What day is today?

Dulu aku ni cikgu tadika. Korang yang dah lama follow blog ni mesti dah tahu perjalanan hidup sebagai guru. Er, aku ni bukanlah seorang cikgu yang kental macam cikgu-cikgu yang ada sekarang ni.


Pasalnya aku bertahan dalam setahun je. Sungguh la tak kental diri aku ni. haih. dan aku sendiri tak percaya aku jadi cikgu masa tu. Macam, biaq betoi!


Walaupun tak lama jadi cikgu, tapi sangatlah banyak pengalaman yang aku dapat dan aku ingat sampai sekarang. Rasa bangga tu pun ada jugak bila kawan-kawan masih panggil aku cikgu. Hahaha.


Teringat satu kejadian yang mana masa tu aku baru mula nak mengajar. Gila ketaq lutut mengadap budak-budak ni. Aku kena jadi guru kelas budak 5 tahun.


Ikutkan gred SPM, penyelia letak aku sebagai guru Bahasa Inggeris. Ok la tu, boleh speaking london hari-hari walaupun berterabur grammar. Tapi nak mengajar budak-budak tadika takdalah kena guna bahasa tinggi kan. hihi.


Anak-anak murid aku semua dah siap beratur lurus-lurus. Laki perempuan asing. Paling depan adalah yang paling rendah dan paling comel. Macam aku dulu. Macam cantik jer macam cantik jer macam comel je macam comel je, macam comel jer. 


Aku arahkan anak-anak murid masuk kelas. Sambil aku tunggu tepi pintu, sambil tu jugak aku tengok gelagat budak-budak ni. Ada yang tolak kawan, ada yang gelak-gelak, ada jugak yang tak nak masuk kelas. Ha yang tu memang tak reti nak handle doh. Dia punya nangis tu macam ada orang cubit dia.



'Kalau masuk kelas, teacher bagi food. Nak? Nak? Sedaaaappp. Rugi kalau tak masuk kelas.'



Terus dia berhenti menangis. Diam.




Ha tanda setuju la tu.



Lepas semua dah masuk kelas, ambil tempat duduk masing-masing, aku berdiri depan whiteboard. Everyone was quiet. Ei....malunya lah hai. Tak pernah mengajar budak tetiba kena ngajar. Tak tahu macam mana nak start. To get the kid's attention, aku cakap,



'Setiap kali masuk kelas, kena cakap Good Morning Teacher. Ha cuba cakap Good Morning Teacher'


'Good Morning Teacher!'


'Very good. Now sit down. Sit Down maksudnya duduk.'




Aku capai marker pen. Disebabkan white board begitu tinggi, aku tulis ikut mana sampai je. ppffttt..



Monday.




'Ok semua, what day is today?'





Krik. krik.






'Ok ikut apa teacher cakap, today is Monday.'




'Today is Mondayyyy!!"




Semangatnya la diorang ni. Bagus bagus.




'Ok good. Anak-anak teacher sekalian, Monday tu apa? Siapa tahu?'




'Monday tu pakcik jual roti canai tepi rumah saya, teacher.'





Marker pen jatuh.



Huh hah huh.




43 comments:

  1. haha.. 'Monday tu pakcik jual roti canai tepi rumah saya, teacher.' ? lawaknye XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin the pakcik namanya Mandey. idk. hehe

      Delete
  2. sabau jelah dengan anak-anak ni =)

    ReplyDelete
  3. bukan mudah menjadi seorang cikgu..serius..suka budak2 paling sesuai..tabah menghadapi kerenah budak2..tak semua org boleh sabar layan kerenah budak..dpt plak yg degil kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. kalau tak mampu tahan, memang takkan bertahan. kental jiwa guru2 kita ni kan. mereka hebat.

      Delete
  4. Replies
    1. itulah yang dimaksudkannya kot. haha

      Delete
  5. ha3..dah mcm mengajar sy je..ikot je baca semua ni =) cngu mgjar pn kenalah bt prgai ala2 comel budak2 jugak kn he3...kelakar plak sy bca..pgalaman yg best tu cikgu Nurdani..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman yang takkan dilupakan. hehehe

      Delete
  6. hahahahaha.. jernih je jawapan dia monday tu apa.. tp rasanya kalau layan budak2 ni rasanya akan banyak ketawa kot tengok telatah masing2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ha ah. sangat2. sebab masa saya tengah stress benda lain, hilang terus stress tu sebab layan karenah budak2 ni

      Delete
  7. omaiiiiiii....

    so kiut!!

    *dani kecik la, same saiz dgn murid2. hihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. masa main2 dengan diorang pun, parents confused mana anak diorang

      Delete
  8. rotan cikgu dani, buat ayat perenggan ke enam tu berulang kali. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam sakit je. macam sakit je. macam sakit je

      Delete
  9. tga ngadap dak2 tadika ne.. seronok.. n xstress.. kena tahu usha dorang belajar.. tak garang tapi tegas.. ermm anak org boleh jaga.. anak sendiri tak boleh controll.. haha =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. ada jugak kena pergi kursus, nak kenali anak-anak murid dan cara handle diorang. banyak lagi nak kena belajar saya ni kak. hehe

      Delete
  10. hahahahh jawapan yg sangat tidak disangka-sangka~ XD

    ReplyDelete
  11. ha ha...tebaekk punye jwpan :p

    penah gak merase jdik cikgu tadika...x smpei sebulan daa...:p

    ReplyDelete
  12. Hari first masuk kelas adlah hari yg menggerunkan. Bila dh biasa ok la. depan budak2 kecik ok lagila. cuma nk melayan time hyperaktif tu datang kena kesabaran yg tinggi dan softskill yg mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. itu yang jadi masalah aku dulu tapi alhamdulillah dengan menggunakan skill melukis komik kat whiteboard, diorang ni boleh layan cite karut aku dan bagi respon.

      Delete
  13. kakakakaka... cikgunye pon, ajolah step by step.. kakakakka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dah kata takda pengalaman. hahaha

      Delete
  14. hahaha..lawak betul jawapan budak tu.punyelah semangat cikgu dani terangkan tadi die boleh cakap pakcik jual roti..mesti kecewa kan bile dengar..agak agak rasa nak makan budak je..hehe..ape pun jadik cikgu tadika kena sabar dan kena selami jiwa budak budak gitu..tapi baguslah ade pengalaman :)

    ReplyDelete
  15. cikgu ni tahap kesabaran kena tinggi hheehheh

    ReplyDelete
  16. HAHAHAHHAH MONDAY is pakcik jual roti canai dek KOMPLEKS sgt tuuhhh!!! hahahhaa...btw hi there thanks a lot! <3

    ReplyDelete
  17. awak kecik sgt ke dear?**ckp kecik kang ckp kemetot marah pulak..hehhee

    ReplyDelete
  18. Salam.

    hahaha, apa la yg budak2 tu ingtkn smpai gitu jwpnnya,hahaha

    Boleh semput tahan ketawa lana kalau dpt ank murid mcmni,hahahah

    ReplyDelete
  19. HAHHAHA, tersedak pak cik jual roti canai tepi rumah budak tu XD

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah