Menjawab persoalan kenapa kepala mesti besar



Hehehehehehehe. Sejak aku lukis ilustrasi berkepala besar, ramai tanya soalan sama.


Kenapa eh kepala mesti besar?


Sebab aku suka tengok karikatur. Kepala besar, badan kecik, kaki lagi la kecik. Nampak comel dan style. Itu bagi pandangan aku la. Lagipun masa aku cuba cari identiti lukisan sendiri dengan harapan orang akan kenal lukisan tu siapa buat, jadi aku cuba eksperimen banyak kali sampailah dapat satu ilustrasi lelaki dan perempuan macam sekarang ni la. 


Disebabkan aku jenis sukakan kelainan, aku eksperimen lagi untuk hasilkan sesuatu yang lain daripada lain. Lain la harapnya.


Bila ramai bagi respon dan mula kenal lukisan tu, aku rasa bersyukur sangat sebab dengan izin-Nya, dapat jugak aku realisasikan impian aku iaitu identiti sendiri. Macam Cik Dil, Aujinz Si Lanun Ranggi, dan Tangan Punya Kerja, orang dah kenal lukisan diorang macam mana. 


Sama jugak macam pelukis-pelukis lain. Kalau nak list kat sini memang penuh la.


Jadi, kepala besar badan kecik ni adalah gaya mutu keunggulan aku. Tapi pernah jugak customer minta bahagian kepala nak nampak normal. Dengan penuh rasa tak kisahnya, aku resize kepala. Tak ada masalah pun untuk itu.


Cuma yang sedihnya, pernah jugak aku kena gelak kaw-kaw sebab lukis kepala besar ni. Ada jugak aku tetiba rasa kecewa, rendah diri dan tak bersemangat. Macam nak tutup blog pun ada. woh..ekstrem. Masa tu aku tertanya, perlu ke perlekeh apa orang lain buat sedangkan benda ni tak menjadi satu masalah negara pun? 


Tapi tak boleh nak layan sangat komen-komen macam tu sebab lain orang lain pendapat. Tak boleh la expect 100% orang akan suka gaya tu. Cumanya, cara komen tu biarlah tak merendah-rendahkan sampai memalukan orang lain. Kan ada adab menegur. Heheh. Kesimpulannya, hormati perbezaan.


Positifnya aku....macam tak percaya. Hehe. *tepuk bahu sendiri.


Sekian.

 

31 comments:

  1. takpe.. beginilah nak bina jenama sendiri.. kena ada kelainan, baru orang kenal.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. susah nak hasilkan sesuatu yang berlainan kan

      Delete
  2. kepala besar tak apa, jgn besar kepala. hehe... kn? comel~~~

    ReplyDelete
  3. sekarang bru paham, kak dani..
    kelainan tu yg bagus, takde la setiap lukisan tu sama je mcm org lain punya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. walaupun mungkin ada sama, tapi usaha nampak lain

      Delete
  4. Assalamualaikum.

    Sebab tu la lana tulis, seni bukan untuk dibanding2kan..huhu.

    Ada sstgh org tak bleh nak faham dani..tapi, kita percaya kalau diorg start involved lukis2, or pa saja berkaitan bidg art, baru diorg akan faham.

    Bagi lana, tgk hasil art, lebih pda nak hiburkan hati. Mcm dengor lagu, asal sedap ditelinga n kita enjoy, dah cukup sebenarnya.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.

      saya suka betul kata-kata Lana ni. penuh pengisian rohani dah sejak baca kata2 mutiara Lana tu lah saya rasa semangat nak lukis dan hasilkan kelainan cara tersendiri sebab seni bukan untuk dibandingkan :)

      Delete
  5. Akak, buatlah cerita komik melalui lukisan2 akak ni, pasti menarik!
    #salam Jumaat

    ReplyDelete
  6. doodl kepala besar comel la..serius comel..kekadang sy pon suka buat kepala besar..nampak coole..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. macam header MIJ. comel sangat

      Delete
    2. kartun aku pun kepala besar... wkwkwkw

      Delete
    3. kan kan. macam kartun Aujinz. comel sangat. ngaaaa

      Delete
    4. kan..kan..mcm kepala kartun dani jugak..ayuuu sgt..

      Delete
  7. yup, betul..setiap pelukis ada identiti sendiri.. tak kisahlah kepala besar ke ape..yg penting cute nama pun kartun kan..hehhee.

    ReplyDelete
  8. Jangan risau pasal itu sebab masa aku lukis kartun aku yang takde hidung dan tangan takde jari pon ramai orang tanya pasal tu. Tapi bila lama lama diorang akan terima dan akan jadi trademark kita. Kita punya idea, kita punya identiti. Berapa lama kita bereksperimen nak cari lukisan beridentiti sendiri kan kan kan. Dah dapat, teruskan beb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. tapi aku tak perasan pun ketiadaan semua tu dalam lukisan ko. ok la tu, ada kelainan. orang pun dah cam lukisan kita sendiri kan. takda la terlalu dibayangi sesiapa.hehe. thank you!

      Delete
  9. aaaaaah , persoalann g sering ad dalamm mindaa sejak dulu lg hehe

    btw love yr artwork! =')

    ReplyDelete
  10. comelcomelcomel. keep a good work . :)

    ReplyDelete
  11. saya suka jer lukisan cik dani.... itu menunjukkan awak seorang yang unique..... keep it up... teruskan usaha.... saya suka semua kartun dani.... fighting!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...terima kasih Manzarina. saya akan usahakan.hehe

      Delete
  12. silap entry. nk komen yg pasal makan komen td. tertekan yg ni plak. hish hish.


    tp tkpe. motif ttap smpai. nk try komen entry dani. HAHA :P
    jom join ;) http://www.fyapelangi.com/2013/07/giveaway-topup-ramadhan-fyapelangicom.html

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah