Tak berapa nak fast and furious

Perempuan selalu dikaitkan dengan pemanduan yang tak cekap. Kat youtube pun kemain ramai perempuan memenuhi video stupid driver. Paling banyak pasal park kereta la. Aku tengok pun sebenarnya rasa geram jugak. hahaha. 


Tapi tak semua perempuan bawak kereta macam tu. Ada yang cekap dan ada yang cepat gelabah. Entahlah, aku cuma harap pemanduan tak cekap ni tak ditujukan hundred percent kat wanita je. Sikit-sikit bila nampak kereta depan slow ke apa, mesti mulut nak cakap 'ni mesti pempuan'. Sampaikan aku pun kadang-kadang tersebut. Ha kau..


Sebab tu kalau aku keluar memandu aku akan pastikan pemanduan gaya cekap mutu keunggulan. Macam nak orang kata 'oh dia ni bawak ok. cekap. tak semua perempuan tak cekap.'  kira macam tu la walaupun aku bukanlah cekap macam orang lain. At least aku kekal berhati-hati dan ikut peraturan jalanraya.


Aku dikira pemandu aktif la. Potong, selit kiri kanan tapi masih jaga had laju cuma aku jenis tak suka kat depan ada lori, bas, treler dan kereta sedang bersiar-siar. Kalau berdepan situasi tekanan macam ni, memang kasi potong la tapi bila jem, nak je aku guna cheat code gta, flying cars.


Teringat satu kisah yang berlaku kat aku baru-baru ni. Di highway, aku kat lane tengah. Sedang leka memandu sambil melayan lagu di radio, aku perasan ada kereta myvi kat belah kanan aku. Tengok gaya macam nak potong tapi dia tetiba slow-kan kenderaan bagi seiring dengan aku. 


Aku cuba jeling-jeling sikit. Dua laki muda dalam tu. Tak tahu apa motif samada baik atau jahat. Aku tak risau sangat sebab banyak jugak kereta masa tu. Apa-apa hal bersedia je. Tangan dah get ready kat gear so sambil tu aku tawakal, biarkan dan teruskan pemanduan. Wat lek wat pis orang zaman sekarang kata. 


Aku takda pun tambah kelajuan, tiba-tiba aku perasan kereta aku dah potong kereta myvi tu. So aku terus je la memandu. Dan dan kereta myvi dinaiki dua jejaka tak dikenali tu melajukan kenderaannya dengan penuh vroom vroom. 


Aih...lain macam pulak deme dua ni. Sampai je dekat tol, kitorang bersebelahan. Aku bagi duit cukup-cukup so palang naik dulu la. Terus aku tekan minyak. Aku nampak palang sebelah baru nak buka, dia tekan minyak sampai bunyi sreeeettttt kau.....


Terus dia laju memotong sampai tak nampak bontot kereta dia dah. hahahahaha. Aggressive driver. Dia mungkin guna cheat code YLTEICZ.



Aku geleng kepala. Dia dah rasa menang la tu.



Aku takda niat pun nak cabar pemandu tadi. Serius. Sebab takda faedah. Apa aku dapat kalau dapat potong dia? Kos sara hidup boleh turun? Eh. ke situ pulak.

 

30 comments:

  1. sabar2..topik pemanduan ni mmg hangat

    ReplyDelete
  2. hahha... giler la cheat code tu. sebenarnya driver pompuan ni agak ganas. kalau keluar jalan ke simpang tu menonong je. bila kena hon tuduh orang tak sabar.
    aku tau sebab aku pernah jd penumpang keta2 pompuan ni.
    skang ni kalau naik keta makcik2 aku, aku slalu doa dia bg aku drive, tak sanggup menahan gelora debar di dada. walaupun sbenarnya takde apa2 pun yg berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. menonong tu bahaya.tapi aku meluat betul kalau ada yang rapat dengan bontot kete. kebanyakkannya laki. aku takut orang depan brek mengejut, aku terkejut, dia pun langgor ke apa. risau.

      Delete
  3. pasal spesies yg pantang dicabar tu, aku ada sorang kawan mcm tu. tp time naik motor la. keta taktau plak camne. bila orang acah potong (aku le tu yg acah) dia mesti potong balik. dia tu selalu jdi bahan permainan kalau bawak motor konvoi sesame. kaki pecut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu le dia. hahaha. acah le lagi. pantang dicabor betoi

      Delete
  4. alaaa.. biasa laaa kengkadang ade pemandu lelaki pantang tengok orang puang bawok kete, bile kene potong rase tercabo.. haa gitu.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho tu namanya lelaki tak matang dan ada masalah self-esteem + inferiority complex, aku cukup kesian ngan spesis cmtu, cukup kesian...

      Delete
    2. aujinz : ko ke? :D

      plain83 : sangat2. selalu tengok benda ni terjadi. pernah jugak masa drive, ada pemandu lelaki ni saja rapat2kan kereta. nak saing

      Delete
  5. Ehehe..kalau kos sara hidup boleh turun dengan memotong nak jugak pecut kan dani..Rasanya diri sendiri pun pernah cakap camtu gak"ni mesti driver perempuan'..hehe.mungkin dah terbiasa dnegan ayat ni tapi ada jugak pemandu lelaki yang suka bersiar² dijalan raya tu..asyik salahkan perempuan je tak acilah kan.Apa pun kita kena memandu secara berhemah.Kata amek lesen kan.Tak perlu gelabah atau tak ikut peraturan jalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhemah tu penting. tak dinafikan ramai laki bawak kete cekap lagi2 kalau park kereta. tapi ada jugak terselit pemandu lelaki yang park kete macam dia pakai kete limosin.

      Delete
  6. haha lawak gila lah guna cheat code..betul tu bkn semua driver perempuan x bgs, saya bawak bagus je...hehe

    ReplyDelete
  7. selama ni siyes aku tengok ramai giler pemandu berjantina lelaki yang drive mcm cilaka... yg reverse menonong laju keluar dari tempat parking smpai langgar keta akak aku, pastu yg bump keta aku dari belakang time traffic tgh crawling kat area parking mall, yg suka main tukar2 lane tengah2 jalanraya tanpa bagi signal, smuanyerrr lelaki... siyes cam cilaka, ooops sorry terkasar bahasa skit, pengalaman aku je la kot? kekeke... gomenne!! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dalam kategori kelam kabut dan bajet pro. aku pun tak suka. kalau cekap gila tapi langgar kereta orang ni aku tak berkenan. tu bukan cekap da namanya. hehe.

      aku bengang masa treler kat belakang kete rapat gila dengan kete aku. da la kete depan banyak. kang dia terbrek mengejut, tak ke naya aku kena dengan treler? pemandu treler yang sewel dan tak ikut hadlaju

      Delete
    2. http://my.news.yahoo.com/women-more-dangerous-drivers-men-144925649.html

      hehehehe...

      Delete
  8. kadang2 jumpa gak org mcm tuh masa berhenti kat traffic light. sambl tggu hijau tuh, maen tekan2 minyak kasi bunyi "vroom" sambil jeling2 aku. bajet nak provoke ajak lumba la tuh. tp xde faedah nyer la ajak aku. aku lagi sker jimat minyak. jd tekan pedal minyak takat ala kadar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. mesti dia bengang 'pelawaan' untuk street race takda respon

      Delete
  9. perempuan memang akan di kaitkan dgn pemanduan..mana2 kalau lembap ke potong ikt suka hati ke pasti akan ckp itu perempuan.tak nafikan kekadang perempuan mcm tu..sy pon mengomel jugak..TAPI..tak semua prempuan..kan..kan.."lama x memandu sejak ada somi ni.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. memang ada yang bawak tak ok tapi tu la, tak semua. ada jugak yang bawak ganas macam keri cakap

      Delete
  10. alahai biarkan dia feeling nak race sorg2..haha bab perempuan memandu ni..emm pernah terkena jugak..bkn semua tp jenis perempuan depa xmau mengalah..cth mcm nk msuk smpg yg sesak..bg la chance sikit..ni tak, mostly pemandu laki yg bg toleransi..huhu tak semua prmpuan ye..sbhgian kecil je..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh itu saya harus bersetuju. pernah jumpa macam tu. tak dinafikan

      Delete
  11. dia nak ngurat la tu, tapi hati hati, gangster lebuhraya pun banyak sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu paling merisaukan saya. kadang2 ada yang macam sengaja rapatkan kereta. takut kes sengaja langgar untuk samun

      Delete
  12. Assalamualaikum.

    Ikutkan hati kan dani, setiap hari buat entry psl kerenah pemandu kt mlysia ni, mmg hari2 pun sakit hati,hahaha

    Tapi baru ni, masa nak parking kereta, perasan ada satu kereta ni, driver perempuan. Punya la lama dia parking kereta, dah masuk dlm petak, lepastu lana tgk dia keluar n pusing balik, parking balik. Lana dah sudah parking, dia tak selesai2 lagi. Geleng kepala (-_-)

    Yang lelaki pula, dekat tol pun nak cari pasal. Duk tekan2 minyak. Perasan bagus, huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. hahahaha. kisah yang takkan berkesudahan. tu la Lana, ada sesetengah bila park kete ambil masa. ada jugak yang makan ruang. tu saya tension betul

      Delete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah