Ilustrasi untuk kad kahwin Ajai dan Irah

serasi bersama.

Assalamualaikum. Alhamdulillah dengan izin-Nya, setel jugak tempahan ilustrasi untuk kad kahwin daripada Cik Irah dan Encik Ajai. Wajah Encik Ajai sebijik dengan Nabil Raja Lawak kan? Dua-dua sama cantik sama padan. Pertama kali tengok gambar yang Cik Irah bagi pun, aku ingatkan Nabil.


Ilustrasi tu memang ikut dua gambar asal untuk rujukan. Cik Irah minta aku tambah kotak ada nama so aku lukis kipas ada nama Ajai dan Irah tu. Sangat senang bila berurusan dengan Cik Irah. Walaupun ada ubah sana sini, tapi itu tak jadi masalah, yang penting bakal pengantin puas hati.


Perkahwinan mereka akan berlangsung bulan dua tahun depan, tapi kena siapkan lukisan kad kahwin ni secepat mungkin. Senang nak uruskan apa patut kan? Bakal pengantin pun takda la tergesa-gesa nak setelkan pasal kad ni.


Cik Irah ada bagi keizinan untuk kongsikan di blog. Sebab tu setiap kali siap tempahan, aku minta izin dulu sebab ada sesetengah tak nak gambar dikongsikan. Jadi kena faham dan hormat kehendak orang. :)

Kalau anda berminat nak tempah ilustrasi macam tu, sila baca dahulu syarat tempahan. Boleh klik dekat bawah header di atas untuk maklumat lanjut. 

33 comments:

  1. O.ob.. alala cantiknye kedua mempelai. nak tempah gklah.. (entah bila pula nk kawin xtahu) xD.


    *cik D yg ni, kaler muke pun, ikut step yg sama mcm cik D ajar ituhari kan.. =3= betul ke..huuu*

    ReplyDelete
  2. boleh buat business la macam ni. mesti ramai orang akan request lukiskan gambar. sebab cantik :)

    ReplyDelete
  3. pergh.. cantik tone warna tu... corak2 tu lukis balik ke? smart la.

    ReplyDelete
  4. cantik, aha la bakal suami beliau mcm nabil cikit.. semoga bahagia bakal mempelai>.<

    ReplyDelete
  5. Cantik! Haah ada iras² Nabil. Tinggi pun tinggi. Pengantin perempuan pulak ada iras² Irah.. hihi ;P

    ReplyDelete
  6. @biskot : ha'ah macam yang saya kongsikan hari tu

    ReplyDelete
  7. @rara nasiha : memang tengah buat bisnes ni.hehe. kalau nak jugak, roger2. tak kisah untuk kahwin atau benda lain :)

    ReplyDelete
  8. @keri ikhwan : ha'ah corak tu buat balik tapi 100% tak sama la. seakan2 :D

    ReplyDelete
  9. telitinya..manik2 tu nak buat fuh perlu kesabaran tahap tinggi..

    apapun lu pikirlah sendiri bang bil

    ReplyDelete
  10. @nazha anua : tang manik, corak sampin tu je kena teliti lebih

    ReplyDelete
  11. @tengku puteri : terima kasih! :D

    ReplyDelete
  12. Saya hendak saya hendak
    Nakkkkkkk!!! Kalau x kawen tapi nak bole x????

    ReplyDelete
  13. Tiba tiba rasa nak kahwin cepat cepat demi nak tempah karikatur macam nie, takut kahwin lambat waktu tu dani dah close order. Heeee

    ReplyDelete
  14. @merahitujambu : alhamdulillah terima kasih MIJ :)

    ReplyDelete
  15. @jna marcello : boleh je. tinggal roger dekat email ha :)

    ReplyDelete
  16. @fifie : memang tiba masa nanti, saya berhenti buat semua ni. hehe. nanti roger saya ye :D

    ReplyDelete
  17. Salam.

    Dani..tak perlu la lana cakap pa lagi pasal lukisan2 dani. Cantik..kecuali kucen baru ni..erkk,hek3. gurau2.. >_< hehehehe

    ReplyDelete
  18. cantik! hehehe :))
    pndai dani. nnti blh ajar g kn.. hehehe

    ReplyDelete
  19. dani aku cop nak tempah kat kau eh aku kawen nnt

    ReplyDelete
  20. @elyna mirsada : terima kasih :D.

    ReplyDelete
  21. @fyfy liew : itu sebab bakal pengantin sama cantik tu :D

    ReplyDelete
  22. @ezan idma : kabor awal2 ye. eh macam dah nak bau nasi minyak je ni

    ReplyDelete
  23. seperti biasa,hasil tangan dani tak pernah mengecewakan..all the best dani!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah