Amalan Tok di awal pagi

Assalamualaikum. Ni nak cerita pasal tok aku yang dah berusia 70 tahun tapi badan maintain sihat dan bertenaga. Apa rahsia? Jom le baca....






sekadar ilustrasi


Tepat jam 4.30 pagi jam berbunyi. Tok bangun...



sekadar ilustrasi


Tok usap rambut dan muka sambil baca doa bangun tidur, ucap alhamdulilah dan berselawat..


 اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.
 
Maksudnya :  Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami kembali.





Sebelum bersugi, tok akan minum segelas air masak. Ini pun aku selalu amalkan sebab badan kita dah kehilangan banyak mineral masa kita tidur.





Lepas tu tok akan mandi dan bersugi. Aku kalau pagi-pagi macam tu memang mandi tak vroom vroom la. Sejukkkk....lagi-lagi air kolah/telaga.



Tahukah korang kelebihan mandi sebelum Subuh?

- boleh mengurangkan gelap bawah mata ( eei....aku la tu)
- melembutkan kulit
- melancarkan peredaran darah
- mengurangkan tekanan
- mengurangkan resdung


dan banyak lagi.





Solat Subuh.. segar badan.




Lepas solat, mengaji Al Quran...cerah mata dan hati..



Ha itulah perkara yang diamalkan oleh tok aku ni. Sebab tu lah badan dia sihat. Kalah aku weh. Kekadang lutut aku tetibe longgar. Badan lenguh-lenguh. Apa ni cik dani...tok hang yang umoq 70 tahun pun lagi sihat daripada hang yang baru nak masuk 18 ni. 


Eh 26. kihkihkih.


Ramai dikalangan kita ni sukar nak bangun pagi sebab mengantuk ya amat. Banyak kelebihan mandi sebelum Subuh dan ini juga antara amalan Rasulullah S.A.W jadi memang patutlah diamalkan bermula sekarang! Badan kita ni kan amanah daripada Allah. Tu la kena jaga elok-elok.




Terima kasih baca...semoga kita dapat amalkan bersama..


22 comments:

  1. Comelnya dan bagus betul nenek dani, hmmm... tetiba rasa sebak nih, atok dan nenek ai semua dah tak ada di sisi, dulu nenek dan atok pun rajin beramal macam nenek dani yang comel ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya.. :( saya ada tok nenek belah mak je. belah ayah dua2 dah takda

      Delete
  2. Rutin tok akak hmpir sme dgn rutin tok lia.. lia kalau dkt asrama bleh la mndi sblom subuh, kalau kt rmh, slps subuh bru mndi. Haha. Btw comella header akk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...dulu macam tu. kelas pukul 8, sebelum subuh dah beratur nak mandi. 3 tahun macam tu tolak cuti sem. kakaka. sekarang kena amalkan sebab banyak manfaat

      Delete
  3. Cayalah Tok. Aku pun buat macam tok hang. Tapi bab mandi sebelum Subuh tu tengok keadaan gak laaa.. kalau rajin, aku mandi sebelum subuh. Kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira rajin la ko ni eh... aku kalau mata terbuka luas aku pergi la mandi .kekeke

      Delete
  4. Jazakillahu khairan kathira kak dani. Terima kasih. Miza awal subuh ada bangun juga. InsyaAllah nak jadikan amalan :D

    ReplyDelete
  5. :)

    Terima kasih utk tok dan dani. InshaAllah sama² kita amalkan jom!

    ReplyDelete
  6. aaaaa....love your artwork, so cuteeeeee...and full with inspiration:)
    Halo from Borneo, Indonesia:)

    visit Style with Story • | instagram •

    ReplyDelete
  7. tok kak dani memang bagus.. yg muda ni ha tak terikut semua tu.. bila ntah nak berubah.. tapi insyallah akan berubah ..

    pssst: suka semua lukisan tu, comel2 blaka...

    ReplyDelete
  8. orang2 dulu2 memang rajin. walaupun dah tua bersemangat bangun pagi buat itu ini. kita yang muda ni pulak yang liat kan..=P

    ReplyDelete
  9. comelnya illutrasi tok dari dani ni.alhamdulillah, tok kita ni banyak amalan yang bagus kan..sihat dan cantik luar dalam walaupun dah berumur.

    ReplyDelete
  10. bab minum air masak sebelum bersugi tu mmg pernah dgr, pernah buat tp x istiqomah :-)

    ReplyDelete
  11. illustrasi yang menarik untuk senang ingat..^___^

    ReplyDelete
  12. masyaAllah, kreatifnya. kalau ada animation mesti luar biasa menarik.

    ReplyDelete
  13. Perkara-perkara sunat dan wajib dalam islam ada hikmah dan bermanfaat semuanya... nice sharing :D

    ReplyDelete
  14. sama lah kite..atok lg kuat adehhh ^_~

    ReplyDelete
  15. ok fine..18 pon boleh..btw ur illustration makin awesome...
    tpi kira kuat juga laa tok dani walaupun umur dah menjelma 70-an.. perghh!!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.

    Minum segelas air masak itu dah jadi kewajipan dah.. bila bgn je, mmg rasa haus gila. Sebelum tido mmg letak sebotol air sblh katil.

    ReplyDelete
  17. nenek aku pun memang bangun awal sebelum subuh. tp dah umur 80 ni memang sakit2 la.
    tapi lukisan tu memang lawa!

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah