu tak siap siap lagi.. ai ai ai )
@nur anis : geram sangat. hehe
ReplyDelete@najmi : baik tuan :D
ReplyDelete@azhafizah : orang kata kalau tak dibelai, dia merajuk
ReplyDelete@ary : acer...hmmm...hehehe
ReplyDelete@merahitujambu : ikut keselesaan. oh ada tukang komen rupanya
ReplyDelete@mitsu : memang itu yang kamek buat. haha
ReplyDelete@aujinz : ngeh2. lemah lembut tali kecapi, pandai jaga ok la kot. #pantunfail.
ReplyDeletetapi kalau ganas2,potensi cepat rosak tu tinggi
part ni taleh blah "Kalau ada masa lapang, aku bawak jalan-jalan, pergi spa urut-urut sikit."
ReplyDeletehahahahahahaha
cantik la lukisan ni...
ReplyDelete*untunglah ada orang belikan laptop..
aku 2 bijik sume pakai duit sendiri...
terpaksa la jimat cermat sket.
(barang klu pakai duit sndiri lg kita hargai ^^)
hahahaha , aii bilalah nak bawak laptop g spa ni. tk de masa lah :P btw, vacum guna apa eh ?
ReplyDelete@fyfy : hehehe. boleh je belah tu. haha
ReplyDelete@keri : beli pun sebab aku tak mampu nak beli sendiri
ReplyDelete@nia : vacuum khas untuk lappy tu. apa entah brand-nya
ReplyDeletewaaa...tak tau naper nk gelak rasa...perkataan dani "hari-har vacuum"..hahah :P
ReplyDeletebetul2 kita kn hargai barang kita,
dan blog ni dah hebat waaah!!!...sumer da putih..suci murni kaseh sumayyah..ops..termengarut plak
ezan lak, kalau hang terus cabut wayar cabut batery. kakaka
ReplyDeletewah, dah berwajah baru. nice! :)
ReplyDelete@fi : mesti terlebih makan vitamin ni kan? hehe. terima kasih. blog hias simple je
ReplyDelete@ezan : haha. kadang2 buat jugak macam tu tapi wajib kena penumbuk dulu
ReplyDelete@cik tikah : hehe. terima kasih
ReplyDeleteperghhh.. ganas!
ReplyDeleteini kalau husband buat hal nnt, terus mkn penumbuk la ni? no belai2.. haha.. ;-p
@solihin : rasanya macam tu la. wkakaka
ReplyDelete