Bila dah nak dekat sambutan hari guru ni, terus teringat jasa cikgu sejak tadika sampailah zaman belajar dan aku sendiri pernah merasa jadi cikgu. Er...tapi tak la lama pegang title cikgu ni. Aku tak setabah guru-guru yang ada. Serius ni.
Sepanjang aku bergelar cikgu, hanya Allah je tahu betapa aku ni tak tabah dan kadang-kadang merungut. Penat yang tak terhingga. Dulu aku ingat kerja cikgu ni taklah sibuk mana pun. Setakat mengajar, bagi homework, tanda buku, exam, tuisyen blablabla. Rupa-rupanya, kerja cikgu ni 24 jam! Serius ni.
Ikutkan pengalaman aku dulu, seawal 6 pagi dah kena bangun, selesaikan solat subuh lepas tu terus susun meja dengan kerusi dalam kelas masing-masing. Sediakan bahan mengajar apa patut. Masa tu aku duduk dekat tempat mengajar sebab malas nak ulang alik ke rumah. Lagipun bos bagi duduk free je. Serius ni.
Tempat aku tu ada budak nursery jugak. Jadi, lepas mengajar habis dalam tengahari, kena jaga budak-budak nursery. Macam biasalah, kena pastikan diorang makan, mandi, ajar solat, mengaji dan tidur berjemaah. Bab hadas besar masa tidur tu, tak payah kabor le. Hari-hari. Serius ni.
Kena jaga diorang kadang-kadang sampai 9 malam. Sebabnya mak ayah diorang ada yang overtime. Jadi dengan itu, duit pun masyuk la sikit. Tak banyak pun. Serius ni.
Malam bukan waktu rehat pun sebenarnya. Ya, dulu aku ingat malam boleh terbongkang atas tilam sambil main mesej. Oh no no. Aku bentang kertas-kertas laporan sekali dengan homework atas meja, pelan-pelan aku tarik kerusi dan duduk. Terus buat lesson plan untuk seminggu you alls! Bukan sikit, berhelai-helai kena menulis apa nak ajar esok esoknya. Pejam celik dah pukul 1 ke 2 pagi. Serius ni.
Lepas siap,terus tidur dan ulang lagi aktiviti yang sama. Rutin yang sangat penat sampai turun berat badan, mata sembam or sembap i don't know. Sebab tu aku hairan tengok cikgu-cikgu yang bertahan bertahun-tahun. Memang salute!
Cikgu-cikgu yang hebat! Serius ni.
selamat hari guru, cikgu panda kecik! haha :D
ReplyDeletesesape yg pernah jd guru walaupun sesaat, dia layak menyambut hari guru :)
hebatnya.....akak x mampu nak buat macam tu kot...
ReplyDeletebetul2...g sekolah pukul 7 balik pukul 6 kadang2 tuh...dah macam mengajar 2 sesi pula..balik rumah buat RPH lak...huhuhu...
ReplyDeleteWalaupun setAkat guru sementara kat satu rumah anak yatim lepas SPM dulu, memang betul2 rasa serik.. dengan perangai budak2, kena lah lembut sebab mereka nih ada yg yatim.. yatim piatu pun ramai.. jd, sabar lebih sikit lah.. lepas kahwin, terus berhenti.. tak tahan sebenarnya.. apa pun, pengalaman kita macam sama sj, hehe.. ^^
ReplyDeletePernah jd guru sementara utk seminggu ketika menganggur dulu, kena jaga murid thn 4..fuhh..hebat dugaannya!
ReplyDeleteTabik lah pada insan yg bergelar guru! Selamat Hari Guru utk semua guru di Malaysia!
rasa nak jadi seorang guru tapi rasa mcm tak mampu nak digelar seorang guru. btw, saya kagum tgk semangat cikgu2. selamat hari guru kat akak jgk <3
ReplyDeletepanda hahaha selamat hari guru ^^
ReplyDeleteseorang cikgu bile dah pegang title cikgu akan tetap cikgu selamanya..Selamat hari guru cikgu dani.
ReplyDeletewow,baru ku tahu bagaimana perasaan cikgu2 ku dulu..:\
ReplyDeleteselamat hari guru kepada cik dani..:D
gurulah pekerjaan yg paling mulia..
eh pernah jadi cikgu ke dani? selamat hr cikgu!
ReplyDelete@keri ikhwan : betul tu. rasa bangga pulak bila bekas anak murid masih panggil teacher. selamat hari guru jugak keri!
ReplyDelete@o'gosh : saya pun tak tabah kak..bertahan tak lama.hehe
ReplyDelete@tengku puteri : penat kan? memang hebatlah guru2
ReplyDelete@tiria jezsy : oh anak yatim..sangat mencabar minda dan emosi.tapi dalam masa yang sama,dioranglah pengubat duka. selamat hari guru jugak tiria!
ReplyDelete@nil : bekas guru jugak ye? selamat hari guru!
ReplyDeletemasa kerja tu baru faham keadaannya.serius cuba bertahan
@wani_mn : boleh cuba sebab jadi guru ni kita dapat bonus link di akhirat. insya Allah kalau kuat.selamat hari guru jugak :)
ReplyDelete@rien rose : you called me panda?hahaha
ReplyDelete@azhafizah : rasa teruja secara tiba2. selamat hari guru!
ReplyDelete@myra azraff : betul,kerja guru pekerjaan mulia. kita kenal ABC sebab guru.ibu bapa pun guru kita
ReplyDelete@ezan idma : la,masa kita jumpa tu kan dani ada cerita kisah jadi cikgu dulu.hehe
ReplyDelete