Bawal selendang

Sekarang ni ramai dah orang yang gayakan tudung bawal macam-macam cara. Paling kreatif yang jadikan bawal ala-ala Fareeda tapi ada jugak la aku try, asyik gagal je. kekeke. Malas nak pin lapis gamaknya tapi memang cantik la gaya tu. Lagipun aku lagi suka gaya macam apa yang aku nak share ni.


Tak tahulah ada orang dah kongsikan ke tak sebab serius aku tak tahu. Ni pun kawan aku, Sha yang ajarkan cara transform bawal jadi selendang. Sangatlah simple sebab tu aku suka. Paling penting cover apa patut la. Aku share dalam bentuk lukisan je pasal malu le nak letak muka sendiri. mihmihmih.


Aku suka bawal bidang 50 sebab lebih besar. Bidang 45 pun ok cuma lebih besar tudungnya, lebih baik. Kadang-kadang aku beli je bawal macam ni dekat pasar. RM5 je pun tapi kualiti ok. Garis-garis kat bawal tu konon-konon kesan lipatan la. heheh.




Ok, korang yang wanita ni sila lipat dua tudung bawal korang ya. Kang tak mention jantina apa, ada pulak lelaki komen dia tak pakai tudung. cc Keri. kehkeh.




Lepas tu pastikan antara kiri atau kanan lebih pendek dari yang lagi satu ya. Macam dalam lukisan tu. Aku suka bahagian pendek tu separas dengan atas chest atau bawah leher sebab belah lagi satu tu nak dipin ke atas kepala.


Bahagian pendek tu aku biarkan je macam tu sebab nak tarik yang tudung panjang ke atas. Kira tak nak pin banyak sangat la.






Macam ni. So bahagian belakang tu masih dapat cover apa patut. Itu sebab la lebih besar tudung, lebih baik. Pastikan baju tak jarang.






Dan jadilah macam ni. Adjust apa patut untuk cover apa patut. Tudung yang bahagian pendek tadi tu silalah pinkan bersama bahagian yang ditarik ke atas kepala untuk cover leher dan belakang. Lupa pulak nak lukis pin kat bahu kiri kartun.






Adjust kelabuhan tudung dan siap! Bawal jadi selendang. Inilah gaya yang aku suka sangat sekarang sebab berlambak kot tudung bawal zaman belajar dulu. Tak dipakai sekian lama sebab kerap rembat syria je. Bila pakai bawal ni automatik nampak muda belia. Er...bagi aku la. Hehe. Janji menutup.


Terima kasih Sha Emirates sebab ajar aku hari tu. Tak tahulah benda ni dah lama orang gayakan, tapi tetap aku rasa nak berterima kasih. Takdalah tudung bawal dalam almari tu terbiar macam tu je.




Terima kasih baca! :)


33 comments:

  1. macam² style ada..anak buah fiza ade ajar cara ni..kene guna bawal bidang besar baru menutup apa yang patut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Takda la asyik nak tarik2 tudung je

      Delete
  2. dah bertahun2 x pakai tudung bawal..asyik rembat syria jer..Pasni nak try bawal ala2 fareeda tu.Mcm cantik jer tgk org lain pakai..upsss..bukan mcm...tp memang cantik klu kena gaya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik yang style Fareeda tu. Tudung2 bawal tu akhirnya taklah terbiar je. Hihi

      Delete
  3. Wow.. x pernah tahu lg cara ni. nk cuba laa.. thnks~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Maaf eh GM n semua pengkomen sebab internet baru nk laju ni. Nanti saya terjah blog u ollssss hihi

      Delete
  4. hahahaha...weii aku dah berhijrah skang ni... dah pakai tudung wooo...
    ko jangan nak buruk sangka sangat

    ReplyDelete
  5. lebih tepat dan spesifik.. aku berhijrah lepas baca entri ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha

      *hentak siku kat dinding

      Delete
  6. hehee yisss~ sumtyme i wear my tudung2 bawal yg besar tu like dis also~ ;3
    (baca ayat ni dgn suara n gaya mcm seekor kucing gedik sedang bercakap)... hahaa X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha amboi.........nak je tendang

      Delete
  7. Hahaha tak pasal keri kena. Ha'ah..sekarang ni memang pakai bawal je. Shawl kekadang je. Bawal tu kadang buat gak macam dani buat. kadang tu pakai je macam biasa hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. ikut kerajinan jugak. tapi buat masa ni memang gayakan cara tu sb muka nampak matured sikit :D

      Delete
  8. hmm bawal..

    sedap jugak ikan bawal masak laksa

    ReplyDelete
  9. pastikan labuh menutupi bahagian dada

    ReplyDelete
  10. terima kasih tutorial..skang ni bawal dh kembali balik.kalau dulu pakai masa zaman sekolah mahu pon kolej..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... banyak sangat bawal2 dalam almari. sayang kalau dibiar macam tu.

      Delete
  11. Dari dulu lagi aku tak boleh beza tudung, syria, bawal hatta ikan kembung sekalipun.. ~

    ReplyDelete
  12. dulu shida minah bawal dani tp lepas2 dah de syria dah suka plak pkai syria..nk pkai bawal balik dah xreti huhuu..

    ReplyDelete
  13. TT_TT
    senang cemtu je ke?
    hhihihihi thanks share ni kak :D <3

    ReplyDelete
  14. Cik Kumbang pun pakai style macam ni skrng...rasa selesa & kemas :)

    ReplyDelete
  15. Salam.

    Pernah cuba pakai selendang, shawl, syria, yg seangkatan dgn semua tu..tpi tak menjadi la dani..
    Sudahnya, smpai skrg tetap dgn tdg bawal. :)

    ReplyDelete
  16. TQ sudi share teknik bawal membawal ni hehe.
    Tapi serius suka tengok perempuan gaya ni, ringkas cantik dan paling penting tutup apa yang wajib.

    ReplyDelete
  17. hmmm tutorial comel sangat! T_____T

    ah finally paham pun cane nak buat bawal as shawl. tq!!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah