Ujian air kencing

Si debab yang dirahsiakan namanya memang suka makan. Pantang dihulur, dia rembat. Pantang diajak, dia sebat. Aiskrim, big apple, segala bala jajan (gula-gula) dan benda-benda manis memang dia suka sangat. Tak kira waktu. 


Kalau tengok keadaan dia pun, boleh rasa nak termuntah sebab non stop makan. Er kecuali tidur.


Suatu hari, maknya macam gaya-gaya dah fed up terus membebel dekat si debab yang kuat makan tu.  'Nanti gigi rongak lepas tu kena kencing manis, nak kaki hitam sampai kena potong. Ha nak?'.


Si debab dengan riak muka yang tak puas hati, terus masuk bilik air sambil flip jambul depannya ke arah maknya. Maknya diam dalam keliru. 


Boleh tahan lama si debab dalam bilik air.


'Mak! Tengok ni!'



Maknya terus berlari ke arah si debab. 



'Tadi orang kecing. Orang letak semut-semut tepi tu dekat air kencing orang. Pas tu semua lari. Tu maknanya kita takda kencing manis la mak. Semut kan suka manis. Ha mak tipuuu mak tipuuu.'

24 comments:

  1. Haahha bijak si debab! Meh nk kisshhh cikit :D

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah..panjang akal jugak ye..tp memang betul pon..semut akan ade dlm bilik air kalau de org kencing manis

    ReplyDelete
  3. kehkehkeh.

    tapi kan, memang betul la, bila kita kena kencing manis.

    kencing kita akan dipenuhi semut.
    kesnya macam ni.

    cousin wan kencing.
    pastu pagi esoknya.
    si ayah tengok banyak semut dalam tandas dan area magkok tandas.

    si ayah tanya la, sape yang kencing.
    sorang sorang gi check.
    anak nombor tiga dia kena kencing manis.dialah yang kencing malam tu.

    by the way.
    berat wan pon tak okey tadi.
    tapi boleh je wan derma darah,

    ReplyDelete
  4. citer ni should be like this...

    'nanti dapat kenching manis nanti!! ha nak?'

    dan si debab pun masuk toilet,
    mak nya diam dan keliru,

    'mak!!'

    mak nya terus berlari kearah debab..

    'tak manis pun'
    kata debab sambil memegang secawan...


    muahahahahahah

    ReplyDelete
  5. orang yg ade kencing manis memang semut akan hurung kencing tu..

    ReplyDelete
  6. apabila anak troll emaknya...pasti emaknya tak terkata2..
    ish2...bijak2...huhuhuhu..XD

    ReplyDelete
  7. @Syazwan Che Deraman senang nak check kan?hehe

    tapi doktor nasihatkan kalau berat tak cukup, jangan derma darah

    ReplyDelete
  8. @azstory ye betul. kemungkinan si debab masih belum diserang penyakit itu

    ReplyDelete
  9. @Terbang Bersamaku kadang2 troll ni membawa bahagia. wakakak

    ReplyDelete
  10. debab meh aku nk rasa air kencing ko manis ke tak!!..hahaha

    ReplyDelete
  11. hahaha komen si Pocket lg takleh blah! hahaha

    ReplyDelete
  12. @anamizu kaito tu le. kalau nak bagi cerita tu lebih sedap, memang boleh guna ayat pocket. tapi realitinya tak berlaku macam tu pada debab. hehe

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah