Dah lama gila aku tak gunakan Sketch Up ni sejak-sejak laptop lama asyik hang memanjang. Sebenarnya baru tadi aku download software ni dalam netbook baru, lepas tu terus reka hiasan dalaman untuk bilik aku dan adik aku. Wee...seronoknya.
Ini sketch awal untuk rekaan hiasan bilik. Memang kedudukan almari, katil, aircond dan senang cakap, semua tu exactly macam bilik aku sekarang. Cuma dalam rekaan ni aku nak cat baru dan tambah lampu dinding, frames dan meja solek.
Kalau tunjuk bilik asal memang tak cantik. Sebab tu la nak ubah. Lagipun bilik perempuan, so kena la cantik dan kemas kan. Bab kemas tu memang kemas ye. Aku tak suka sepah-sepah.
Oh meja solek tu takda pun sebenarnya. Teringin nak letak kat dalam bilik sebab senang sikit nak bersolek. Selalunya aku bersolek dekat bilik lain. Heheh..kesian betul bilik aku ni. Macam-macam benda kekurangan. *sigh.
Dekat-dekat meja solek tu ada pintu masuk tapi aku malas nak "bina" the wall and the opening sebab senang nak tunjuk bahagian dalam bilik. Bahagian tingkap buat masa ni letak curtain biasa je. Ikutkan design ni aku nak letak wood blind. Smart..
Ini kalau versi warna la. Kekonon dah siap cat la.
Cat warna pich ni lawa kan? Eh betul ke eja pich? Kah kah kah..Er ok...warna tu bagi aku sangat lembut dan sesuai dengan jiwa aku yang sukakan sesuatu yang sejuk mata memandang. Oh yeh,sebenarnya ada ampaian kecik untuk sejadah, tapi dekat gudang google sketch up tak ada la benda alah tu.
Ini bukti aku memang buat guna sketch up. Tiada penipuan dan tiada peniruan. I hate copycat. Heh heh. Harap impian aku nak bilik simple macam ni tercapai. Kena tunggu adik aku balik, baru la hias macam ni. Amacam? Ok tak bilik aku ni?
pfffttt smart ! pernah nak sketch decorate bilik sndiri n also ruang tamu.. tapi takda bakat sketch -.-"
ReplyDeletewah! akk kretif dan bilik akk cun melecun ! cantik sangat ! \(^u^)/
ReplyDeleteNak link download software ni please~~
ReplyDelete*Kalau boleh lah..
serius dani boleh jadi arkitek :D
ReplyDeleteDani, baru perasan dan tetiba ada satu soalan..
ReplyDeleteApakah bilik Dani sekemas ini???
Hahahaha!
Love it. sy juga ada impian spt kamu nak hias bilik cani!
ReplyDelete@cik bulat : bulat sketch je guna software ni. ececeh..tak pandai ye...haha.lempang nak
ReplyDelete@mieraliciouss : ikut taste sendiri je ni.hehe. terima kasih :)
ReplyDelete@ary lee : (seperti yang telah saya bagi dalam group)
ReplyDeletekepada lain2, sila search di google.taip je download google sketch up for free :)
@cik tikah : belum sampai level tu.haha
ReplyDelete@ary lee : adakah anda pernah tengok bilik saya?
ReplyDeletemestilah kemas. as i said,tak suka sepah2
@ezan idma : marilah kita menghias.hehehe
ReplyDeleteni yg rs nk kemas bilik ni..hehe..nak ubah2 kedudukan, nak hias2..jeles tgk bilik org comel2..
ReplyDeletegoogle sketch up dengan sketch up pro ni lain ke ? saya nak jadi anak murid utk belajar melukis boleh ?
ReplyDeletegoogle sketch up dengan sketch up pro ni lain ke ? saya nak jadi anak murid utk belajar melukis boleh ?
ReplyDeleteterer gila sketch bilik sendiri! terbaikkk
ReplyDelete@dla: memang sengaja bagi dyla jeles.haha
ReplyDelete@arai lekir : tak sure.sama kot.tapi ni trial je.boleh2..for sure..tapi boleh ajar mana mampu je la
ReplyDelete@ascil : haha. biasa2. sketch bilik sendiri jugak jom
ReplyDeletekena belajo sketch up jugak laa.. koh koh koh
ReplyDeleteohh..gune software skecth up version 7 lah ni ye sama mcm yg dani deco bilik tu..cantiklah leh buat camtu
ReplyDelete@aujinz : harus tu.koh koh
ReplyDelete@azhafizah : yup. hehe. seronok buat
ReplyDelete