Dah lama dah sebenarnya lukisan ni disimpan sebab Muhammad ghazali order lebih awal, siap pun awal. Tunggu masa nak publish je. Kata Zali, lukisan ni nak guna untuk bunting dan lain-lain. Aku pun belum dapat lagi gambar dari beliau sebab katanya busy. ok ok takpa, bila-bila boleh je email pada saya. hehe.
Jemputan ke kenduri kahwin Zali Azah 28hb Disember 2013 yang lepas aku tak dapat datang. Kalau tak, memang selfie banyak-banyak dekat bunting tu. hehehe. Sorry sangat Zali dan Azah. Terima kasih jemput saya dan keluarga.
Cantik sangat kad kahwin ni. tapi pic den tak berkualiti sebab smarphone tak cukup canggih gamaknya.
Ok cerita bab lukisan, Zali email banyak gambar sebagai rujukan aku. Memang membantu. Zali minta satu pegang fan, satu lagi Azah pegang bunga macam kat bawah.
Tudung mesti labuh sebab ada satu draft ni aku buat selendang yang tak cukup labuh. Nasib baik beliau kabor ke den. Den tukau cepat-cepat jenis tudung. Jadi tuan puan sekalian, tegurlah saya andainya ada terlepas pandang mana-mana atau tak menepati piawaian.
Ada jugak lukisan yang mana muka Azah hanya senyum dan Zali nampak gigi. Draft tu semua dibuat sebab pengantin nak pilih mana yang paling ok. Kalau aku jadi customer pun, aku nak yang the best tapi serius bukan senang nak bagi orang puas hati kan? Dalam dunia ni takda yang sempurna :)
Tahniah sekali lagi kepada Zali & Azah. Semoga perkahwinan bahagia hingga ke syurga.
nice. practice make perfect.
ReplyDeleteterima kasih :D
DeleteBetul tu dani..kene buat sampai customer puas hati..yang penting karya dani memang cantik!
ReplyDeleteterima kasih fiza! :D
Deletecantik! suka3!
ReplyDeleteterima kasih timm :D
DeleteCantik sangat2 .. Suka nyaa tengokk
ReplyDeletetimo kasih Afiqah :D
Deletetone warna memang terbaik. smooth dan lembut
ReplyDeleteterima kasih. aku try improve apa patut sebab macam tak ok lagi.
Deletenice sis :)
ReplyDeletemaceh2. hehe
Deletewah makin lama makin hebat!! tapi kalu dani practice make perfect tang tona bagi lagi smooth hilangkan kesan comot hitam-hitam lagi hebat berganda!, Vitagen!...ahahah :P
ReplyDeleteterima kasih2.
Deleteha tang mana tu fi? sila highlight kat belah mana
Salam.
ReplyDeleteGabungan baby blue dgn pink lembut..soft je tgk ^^
salam. maceh Lana.. ikutkan memang ramai nak pastel
Deletelembut betul tone kaler..macam ala2 pastel..
ReplyDeleteHai hai haiiii thanks for posting this :p
ReplyDeleteWah! Comel lah kad jemputan kahwin tue. Kebetulan saya suka kumpul kad jemputan kahwin.
ReplyDelete