Bila akhirnya aku... (the last part)

Kerja dekat mana-mana pun mesti jumpa dengan golongan yang ada "PHDMSTDB" kan? Perasaaan hasad dengki meluap-luap sampai tak boleh di bendung. Sesuka hati aku je letak pangkat tu.

Kalau ikutkan hati memang nak makan penumbuk, cuma teringat nasihat mak and kawan, "Apa orang buat, biarkan. Jangan balas dengan kejahatan. Sabar tu kan Allah suka."

So abaikan semua tu.

Okay malas cerita fasal benda tak best tu dan cuma nak korang ingat pesan mak and kawan aku tu ok. Bersambung cerita fasal sekolah..setiap pagi budak2 datang je sekolah, ada beberapa student yang suka sebut ayat ni kat aku.



"Hai teacher comel........"



Daripada takda mood nak mengajar pagi tu, terus bersemangat. har har har har!! Pandai diorang motivasi diri aku.

Bila aku nak ambil record bacaan sorang2, ada yang asyik tenung aku. Ish...rasa tak selesa tu kian terasa. Dah macam terbayang-bayang wajah Aaron Aziz yang cool tu tenung wajahku. ahaks.

Disebabkan aku tak selesa, aku tanya la budak tu.


"Kenapa tengok teacher macam tu?"


"Teacher ni comel la...dah la kecik macam adik saya."




 Aku nak je pergi ambil borang berhenti sekolah untuk dia.



Perkara paling best lepas habis waktu sekolah dalam pukul 12, aku diamanahkan untuk kawal budak2 dari 4-6 tahun untuk elak diorang berlari sana-sini, bising dan bergaduh. So aku dengan sorang cikgu lain kumpulkan diorang dekat tempat assembly. Dengan menggunakan kelebihan yang Allah bagi, aku lukis kat whiteboard satu jalan cerita yang akan buat diorang berfikir dan mencergaskan otak.

ni bukan kelas aku


Macam2 la aku cerita. Ada kes ragut, tak hormat orang tua apa balasannya, akibat buang sampah merata2, kenapa kena pergi sekolah dan macam2 lagi lah. Reaksi diorang sangat bagus. Ada jugak yang ternganga sampai meleleh air liur,melimpah2 dekat lantai. Okay, yang tu tipu.



ni bukan students aku


Aku suka buat lawak dengan budak2 ni. Bila tengok diorang ketawa tu memang seronok la sebab aku berjaya kenakan diorang. Serius eh cakap, kalau korang tension dengan masalah peribadi macam gaduh dengan boyfriend ke apa ke, bila ada dengan budak2 ni rasa tension tu terus hilang. Budak2 ni pengubat masalah sebab gelagat diorang yang tak dijangka tu kelakar. 



Selepas berbulan-bulan mengajar yang dipenuhi dengan kursus yang padat setiap minggu, meeting sebulan sekali, hias kelas mengikut bermacam-macam tema, sediakan bahan pengajaran yang kreatif2 dan kenali sikap budak2 tu, akhirnya aku terpaksa berhenti mengajar disebabkan masalah tertentu yang tak dapat dielakkan.


Budak2 tu lepas dapat tahu, apa lagi...ada yang menangis sampai tak nak cikgu baru. Rasa serba salah mula datang tapi nak buat macam mana....kena pergi jugak. Fahrin Ahmad yang sangat suka lawan aku tu, boleh sedih dengan pemergianku. heheh. Baru ko tau betapa pentingnya teacher kat sini.
"Teacher jangan la pergi...Fahrin suka teacher. Siapa yang nak bercerita nanti?"



Pesan terakhir aku kat diorang........





"Belajar rajin2, dah besar nanti and dah ada kerja bagus2, hulur sket duit gaji tu, teacher nak setel hutang ptptn. muahahaha! "



the end.....

8 comments:

  1. memang semangat belajar kalau cikgu comel..;p

    ReplyDelete
  2. @lan bingka : macam itu ye? hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam.... ni blog saya..mintak follow n komen yer.. msk pertandingan ni..hehehe...mari kita sokong blogger2 malaysia..heheheh.. i follow u ..u follow i.. hehehe http://hapuskanhalanganakses.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. la awat berenti??baru syok2 baca catatan seorang guru. terkenang zaman sekolah2 dulu. lepas baca ni terfikir *oo macam ni rupanya cikgu aku rasa*
    kekkekeke

    *membalas ziarah kamu

    ReplyDelete
  5. @cik_sna : masalah tak dapat di elak. hehe.
    dah baca part sebelum2 ni tak?

    ReplyDelete
  6. ooo ade kaitan ek??hiihi.pasni sy terjah^^

    ReplyDelete
  7. @cik_sna : terjah part 1 sampai la last part baru faham jalan cerita tau. hehe.thank you dear :)

    ReplyDelete

komen beserta LINK BIRU akan dipadam serta merta. terima kasih.

Copyright © 2014 Reserved to YOUNIQUE NURDANI| Header/Footer Design by Ms.Azhafizah