Raya tanpa...

Puas dapat beraya dekat kampung tahun ni walaupun tak dapat duit raya macam dulu. Tapi maklong aku bagi jugak duit sebab aku belum ada abang lagi. hahah. Maksudnya belum kahwin lagi so masih relevan untuk dapat duit raya la. Ok la tu kan. Dapat masukkan dalam simpanan. Selalunya duit raya ni aku takkan gunakan terus.


Aku tengok sedara mara, sepupu sepapat takda pulak nak mengadap gadget masing-masing sepanjang masa. Ini aku suka sebab dapatlah berborak, gelak-gelak itu ini. 


Tapi ada jugak la terselit sorang dua ni yang sentiasa dengan handphone-nya. Sikit-sikit snap gambar. Nak menumbuk cili pun boleh lagi minta tolong snap gambar dia. Hahah. 


Tak kisahlah nak buat apa pun, sebab aku lebih suka positif. Mungkin dia nak moment raya tu disematkan dalam instagram-nya. Kot lah kan. Mesti akan ada yang cakap, 'itu pun nak instagram'.


Bila aku tengok suasana macam tu, aku teringat iklan Maxis 2013. Iklan raya terbaik tahun ni. Tagline-nya pun best. Simple, senang dihayati dan boleh buat orang tergelak. kadang-kadang mungkin refer diri sendiri



"Sometimes, the best way to connect is to switch off"



Sesuai betul dengan zaman sekarang yang makin canggih ni. Silaturrahim sesama kita ada jarak sebab obses internet. Betul tak?

 

17 comments:

  1. mmg pon.. raye xperlu nk pegg2 enset nih..time ni la nk merpt ukhuwah ngn sedare mara

    ReplyDelete
    Replies
    1. disconnected to get connected orang kata. hehe

      Delete
  2. untung la dpt duit raya..sy dpt gak dr somi.eceh..selamat hari raya dear

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya kak dani :) Cemburunya tengok orang lain balik kampung :') Yeap iklan maxis tahun ni memang terbaik. Selagi ada connection selagi tu la gadget depan mata XD

    ReplyDelete
  4. huhuhu...

    tak pun yang sedang main candy crush...

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya cik dani. hehe macam macam gelagat la raya ni kan.. yg berinstagram pon x lepas peluang la. tp kita ni jenis malu la nk bergmbar. haha mmg xde la gmbar tgh tumbuk cili bagai tu. hehe

    ReplyDelete
  6. setakat ni, sedara mara Teena xde lg yg sibuk sgt ngn phone diorang. Tp rasanya tahun ni kami ter'obses' nak amik gambar kot...hehe

    ReplyDelete
  7. seminggu tak sentuh lattop.. itupun boleh jadi "the best way to relax is to switch off the plug" hehehe. nikmat sungguh tak pegang lattop xbuat design2. tak sakit bahu. fuh. serunuk. :) selamat hari raya~

    ReplyDelete
  8. serius suka tengok iklan maxis tu. tapi kat kampung alieff memang tak dpt internet coverage pun. so takdelah mengadap gadget je masing2. :D

    ReplyDelete
  9. he3 iklan 2 mmg best =) xthu la mcm mn la raya2 akan dtg ye..ntah2 raya main sapa2 dlam gajet je kot..hu3..

    ReplyDelete
  10. sy blik kg memang tak hadap phone..kg kan..so amik gambar aja..bila dh naik keta amik broadband cocok di kereta..haaa apa lagi.baru hegeh2 nk share..itu pon line kejap ada kejap xde.ahahah..tambah lagi sy x guna line di tepon..harap wifi broadband je..hehehe..buruk benau asyik hadap phone..sampai satu keje x hadap

    ReplyDelete
  11. Kebetulannya.. Dua2 kmpung aku tu.. Internet adlh spesis yg sngt jarang dijumpai

    ReplyDelete
  12. alhamdullilah, kampung saya jauh di new zealand, payah nak dapat internet =P

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Macam lana dani, cuti raya, betul2 lana manfaatkan. Takda online2. Message2 pun takda. Hadap handphone pun sblm tido je.

    Tengok sedara mara pun, ramai jugak yg betul2 beraya, takda yg online je.. raya sthun skali..waktu mcmni je dpt jumpa sedara mara. Sayang kalau kita tak betul2 raikannya.

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah