My workstation #2


Hari tu aku ke Ikea Damansara, ha dapat jugaklah rembat lampu dinding, plant pot dan lack wall shelf. Masih belum sempat install lagi tapi dah siap susun dalam sketch up. teheee. Cat baru tukar sebab dinding lama dah pudar bertompok-tompok. Tahun ni pilih blue sky. Rasa tenang sikit.



Katil sebenarnya kaler putih, cadar hijau kebiruan bercorak vintage.




Buku takda la sebanyak tu. hahah. Er laptop pun bukan kaler peach. Just bagi gambaran.



 
Rak dinding tu akan dihias apa perlu. Sebenarnya kat meja ada plant pot dan lain-lain hiasan. Tak dapat nak letak dalam software ni. loading kemain.






Aku tak pasti lagi nak letak lampu dinding kat belah mana. Kat atas kepala frame ke, kat atas rak dinding tu ke..hmm...kena belek pinterest la nampaknya sebab kat situ banyak benor dekorasi melampau lawa.


2014 ni tercapai jugak impian nak deko bilik ala-ala English gitu. Aku ni hias ikut suka je. Kalau pakar pereka dalaman tengok, mesti geleng kepala punya. hehehe.


Aku beli barang tak la segedebuk cash sampai riban-riban sebab aku suka beli sikit demi sikit. Tak nampak sangat duit tu laju bak Ferrari Italia. 


Jenis aku ni kalau nak apa-apa, aku target dulu. Contohnya nak bookshelf dan lampu meja. Jadi, bila keluar tu aku akan beli dua benda tu je. Takda dah nak belek benda lain masuk troli sebab aku fokus pada target. hee...


Itu je la nak cerita hari ni. Terima kasih baca....


33 comments:

  1. Replies
    1. tu belum lagi masuk barang2 lain. haha. tapi memang suka benda simple

      Delete
  2. kat rumah saya pakai wallpaper, confirm tak tukar sampai bila2 .. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha lagi best ya.jimat tu encik ewan

      Delete
  3. cantik dah lakaran ni..in real mesti cantik sangat ni ni dani..ni yang nak dok bilik je..lagi banyak idea camni nak buat kerja kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in reality tak seindah tu. hahaha. tapi lebih kurang la gambarannya. cuma tak dapat tambh barang2 lain so tak nampak real sangat macam asal. nati dah siap, baru buat perbandingan

      Delete
  4. ingat bilik dani betul2..baru nak kagum..tapi kagum gak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas siap apa patut baru kongsi sikit kat sini :D

      Delete
  5. Sesuai letak blue sky
    nak mendesign pun tenang je rasa nanti hee

    ReplyDelete
  6. rajin nya hang dok design bilik dulu.. koh koh koh

    ReplyDelete
  7. simple + stylo = Dani

    heh heh heh

    ReplyDelete
  8. Selalu tgk sampel susunan bilik,
    kemas, teratur dan sentiasa menarik...
    Tp masalahnya, bila dah jadi bilik sendiri, barang byk sgt...
    work station pun dah tenggelam dgn baju, tuala, buku, surat, kertas bla bla bla...hahahah

    Dapatkan buku KAMI! di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha saya harus bersetuju. macam2 ada. letak itu ini sampai serabut pulak.

      Delete
  9. Warna baby blue dan green sudah okey. Kerusi warna apa? Saya angguk-angguk kerana bilik tidur milik Cik Nurdani :)

    Dari segi pilihan lampu, pilih ikut keperluan. Kadang-kadang lampu meja sudah boleh jadi dua fungsi. Satu untuk belajar, tarik kelapa lampu untuk membaca di katil pula.

    Apa-apa pun nice job.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerusi mungkin warna putih, kuning terang atau peach/pink sebab nak samakan dengan frame vintage dan cadar tu. tak pasti mana yang lebih ok.

      terima kasih Encik Hazlam sebab datang komen. hehe, segannya rekaan tak lawa. terima kasih bagi pendapat

      Delete
    2. Kelapa typo (kepala). Sama-sama. Kalau kerusi biasa letak sekali kusyen supaya sokong belakang badan. Kalau kerusi kerja (seperti pejabat) tiada kusyen pun okey.

      Delete
  10. wau, tak sangka aku baca sampai habis..

    btw, apa kaitan pinterest dengan dekorasi lawa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat pinterest ada makeover bilik yang cantik2. kat situ boleh dapat inspirasi

      Delete
  11. cantiknyaaaaaa......0__0

    :)

    ReplyDelete
  12. ...laju bak Ferrari Italia... pergh, heheh ;3

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Nanti dani try tgk Houzz.com gak eh.

    ReplyDelete
  14. rindunya nak guna 3Dmax lepastu main design2 rumah T__T

    design lawa! lampu molek dahh kat situ. ;D

    ReplyDelete
  15. dulu time belajar rajin deco tempat nk study..tp dh keje ni.x rajin cukup sekadar sedap mata memandang dear...hehhee

    ReplyDelete
  16. sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa! kemas je tengok :D

    ReplyDelete
  17. dalam gmbar dah lawo..kalo real lg lawo ni dani..haihh..tnjuk lah lepas deco tau..shida bilik share xdpt nk deco suka hati huhuu..

    ReplyDelete
  18. lembaga kat tingkap tu pun dekorasi jugak ke?
    *garu kepala

    ReplyDelete
  19. kak dani... ohsem sgt deco tuh. berkenan ;)

    ReplyDelete
  20. nice and simple...nk g ikea jugak ni nak decorate home ofis huhu ..

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah