Paint Tool Sai / sketch / fashion illustration / artwork August 2013
Sesiapa yang dah lama mengikut blog dan instagram ni mesti dah sedia maklum aku ni suka sangat lukis ilustrasi fesyen daripada Shea Rasol yang mana Shea adalah antara ikon fesyen muslimah yang aku suka tengok.
Dekat instagram ada yang pernah tanya aku guna application apa untuk buat benda ni. Siap minta share apps apa lagi. Huhu. Fyi, lukisan tu tak guna apa-apa apps.
Aku lukis secara digital melalui netbook dan tetikus je. Takda tablet pun. Sedih kan. ngeheheh. Buat masa ni selesa guna tetikus. Sedangkan wartawan yang interview aku dulu tu pun terkejut bila dapat tahu aku buat guna netbook je. Ingatkan guna tablet katanya.
Tempat melukis aku guna Paint Tool Sai (SAI). Lebih mudah daripada Photoshop. Mohon google kalau nak tahu lebih lanjut. Ilustrasi macam kat atas tu aku lukis sepenuhnya guna SAI. Daripada kepala sampailah ke kaki. Untuk lukisan lain aku gunakan Excel.
Memang ada apps yang boleh tukar gambar real jadi kartun, tapi bukan lukisan aku ni lah sebab yang tu memang kena lukis sepenuhnya sendiri. Sebab tu ramai macam salah faham dan tak nampak gambaran. Harap jelas di sini.
Sekian.
ya Allah pakai mouse je jadi gtu!!! hebat gilaaa lah dani ni... hebat!!!!!
ReplyDeletehahaha hebat apanya Innanie. terketar2 guna mouse
DeleteSalam.
ReplyDeleteDani ekspreskan fesyen melalui lukisan.
Sekian.
hihihi
salam. nanti claim hadiah di kaunter 2
Deleteadore ur art >_<
ReplyDeletethank you :D
DeleteCantik sangat.
ReplyDeletecantik kan dress tu
Deletealahainya comelnya doodle..
ReplyDeleteMy recent post : Coolkan Blog Dengan CoolBlog
hehe terima kasih
Deletesama la dani pakai mouse je.. lebih selesa, tp tu la ada gak yg xdpt nak hargai hasil seni ne.. ingat pakai apps yg ketik sana ketik sini terus jadi..
ReplyDeletehuhu. harap mereka di luar sana faham tentang ni
DeleteEverone has their own style.Kudos to you for having a unique style, nothing similar to other artist. Kalau Day memang tak mampu nak guna mouse. mau tetikus skali ngan PC campak dari tingkat 5. Sama jugak pasal software. Day dah cuba pakai Paint tool sai, guna vector pen tapi memang tak kena dgn style. Sbb tu lebih selesa free hand guna tablet. Apa-apa pun janji selesa dgn style kita sendiri. Jgn hirau org yang xtau betapa susahnya nak hasilkan satu2 artwork.. Yg penting diri sendiri yang puas hati.. just my two cents.. Keep up the good work
ReplyDeleteyup, janji selesa dengan style sendiri. itu paling penting. kalau nak ikut orang, susah jugak. terima kasih Dea :D
Deletedh lama tinggalkan tablet..mouse selesa sejak ada SAI..good job dear.suka detail awak
ReplyDeletekan kan. SAI ni senang. oh ya,hasil kerja MIJ cantik dan kemas. tak tahu pulak dah lama tinggalkan tablet. meh la tablet tu kat I. hehe
Deleteterbaekkk Dani..:)
ReplyDeletetabik springg..tuk pakai mouse tuh..toingg3!!
*cium tetikus. eh eh ehhh
Deletekena tabik dengan hang.,.. lukis dengan mouse pon ohsem... aku guna tablet pon terketor ketor..
ReplyDeletedan aku nak kata, photoshop lagiiiiiiiiiii senang dari SAI.. kakakakakkaka... tak dulikk... nak kabo jugak...
amboi. ok foinnnee.... PS lagi senang dari SAI kan. hahah
Deletehe3..cantik sgt artwork 2 =) kagum la tgok
ReplyDeletelukisan biasa tapi terima kasih. hehe
Deletealways talented! boleh pergi jauh ni dani! =)
ReplyDeletedoa tu. saya aminkan je. hehe terima kasih :)
DeleteAssalamualaikum... Dah lama xmasuk blog (setahun je pun...)...
ReplyDeleteTerasa teringin plk nk jenguk blog dani neyh... sblum ni dani biasa2 je, skrg dh GEMPAK GILA...!! Akak admire lah dgn kepandaian ke-terror-an kekreatifan dani ni...wish i could be like u...dulu pernah jgk try lukis guna excel,hasilnya, ok lar kan wlupun xsehebat kamu...
akk xpnah komen,ni 1st time komen cz teruja sgt tgk blog yg dh smkin advance ni...keep it up,n gud luck!!! Btw,katon2 kamu lukis tu sgt comellllll....
SANGAT SANGAT COMEL!
haha. saya lukis pun biasa2 je kak. terima kasih atas pujian tu kak. alhamdulillah terima kasih sangat :D
DeleteHa,nk tahu, setakat ni dah brpa byk katon2 yg dani buat ni?? Klu akk nk beli in the form of .jpeg or .jpg or .png, how much will it be ye? Tanya jer...
ReplyDeletemore than hundred. kalau ready made (tak termasuk customer punya) harganya dalam RM25+ macam tu
DeleteRatu Mouse ni, osem illustration!, plg best pakai netbook :D
ReplyDeleteratu tikus? hahaha
Deleteada tips untuk paint tool sai untuk noob macam saya tak?
ReplyDeleteasas boleh belajar dekat blog cheebesdoodle. ada dalam bloglist saya
Deletenak lukis muka bulat pakai mouse pon susah kot..
ReplyDeletedahsyat aa~
hahaha. bulat tu tak perfect. berkali2 bagi jadi betul2 bulat. kemain payah
DeleteNice drawing... Sangat kagum u pakai paint
ReplyDeleteterima kasih. tu je tahu buat. senang sikit je. kalau PS memang tak reti. hehe
Deletekalau dani boleh guna pen (yg org slalu guna utk melukis secara digital) rasanya lagi seronok kot dani berkarya..^____^
ReplyDeletetu la. teringin sebab dah lama tak melukis by hand ni. selalu mouse je. kalau lukis guna pen digital tu saya suka sebab lukisan nampak lagi best, bagi saya. hehe
Deletecantiknya dani lukis!
ReplyDeletesy banyak belajar lukis guna paint tool sai dan excel dari blog ni.
thanks banyak banyak :)