duit syiling selalu guna untuk bayar duit tol |
Dulu tabung yang popular digunakan, tabung ayam. Kalau nak guna duit, goncangkan dulu. Agak-agak macam banyak duit, lepas tu pecahkan tabung. Tapi masa kecik aku guna tabung ayam yang di-upgrade sikit. Boleh buka penutup bahagian kaki ayam lepas tu cekau le duit banyak mana pun. Kalau orang lain, tak tahulah macam mana.
Sekarang aku guna dua jenis tabung. Macam dekat gambar atas tu dan bawah ni. Satu untuk syiling dan satu lagi untuk duit kertas.
duit raya tahun ni. SAD. |
Menabung ni sangatlah bagus. Banyak kebaikannya. Simpan seringgit sehari daripada kecik, besar nanti dah boleh beli cincin mahal. Eh.
Duit yang kita simpan ni boleh digunakan bila masa susah nanti. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit tu yang jadi prinsip aku sepanjang hidup ni. Kalau dapat displinkan diri untuk simpan duit, insya Allah benda ni akan terbiasa lepas tu banyaklah simpanan. Pantang nampak duit syiling celah almari, terus rembat masuk tabung. keh keh. Boleh la bayar hutang ptptn yang sekarang ni dah pun bertambah seratus hengget sebulan. Hutang wajib bayar.
Walaupun kehidupan sekarang ni, alhamdulillah senang (sederhana), tapi diri sendiri sebagai anak tetap kena ada sikap menyimpan duit sendiri. Mak ayah dah la penat cari duit. Macam lebah mengumpulkan madu.
Jadi, amalkan sikap menabung dari sekarang.
kita benci menabung...itu pasal susah...:)
ReplyDeleteyes,,, muja pun ada beg warna hitam khas utk letak duit syiling,, ada je duit syiling dalam purse trus masuk beg tu,,, hehe,,, dah berapa riban duit syiling tu,,? hehe
ReplyDeletehaissshhh..sehati seringgit mana cukup nak beli cincin juta2..
ReplyDeletesebelum lahir tu soh mak menabung siap2 :P
ary agak susah sket nak menabung.. urmmmm..
ReplyDeletesebabnya..
bila duit dah kopak,..
tabung tu akan dikorek semula= ="
dalam kira-kira nak buat tabung khas untuk simpan emas..
ReplyDeleteDulu masa semester 1, suka sgt menabung. then bila habis semester kan balik hometown masing2, so tabung tu berat. xkan mau bawa dalam flight sekali. susah pula. last2, terpaksa belanjakan or tukar semua syiling tu. hehe.
ReplyDeletemenabung guna bekas master potato..hehehe..
ReplyDeleteAlhamdulillah, berkat menabung, setakat ni semua benda yg aku nak beli tak payah nk mintak kat mak bapak.
ReplyDelete*skang dah keje, klu mntak jugak mmng kena penyepak.
skang giliran mak ayah plak nk mntak apa2 :D
aku ada empat tabung, 3 tabung botol susu kat rumah, satu tabung tin kat opis... koh koh koh
ReplyDeleteLana dulu, tabung BSN yg bentuk gajah tu glamor. Bila dengar bunyik duit syiling time goncang2kan tabung tu,excited je rasa. heh3.
ReplyDeleteOh..dani bahagi dua ea..ketas satu, syiling satu..lana dua2 sumbat tempat yg sama..habeh tak nampak rupe.keh3. Betul tu, amalan menabung, bila dah biasa, ia jd sng, asal ada duit lebih singgit due pas pi shopping ke, mesti sumbat dlm tabung kan? >_<
#duit rayeku lgi skit (-_-)
@lelakisemalam : jangan benci-benci :)
ReplyDelete@nurmujahidah ismail : tak beriban pun.haha
ReplyDelete@bersama kak es : menabung amalan mulia
ReplyDelete@ary lee : student biasa la kan. perlukan duit untuk pembelajaran
ReplyDelete@encik cool : that's cool
ReplyDelete@simplyseoul : oh betul jugak kan? so kena tukar duit kertas je la. mesti banyak gila ni
ReplyDelete@kawaiidysha : haha. lebih kurang la kita
ReplyDelete@keri : betul tu. kita kena bantu mereka
ReplyDelete@aujinz : bagusnya engkau weh
ReplyDelete@lana : yup..bila dah biasa menabung ni, senang nanti
ReplyDeleteitu drpd Libresse kan? hehe!
ReplyDelete