Makcik hari ini nak kongsikan ilmu melukis menggunakan excel ni. Makcik sendiri tak tahu samada orang lain tahu fasal teknik ni ataupun tak..atau mungkin makcik yang "tertinggal ke belakang".
Apa pun nak kongsikan jugak sebab mungkin di luar sana or yang tengah baca entri ni masih tak tahu kegunaan lain dalam MS Excel.
Mari le tengok yek.
langkah pertama :
: buka MS Excel (kalau tak buka macam mana nak buat ye dak?)
: tekan INSERT-PICTURE (letak la apa-apa gambar sebagai panduan melukis dan ilham)
: tekan INSERT-SHAPES-Curve (mula melukis..buat ikut part. Senang untuk edit)
: kawal curve dengan sungguh cermat sebab takkan jadi bentuknya kalau buat dengan gelabah and gelojoh. Sabar tu penting.
: dalam gambar ni makcik buat topi dulu, kemudian rambut dan seterusnya bahagian badan yang lain.
: semuanya menggunakan curve sahaja. Op! Kecuali anak mata tu kena la gunakan Oval.
: bila dah siap melukis figure budak handsome ni, warnakan ikut kesukaan korang la kan
Gambar ni nampak je macam dah siap warnakan tapi sebenarnya belum lagi. Tak Nampak 3D sangat kan?
DONE! Yang ni makcik edit guna Adobe Image Ready.
: maaf la yop...penggunaan warna pun tak expert macam designer lain..makcik buat mana boleh je.heheh
Dibawah ni design makcik jugak. Sama je caranya seperti di atas. Kalau ada keraguan or persoalan, sila la komen dan makcik akan usaha tolong jawab.
Kereta proton saga fiore ni makcik buat sebab kawan makcik minta tolong buatkan untuk dia...tapi makcik tak kenakan apa-apa charge sebab buat sekadar mencuba dan suka-suka hati.
(kalau gila duit memang nak je charge.muahaha)
Gambar ni memang tak sharp..bak kata kawan makcik yang expert dengan software Ai...lebih cantik dan lebih sharp menggunakan Ai. Tapi tak mengapa...apa yang makcik share ni khas untuk mereka yang nak lukis guna excel. Diulangi...excel. so letak belakang kemas or tak sebab mencuba itu digalakkan.
Terima kasih sebab luang masa tengok karya makcik yang tak seberapa ni.
*p/s : sakit mata la pulaaakkkkk
serius tak tipu mmg cantik,
ReplyDeleteteharu pula melihatnya tak sangka m.excel pun bole lukis..
bg 5 bintang..:)
@LiFe KaMi terima kasih atas pujian tu! whoah....5 bintang...hehe
ReplyDeletecuba la dengan MS Excel..senang dan cepat :)
eh lawa juga owh
ReplyDeleteak tak pernah cuba lgi owh..
cmbest jer colouring der
hohohoh
@Raji berkata memang best. aku cukup obses dengan excel ni :)
ReplyDeleteterbaik lah!
ReplyDelete@FUZ.QYM.Y terima kasih!! :D
ReplyDeletesalam. cantik sangat cantik.
ReplyDeletesaya jugak ada buat tutorial lukis dengan excel tapi sangat ringkas dan tak cantik macam dalam blog ni. SINI
Teruja saya tengok lukisan pertama . saya peminat one piece...
@Zil-el-Saif : wah...pandai lukis guna excel jugak eh...great..jumpa geng :)
ReplyDeleteterima kasih atas pujian tu..hehe
saya pun peminat one piece.gila best kan
pergh!!!! smart!!!!
ReplyDeletehebat !
ReplyDeletemacam mne nak letak wrna,dan hilangkn grisan tuhh
ReplyDelete