sedihnya!

Iklan yang paling menyentuh masa 2006 sehingga sekarang! boleh sebak tengok iklan ni..huhu. pengajaran daripada iklan ni mesti semua dah boleh tau ape dia kan? jangan abaikan orang tua kita. jangan buat orang tua kita macam ni sebab satu hari nanti bila kita dah ada anak..benda yang sama kita akan dapat hasil perbuatan kita kat orang tua kita dulu.you all tengok la vide kat bawah ni.



sayangi dan hargai


Tapi iklan ni kena kuakan selalu kt televisyen sebab manusia ni insaf waktu tu je.a few hours later buat balik. macam dengar ceramah la..insaf sekejap je so sebab tu kena dengar ceramah ni tiap2 hari berbanding layan hiburan yang melampau...sebab ape? sebab hiburan tu melalaikan. kalau dengar ceramah ni hati ni dapat dipupuk untuk sentiasa ke jalan-Nya.mudah-mudahan..


daripada iklan aku cite fasal ceramah lak pulak..tapi ade kaitan la jugak tu kan?kan? Berbalik kepada iklan ni,sama-sama lah kita hargai ibu bapa kita selagi mereka masih ada. biarlah diorang membebel ke,macam2 yang tak kena ke sebab takut nanti bila diorang dha takda..baru la kita rindu nak dengar kena marah tu. 


baru la kita nak sedar betapa berharganya ibu bapa kita.nak balas jasa???? sampai mati pun susah nak balas sebab terlalu besar pengorbanan ibu bapa kita.


aku sekarang ni..dah jadi 'ORANG' (seseorang yang ada sesuatu) mendalam maksud tu. ibu bapa aku support aku dalam bidang kreatif ni even masa study dulu amik kos yang totally menyimpang.gagagaga. aku anggap takda rezeki nak dapat kos yang aku minat tapi itu bukan penghalang! kreatif tetap akan segar dalam kepala otak aku ni. 


THANKS MAK AND ABAH sebab support anakmu yang kecik gila2 ni untuk teruskan bidang kreatif lagi unik ni. sob sob...


p/s: entri lama yang di edit ..aih zaman read more dah berakhir.hehek

No comments:

Post a Comment

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah